Skip to main content

Bestlah, Boleh Main Cucuk Cucuk Orang.

"Qas ! Bangun. Ada yang pengsan."

Jam 5.30 pagi bergegas ke emergency room. Kantuk yang melampau gara-2 cuba buat cobaan study lebih masa hingga ke pagi cuba ditahan. Melelong.

Oh, tapi ada yang lagi melelong dari saya.
Bila melihat tuan doktor yang mendiagnosis pesakit dalam keadaan mata kejap bukak kejap tutup, insaf saya seketika.

Nampak sangat baru bangun tidur tapi masih sempat capai stethoscope untuk digantung di leher.
Allahu. Mesti beliau pon stays up untuk treat patient yang bertali-arus dari semalam.

Sempat saya meneliti macamana MA masukkan branula pada patient untuk tambah air dalam badan. Juga cecair paracetamol sebagai analgesics drug.

Ouch! Nampak macam sakit!
Tapi bestlah, boleh main cucuk cucuk orang. Eheh.

Doktor decide untuk buat lab test ; cbc urine test dan bacteria test kepada patient.

Kata seorang senior medik practical, mungkin ia systemic disease dan bukannya localized. Saya tanya, kalau systemic, tak bahaya lah kan? Katanya, mungkin boleh jadi lagi serius ; infection in whole body.

Grr. Seram pula aku dengar.

And now, everything is okay but I think, saya yang tak okay.

Pening.
Rasa langit dah terbuka dan nampak planet Pluto yang putih dihiasi pula bintang yang bergemerlapan di sekitarnya.
Oh, saya rasa saya pulak bakal jadi patient seterusnya.
Mungkin perlu rehat lagi.
Ke nak minta mc untuk cuti kuliah, esok?
Aherherher.

Menariknya dunia perubatan.
Really i proud to be a muslimah meddie. May Allah ease `our` journey

Zzzz..


Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...