Skip to main content

2 Perkara PENTING Sebelum Berkahwin

" Awak dah ada orang ke belum ? "

Gulp .

Apabila seseorang gadis ditanya tentang status ke-availabilitian-nya oleh pihak ketiga ( orang tengah yang selalunya terdiri daripada pasangan mutazawwijin ) itu sebenarnya sesuatu yang begitu menggoncang ketenangan jiwa raga.

Bisa menghadirkan pusaran darah dalam vena cava dengan kelajuan yang infiniti juga akan menyebabkan getaran jantung pada setiap detik berdetak kencang bagai Tsunami sedang menghempap Pantai Batu Ferringhi.

Soalan ini lebih mencemaskan berbanding detik apabila ada seorang lelaki yang datang berdepan dengan anda direct one-by-one dan eye-to-eye lantas melutut sambil menghulurkan sekuntum mawar hampir layu yang dibelinya di Pasar Tani sebelah rumah nenek anda lalu dia berkata , " Sudikah kamu menjadi isteriku? "

Mungkin tetap terkejut dan ada la sikit rasa terharu tetapi , perasaannya jelas berbeda berbanding situasi pertama.

Kerana apa ?

Kerana lelaki yang menggunakan orang tengah itu tentunya lebih terhormat lagi berilmu dan begitu menghormati wali anda ( dia tidak langsung berhubung dengan anda ; menjaga adab )

dan

Kerana anda juga tidak akan tahu siapa lelaki yang menggunakan orang tengah untuk bertanyakan tentang status anda ( samada sudah berpunya atau belum ) selagi mana anda tidak menyatakan ;

" Saya belum ada sesiapa "

dan

" Saya sudah bersedia untuk ada seseorang "

Inilah prosedur menggunakan orang tengah yakni khidmat bait muslim yang perlu kita faham.

Persoalannya , jika ada dalam kalangan kalian yang ditanya soalan serupa ini , apa yang akan kalian jawab ?

Apakah anda akan ktak! ktak! ktak! cabut lari dengan terompah yang masih di kaki sebaik sahaja ditanyakam soalan ini

atau

anda akan selamber badak air di circus menjawab soalan ini dengan penuh yakin dan bergaya ?

Jika anda ada menyiapkan jawapan yang pantas untuk soalan itu , apa pula rasional untuk setiap jawapan yang anda berikan itu ??

Untuk penulisan kali ini , saya suka lagi gumbira ( sampai rasa nak melompat-lompat ceria di belakang dinasour dari kepalanya hingga ke ekor ) untuk mengajak anda sama-sama berfikir tentang masa hadapan .

Ya, anda gadis yang mempunyai masa hadapan.
Anda perlu merancang masa hadapan anda kerana orang yang gagal merancang sebenarnya sedang merancang untuk gagal. You are decider for your further.

Samada anda mahu menjawab ' Ya ' atau ' Tidak ' untuk pertanyaan orang yang cuba mentaqdim / menyunting mawar bunga di kebun mak abah kau / melamar / meminang anda , anda perlu mempertimbangkan dan bertanyakan diri sendiri persediaan anda dalam beberapa perkara.

Image result for baitul muslim

🌹Pertama , sejauh mana ilmu dan kemahiran yang anda ada untuk berumahtangga-eskalator-lif.

Ilmu hidup. Sangat penting.
Ilmu agama. Lagi penting.

Kerna ilmu itu pedoman yang bakal menegur kita apabila terbuat silap dan cela.
Ilmu itu cahaya yang bakal menyuluh jalan tatkala kita rasa buntu lagi tak tahu.

Apa ilmunya?

1) Ilmu nak didik anak.

Penting.
Kerna didikan awal si cilik dari sentuhan seorang ibu ( anda la tu ) bakal memberi kesan yang besar untuk peribadinya sepanjang hidup meniti usia membesar dan matang. Tentu kita mahu anak-anak kita jadi anak yang berkualiti dari segi peribadi , akhlak , intelektual serta baik juga kesihatannya, bukan?

Maka,
Tak perlu tunggu ada nyawa dalam rahim baru anda mahu tergesa-gesa nak serbu kedai buku cari buku itu dan ini atau termenung depan Tube Anda ( baca : YouTube ) untuk mendengar ceramah tentang pendidikan awal anak-anak. Anda boleh mula dari sekarang. Hari ni , guys! :)

2) Ilmu nak mengurus rumahtangga.

Pasti kita mahu kediaman kita menjadi syurga bahagia yang selalu membangkitkan keharmonian dan ketenangan, bukan? Jika rumah sendiri asyik berselerak , kain baju tidak dilipat elok sebaliknya bersepah hingga dalam peti ais pun ada, sawang penuh di syiling seolah-olah anda sedang berkongsi kediaman dengan labah-labah dari gua zaman Paleolitik , bawah sofa penuh sampah-plastik-majalah-botol susu-alat tulis-tasbih , sinki penuh lumut dan sisa , halaman rumah dibanjiri hiasan lalang dan rumput panjang . . .

Maka,
Di mana bahagia itu ? Tidak ke semak mata memandang dan sesak dada nak inhale dan exhale setiap hari di rumah yang macam Titanic nak tenggelam itu?? Fikirkan.

3) Ilmu memasak dan kecekapan di dapur

Bukan tugas utama seorang isteri untuk doa ploh empat jam di dapur tetapi jika anda mahu memenangi hati suami , maka cara terbaik adalah dengan mengasah bakat anda dalam menyediakan hidangan terbaik , berkualiti , halal, bersih, dan sedap hingga menjilat pergelangan tangan.

Kata ibu saya , masakan isteri merupakan kunci jika mahu menambat hati si suami. Hakikatnya , mana ada suami yang tidak suka makan masakan isteri sendiri jika isterinya pandai memasak, kan? Bukan sahaja poket mereka tak kempis sebab tak perlu beli atau makan di luar , malah hidangan setiap hari juga tidak diragui kebersihan bahan dan cara penyediaannya.

Maka,
Belajarlah memasak. Tak perlu jadi pakar macam Chef Wan atau tukang masak di Hotel Mewah Concorde itu. Cukuplah anda tahu benda-benda asas, cekap mengatur urusan di dapur dan cara memasak yang betul, boleh membezakan garam gula serta suka mencuba resepi . Lama-lama nanti akan mahir dengan sendiri untuk berkungfu di dapur. No worries.

4) Ilmu Al-Quran

Tentu anda mahu keluarga terutama zuriat anda kelak celik mindanya dengan Al-Quran , kan? Mahu jadi muslim yang baik maka tidak mesti tidak jangan pernah tinggalkan pedoman yang diajarkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Anak-anak perlu didodoikan dengan Al-Quran sejak mereka dalam kandungan lagi ( terutama apabila usia kandungan mencecah 4 bulan ke atas - saat ini sistem pendengaran fetus telah mula berfungsi ) agar apabila lahir nanti , kecenderungan mereka terhadap Al-Quran akan jadi lebih tinggi dan mereka akan mudah membaca serta menghafaz Al-Quran sejak kecil. You can see Nailah , anak Ustaz Sakaratulmaut yang comel dan cerdik itu.

Maka, cuba kuasai pembacaan Al-Quran dan tadabbur isinya. Tak semestinya anda perlu bertarannum macam Juara Akademi Al-Quran Musim Ke-32. Cukup anda tahu baca Al-Quran , tahu asas hukum tajwid dan faham serba-sedikit tentang ilmu wahyu.

5) Ilmu Agama dan Dunia

Anak-anak yang membesar nanti pasti akan mula berfikir dan sentiasa suka melontar soalan kepada anda. Ibu bapa yang berilmu pasti dapat menyantuni anak-anak dengan jawapan yang logik dan tidak berbohong apabila anak-anak bertanya soalan yang luar biasa dari kebiasaan manusia biasa berfikir . Biasa la tu. Setakat tanya ' Mama, nape lembu tak pakai baju ye ? ' itu lagi biasa.

Penting sangat ni. Ibu bapa yang berilmu juga akan dapat kuatkan tauhid anak-anak apabila mereka bijak membuat perkaitan soalan anak itu dengan ilmu ketuhanan. Anda boleh lihat contoh ini dari Page Aminah Azali di Fesbuk. Saya kagum bagaimana approachment oleh Ismail Ariffin Lepat dalam mendidik anak-anaknya mengenal Tuhan sejak di usia rebung mereka.

Maka, anda harus belajar tentang agama dari sekarang. Tak dilupa ilmu tentang dunia ; ekonomi, sains, politik, isu semasa . Dekati majlis ilmu yang berbayar atau percuma. Tahan diri dan dengar siri program ilmiah di kaca telebesen ( jangan asyik layan teletubbies dan runningman saja... ) . Berkawan dengan orang yang bicaranya kaya dengan ilmu dan apabila ditanya kepadanya, dia mampu meraikan persoalan kita dengan jawapan yang berintelektual dan beradab.

6) Ilmu kesihatan

Ini juga penting, sis. Tak semestinya kalau anda bukan seorang pelajar sains , perubatan , nursing , pharmacy atau nutrisi maka anda tolak jauh isu kesihatan ini dari sisi kehidupan anda.

Jangan!

Ilmu ini begitu penting tau, kawan-kawan. Isu berkaitan kesihatan merangkumi aspek yang luas samada yang melibatkan wanita, lelaki dan kanak-kanak.

Contohnya mudah yang boleh saya beri ; hari ini Allah pertemukan saya dengan seorang wanita yang saya kira mungkin usianya dalam lingkungan 30-an.

Dia bercerita tentang kelebihan anak bongsunya berbanding anak-anaknya yang lain. Anak yang berusia baru 7 tahun itu celik mata hati, bijak dan cerdas ( top 3 di sekolah ) , petah berkata-kata dan matang berfikir ( dia pernah menyuarakan cita-citanya mahu jadi ustaz sebab mahu mendoakan dan menyolatkan jenazah mak ayahnya kelak ) serta menghormati guru ( dia telefon setiap guru tadikanya untuk berterima kasih atas ilmu yang telah diajarkan kepadanya apabila dia berjaya menerima anugerah kecemerlangan akademik di sekolah ) .

Nah! Takjub betul saya mendengar.

Di hujung cerita wanita itu kepada saya, dia mendedahkan kekecewaannya kerana dia baru tahu bahawa susu ibu sangat penting untuk pembesaran anak-anak.

Dia menyatakan bahawa hanya anaknya yang bongsu itu sahaja yang menyusu badan lebih dari 2 tahun sedangkan anak-anaknya yang lain tidak sampai pun 2 tahun. Katanya lagi, kalau dia tahu fakta itu lebih awal, pastinya akan diusahakan untuk penuhi tempoh menyusu 2 tahun untuk semua anak-anaknya. Kini, setelah dia tahu akan kepentingan susu ibu berbanding susu formula , dia pula mempromosikan kelebihan susu ibu kepada orang lain.

Nampak tak betapa pentingnya ilmu ?

Penting , kan?

:)

Jika kita tak tahu , kita rugi.
Jika kita serba-tahu, kita untung. Malah orang lain pun turut menerima dan menumpang manfaat dari ilmu yang kita ada.

Maka, anda perlu biasakan diri dengan info-info umum tentang kesihatan. Baca bacaan tambahan tentang isu semasa yang berkaitan kesihatan ( contoh yang femes sekarang ialah vaksin ) dan cuba follow page kesihatan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia.

Erm.

Anda masih mampu ke ni nak dengar saya berceloteh tentang ini?

Aduhai.

Saya nampak peluh anda sudah hampir menitis ke baju. Jemput ambil tisu dan tariklah nafas sesaat dua.

Ayuh kita sambung! *Mata bersinar-sinar*

🌹Kedua. Elemen penting yang perlu anda ambil perhatian sebelum berkata 'Ya' atau 'Tidak' kepada seseorang lelaki yang melamar anda ialah ' Keizinan Ibu Bapa'

Teman-teman yang solehah.

Tidak ada keberkatan untuk seorang anak melainkan apabila tindak-tanduk dan keputusannya itu diredha orang tua. Tambah membahagiakan jika mereka merestui kita di samping mendoakan keberkatan hidup buat kita.

Maka, selain istikharah dalam meminta petunjuk dari Allah , jangan lupa cari mak ayah untuk bermusyawarah. Bincang dengan terbuka. Heart to heart. Liver to liver. Kidney to kidney. Mereka lagi makan asam garam gula temikai susu lebih awal dari kita. Minta nasihat dan panduan mereka. Tentunya pedoman daripada mereka itu lebih dekat dan cenderung pada kesesuaian diri kita kerana pastinya mereka sebagai ibu bapa lebih faham akan kondisi anak . Masakan tidak kerna merekalah insan yang membesarkan kita sejak kaki kita cuma sebesar saiz ibu jari hingga kini dah besar macam saiz novel yang dijual di Kedai Buku Popular itu.

Untuk yang terakhirnya ,
Anda , anda dan anda .

Bijaklah berfikir dalam merancang hidup diri sendiri.
Tak ada orang yang akan 100% corakkan hidup kita melainkan diri kita sendiri.

Teman...
Silap merancang masih boleh diperbetul.

Belum merancang masih belum terlambat untuk bermula.

Tapi kalau malas merancang dan malas berusaha untuk hilangkan-malas-merancang itu -- even dah panjang lebar saya terang tentang kepentingan persediaan anda ketika masih bujang ini . . . ?

Hmm.

Anda la yang rugi.
Berudu di dalam kolam ikan tok wan saya tak mati pun kalau anda tak mahu fikir pasal ini dari sekarang .

Aman .
Fikir-fikirkan dan selamat beramal. :)

04072016
Kulim, Kedah

Comments

Anonymous said…
Menarik entry kali ni, so, Last skali, apa jawapan kamu? Dah bersedia ke belum? Ke dah ada orang? >.<

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p