Skip to main content

Diari Pertama Kali QASRUS Di Hospital

Tangannya kekal meletakkan oxygen mass di mulut kanak-kanak kecil itu.

Matanya memandang kami dan menggariskan sedikit senyuman. Masih mampu tersenyum biarpun tergambar riak pilu bercampur pasrah dan tabah di wajahnya.

" Assalamu'alaikum. Kami ni bakal pelajar tahun 4 perubatan. Maaf menganggu.

Berapa umur anak awak ni? "

" 1 tahun lebih "

Saya memandang sayu. Mata pesakit ini tidak berkelip sedikit pun. Hanya memandang syiling hospital. Tak sedikit pun terganggu dengan kehadiran kami.

Saya lihat kakinya sekali-sekali bergetar. Muscle spasms.

No idea. Saya tak tahu beliau sakit apa.
Otak blur. Tambah baru saja lepas exam subjek Psychology sebentar tadi. Dah penat nak perah otak fikir dan buat perkaitan dan observation dari apa yang dilihat pada pesakit.

Aduhai. Bertabahlah wahai ibu!
Memang , tiada siapa yang mahu anaknya sakit.
Tak ada yang rela melihat anak terbaring lesu di katil hospital.
Tapi, apakah daya kita mahu menolak ujian dari Tuhan?

Ini kali pertama saya menjelajah King Abdullah University Hospital . Sebelum ini hanya berani meronda di ruang legar hospital. Tapi kali ini, saya beranikan diri buat-buat macam pelajar klinikal , pakai lab coat dan sesuka hati ronda wad kanak-kanak di tingkat 3 hospital itu.

Hospital itu ada 10 tingkat semuanya. Orang awam yang melihat saya tersenyum dan menunduk hormat.

Acah-acah doktor. Tapi takde stethescope. Kad Pelajar Klinikal pun takde. Haha. Aci redah saja ni.

Excited sangat nak masuk hospital pada sem hadapan.
Moga aktiviti jalan-jalan dalam hospital kali ini akan membius semangat diri ini agar mahu belajar bersungguh-sungguh.

Bukan senang nak survive dalam dunia klinikal.
Banyak zero yang mampu jadi hero.
Tapi ada juga zero yang terlajak jatuh ke level negative.

Fuh. Hati mesti sado. Harus kuat dan rajin.
Jadi doktor , bukan sekadar angkut stethescope atas leher dan bergaya dengan lab coat bagai model muslimah di atas pentas. No no.

Tugas doktor ialah merawat pesakit.

Mahu rawat pesakit, kena kumpul maklumat.

Nak kumpul maklumat, kena bersembang dengan pesakit.

Nak bersembang dengan pesakit, kalau cakap bahasa melayu, silap-silap dia lempaq kerusi hospital kat hang. Mahu tidak mahu, kena bercakap Bahasa Arab. Kena lancar Bahasa Arab. Kena faham Bahasa Arab.

Dah dapat maklumat , kena pulak check pesakit. Teknik kena betul supaya tak tersalah buat diagnosis nanti. Alatan perubatan kena pandai guna.

Dah dapat history patient , dah buat pemeriksaan fizikal, kena la perah otak macam Detektif Conan untuk cari tahu apa masalah pesakit ini , apa penyakit dia . Untuk buat diagnosis ini tak boleh suka-suki tembak saja. Diagnosis ini akan menentukan rawatan yang nak diberi. Mahu tak mahu, perlu ada ilmu dalam membuat penilaian. Ilmu yang dah dipelajari selama 3 tahun sebelum masuk klinikal kena pakai semula ketika fasa ini. Penting!

Dah dapat diagnosis, kena decide test apa yang sesuai untuk confirmkan diagnosis itu. Kalau tak tahu? Parah.

Saya terjah lagi satu bilik lain dalam wad kanak-kanak itu. Melihat seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan 5 tahun sedang disuap makan oleh emaknya. Nampak macam dah sihat.

Sekali lagi saya dan rakan kenalkan diri . Ini step pertama ketika melawat patient selepas berdiri di sebelah kanan katil patient.

" Anak awak ni sakit apa ? "

" Cystic Fibrosis, " kata si emaknya. " Dia dah selesai menjalani pembedahan, sudah semakin sihat "

Alhamdulillah. Kami tersenyum senang.

Seronok sekali bila melihat si kecil ini kembali sihat.
Dari muka yang tidak bermaya sudah muncul wajah yang ceria.

Itulah tugas seorang doktor.
Dia tak mampu menyembuhkan tapi hanya menjadi perantara yang akan berusaha melakukan apa sahaja untuk merawat pesakitnya.

Hanya bertunjangkan niat yang satu. Moga pesakit ini sembuh. Sihat sentiasa. Pulih seperti biasa. Dapat hidup macam manusia lainnya. Moga-moga mereka ini pula yang bakal menggerakkan rantai-rantai perjuangan Islam kelak.

Rakan saya menoleh kepada saya ,

" Kita kena belajar bersungguh-sungguh tau, Qasrus . "

" Ye. Betul tu. Tapi, tak mudahkan semua ni? "

" Hmm. Tu la. Lepas ni, kalau ada yang cakap belajar medik tu senang, baling dia dengan selipar jepun. "

Haha.

Begitulah kisah pertama saya menjejak kaki di hospital.
Begitu awkward tapi nak pergi jugak.
Nampak doktor senior , lari.
Terserempak dengan residents, sorok muka.
Bertembung dengan pelajar tahun 6, garu-garu kepala.

Image result for CUTE CHILD STUDY

Semoga permulaan ini bakal memuncakkan kekentalan jiwa.
Banyak lagi cabaran yang terbentang luas di hadapan.

Mohon doa sahabat-2 ,
Doakan saya menjadi doktor yang berjiwa hamba.

:)

14082016
Irbid, Jordan.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p