Skip to main content

31 Ogos 2015. Done 19 buah buku.

" Akak, apa hadiah yang akak paling suka?? "

" Bagi akak buku. Itu hadiah yang paling best dalam dunia. "

Dialog ini telah berlalu hampir 5 tahun yang lalu. Seorang adik tingkatan 1 dari kelas yang berada di bawah pengawasan saya sebagai kakak pengawas melontar soalan tersebut ketika perhimpunan pagi belum bermula.

Hantu buku .
Ulat buku.
Miss Fanatik Buku.
Gila buku.

Sebutlah gelaran apa pun untuk manusia yang terlalu cintakan buku, itulah gelarnya pada saya suatu ketika dahulu.

Sejak di bangku tadika, buku adalah makanan. Buku adalah kehidupan.
Kerana diri masih belum ada kudrat untuk memiliki wang sendiri bagi membeli bahan bacaan baru, maka amalan membaca buku yang sama hampir 5 atau 6 kali adalah menjadi satu kebiasaan. 3adii.

Mujur kuartes klinik tempat saya tinggal dahulu cuma berhadapan dengan perpustakaan awam. Maka selalu ada kesempatan untuk melepak puas-2 di sana. Setiap hari Ahad pada hujung minggu , abah pasti akan saya menerjah perpustakaan. Biarpun belum dapat meminjam buku kerana masih di bawah umur, saya tak kisah. Yang penting, setiap minggu boleh usha buku cerita puas-2 di library. Kadang-2 ada niat nak bawa buku dari library diam-2 ke rumah sebab tak habis baca, library dah nak tutup. Heh. Mujur iman di dada lebih tebal dari buku yang dibaca. Maka tak jadilah nak buat macam tu. Yang saya buat, simpan dan sorok buku tu di ' port yang selamat ' (tempat orang lain tak boleh ambil buku tu ) , jadi minggu depan boleh baca lagi buku tersebut. Bijak tak? Aherherher.

Sejak dari darjah satu, ketika mula-2 mengenal projek NILAM, saya sentiasa memasang angan-2 setinggi bintang di angkasa ; mahu jadi TOKOH NILAM sekolah. Lagi untung kalau dapat masuk majalah ; TOKOH NILAM KEBANGSAAN. Haha.

Benar, pasanglah cita-2 agar impian yang tidak terlihat itu menjadi nyata. Saya benar-2 berjaya menjadi Tokoh Nilam Termuda di 4 buah sekolah rendah yang saya belajar mengalahkan lejen-2 dan ulat buku senior yang lain. Fuhh.

Bila naik tingkatan satu, saya masuk sekolah agama. Sekolah tu tak ada pun projek NILAM. Saya kechiwa tahap 3 kali ganda dari orang putus cinta. Rasa nak pindah sekolah tapi ku pujuk jua jiwa yang lara.

'Takde projek NILAM pun tak apalah, yang penting library sekolah ni lagi besar dari library masa sekolah rendah. Walaupun banyak buku menarik yang tak boleh dipinjam, asal boleh baca sudahhh., ' Hari-2 saya mentarbiah diri supaya bertahan. Setiap hari ketika waktu rehat, saya sanggup tahan perut semata-mata nak berlari ke perpustakaan. Buku sentiasa dalam otak. Nak buku! Nak buku! Cita rasa ku... Buku!

Apabila dah besar sikit, pindah sekolah berasrama tak berapa nak penuh. Apa yang menggumbirakan jiwa ini adalah, saya kembali bertemu dengan NILAM, cinta hati ku. Hehe. Library sekolah ni lagi best. Ada air-cond. Besar. Lagi berganda jumlah buku. Malangnya kerana mahu fokus untuk SPM, masa saya bersama buku selain buku akademik menjadi kurang. Sangat kurang. Tapi tetap, walaupun terpaksa mula dari ZERO balik, saya berjaya merangkul pangkat NILAM dalam masa 2 tahun di sekolah tersebut.

Dah naik ke zaman kampus, saya berasa lagi jauh dengan buku. Malas. Malas pula nak baca buku. Tak tahu kenapa. Lagi seronok scroll FB dan whatsapp. Loser. 



Tapi masa di INTEC, saya berpeluang berjumpa dengan insan-2 penchenta buku seperti Ustaz Affuan dan Ustaz Fawwaz. Walaubagaimanapun, hati bekum terbuka untuk kembali terjun dalam dunia buku. Beku.

Apabila berjaya singgah belajar di Jordan, perghh. Lagi ramai insan yang meminati buku saya yang saya jumpa. Mereka ambil jurusan yang profesional dan ada juga jurusan yang memerlukan banyak fokus pada hafalan dan bahasa tapi yang osemnya, mereka tak tinggalkan buku. Saya jadi malu. Di mana letak duduk aku ketika ini?

Target disasar. 50 buku untuk dihabiskan dalam masa sebulan ketika cuti Sem dua yang lalu saya cuba aim. Malangnya gagal. Komitmen saya pada Al-Quran juga perlu sama naik. Maka, target tersebut terpelanting ke bakul kegagalan.

Tak putus asa. Target baru dirangka. 15 books for 3 months dari bulan Jun hingga Ogos. Target ini saya susun berpadananlah dengan saya yang perlu bawa subjek medik dan Al-Quran dalam masa yang sama.

31 Ogos 2015. Done 19 buah buku. Watcha!!
Alhamdulillah!! Buku yang ke-20 tak sempat dihabiskan kerana terlalu as busy as a bee menguruskan kerja yang sentiasa tak pernah surut.

Tapi tak apa. Tetap tertembak dengan bahagia.
Moga cita-2 dan kecintaan terhadap buku terus mekar di jiwa. Kerana pesanan seorang ukhti hebat terus kejap dalam minda, ' Membacalah, kerana srikandi yang hebat itu hidupnya subur dengan budaya Iqra' '

Pemuda ! Sudah masanya kalian kaya dengan ilmu dan hujah.
Jangan jadi insan yang berbelit-belit dengan pelbagai presepsi hingga tak tahu ke mana bumi prinsip yang mahu kalian pijak.

Bacalah. Walaupun cuma sehelai muka surat setiap hari kerana ketahuila, ia adalah lebih baik daripada kalian membaca sebuah buku yang tebal lalu meninggalkan amalan membaca selama-lamanya.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p