Skip to main content

' In shaa Allah, Moga kamu cepat-2 dapat anak kedua.. ! '

Ada tiga jenis pemandu teksi di Jordan yang saya perhatikan memiliki tabiat yang buruk bin hodoh bin tak senonoh bin rasa-nak-tembak-pakai-M16. Heh.

Pertama. Merokok.
Kedua. MengUsha wanita di tepi jalan. (Yang free hair lagi mendapat perhatian )
Ketiga. Pakej sempurna = Merokok + Suka Usha.

Saya masih Ok kalau mereka merokok. I boleh buka tingkap dan buat-2 batuk. Tapi kalau yang jenis mata melilau dan melekat pada perempuan berpakaian ketat yang berjalan di tepi jalan, sanggup melaksanakan proses usha-usha panas itu dengan berpusing kepala 4 hingga 5 kali, itu I tak boleh nak buat apa-2. Nak baling beg tangan pada muka dia, takut nanti dia drive melelong , kang accident, I pun cedera sama. Heh.

Marahkan pemandu teksi, si perempuan pun salah juga. Pakai pakaian tahap macam poket dah berlubang tak mampu tampung duit untuk beli pakaian yang lebih longgar dan sopan.

Marahkan perempuan tak tutup aurat, si pemandu teksi pun salah juga. Mata jenis tak menunduk, nampak yang seksi, lagi dia nak pusing kepala tengok.

Hari ni, saya jumpa lagi pak cik teksi spesies yang macam ini. Yang peliknya, dia pula boleh bagi tazkirah pada saya.

' Saya nak ke Masjid Tal '

' Masyi '

Di tengah jalan, matanya melilau. Tak berkerdip bila nampak seorang wanita berjeans ketat macam aiskrim Malaysia yang baru keluar dari peti ais. Sendat dat dat. Teksi dah ke hadapan tapi kepalanya masih tertoleh ke belakang.

Geram. Rasa nak cabut satu per satu bulu mata beliau untuk tampal pada anak matanya.

Tiba-tiba, ' Saya hantar awak dekat lampu isyarat yang dekat dengan Zam Zam tu aje lah ya.. '

' Eh. Saya nak pergi Masjid kan? '

' Dah dekat tu. Nanti awak jalan lah .. '

Grr. Kalau macam tu, baik saya jalan dari awal. Saya keluarkan duit syiling, ingat nak bayar 0.75 qursh sebab dah memang dekat sangat.

Tiba-tiba, ' Eh. Bayar saya 1 dinar , okay? '

' Mana boleh! Kalau nak sedinar, hantar sampai masjid!! '

' Kalau sampai masjid, 1.5 JD. '

Amboi. Meter teksi tak pakai, pembaris tak pakai, terus nak minta bayaran lebih ye.. Tegakkan Al-HaQ!

' Mana boleh !! Selalunya 1 dinar saja kot. Mana aci minta lebih ! '

' Kamu muslim kan? Haram lah kalau kamu tak bayar lagi 0.50 qursh. Mana boleh. Haram! Haram! Lailaha illa Allah..'

Cis. Cis. Cis. Hang usha pompuan tadi yang rambut perang tu, halal ke Pak cik?

' Ok. Foin. Dahlah. Hantaq saya kat lampu isyarat dah. Saya bagi 1 JD. '

Dia sengih menayang gigi-2 kemenangan.
Tiba-2 dia usha saya di belakang. Ahh, sudah.

Pandangan saya dilontar ke luar tingkap. Sengaja juga saya mengerutkan dahi sekerut-kerutnya menjadikan kening saya bagai kening king kong yang tengah blur apabila diajar ABC kepadanya. Protes.


' Kamu dah kahwin? '

Oh my. Dia mula dah...

' Sudah! Sudah! ' Saya dah kahwin dengan ajal. Semua orang pun sama kan? Semua orang tak single kan? Deal. Jadi lah tu.

' Suami kamu di Malaysia atau di sini '

' Sini ' Ajal saya bersama saya. Kalau saya di Malaysia, saya jawab di Malaysia.

' Dah ada baby? '

' Dah! Dah! ' Baby memang banyak kat kampung saya kat Malaysia. Anak-anak sepupu, anak-anak mak sedara. Haa. Kira ada lah tu.

' Berapa? '

' Sorang ! ' Yang ni memang sunggoh, kebohongan.

' Dia lahir di sini atau Malaysia? '

' Malaysia! ' Dah la... Jangan tanya banyak-2 dah...!

Mujur dah sampai ke destinasi.

' Berhenti kat situ..! '

Duit 1 JD dihulur. Dia menerima dengan senang. Sengih. ' In shaa Allah, Moga kamu cepat-2 dapat anak kedua.. ! ' Kemudian dia gelak besar.

Huwaaaa.. ! Kenapa daku dipertemukan dengan beliau ?? Kalau hang doa bagi ana mumtaz dengan result meletup kedebabooom dalam akademik , nak lah jugak aminkan. Heh.

Grrr... BANGGG!!
Pintu teksi saya hempas.
Hampeh. Kurang asam, gula, garam, mesin basuh, tong gas, baldi, stokin punya pak cik driver!

Moga Allah campakkan dia dengan taqwa.
Dan. Moga.
Aku tak jumpa dah dia sampai bila-bila.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...