Skip to main content

Hebat Rabiatul Adawiyah.

Selalulah dengar stetmen..
'Kita masuk syurga bukan dengan amalan kita ( solat, puasa, zakat, haji, tolong basuh stokin kakak, sadaqah maggie kepada housemate yang 3 hari kebuluran, belanja classmate tambang balik Malaysia etc..etc..) tapi, kita masuk syurga dengan rahmat Allah.'

Selalu dengar.
Sampai kadang aku terfikir,
Sia-sia ibadah itu andai ia tak mampu memancing cinta Allah kepada kita.

Ibadah yang tidak dihampari ambal keikhlasan,
Ibadah yang jelek kerna tercanting dengan riak dan angkuh,
Ibadah yang halai-balai, tak istiqamah dan penuh kedustaan.
Ibadah yang kosong tanpa tujuan ; Ibarat usaha mendayung jauh dari pelabuhan dengan menaiki perahu kertas yang bocor. Sia-sia.

Baru aku faham cara fikir Rabiatul Adawiyah yang unik.
Rintih beliau,

' Allah, jika aku beribadah kerana mahukan syurga-Mu, maka jangan Engkau masukkan aku ke dalam syurga itu.

Allah, andai aku beribadah kerana takut neraka-Mu, maka lemparlah aku ke dalamnya.

Tetapi wahai Allah, jika aku beribadah kerana inginkan keredhaan-Mu, maka janganlah Engkau sia-siakan daku..'

Allah...
Benar sekali.
Seharusnya ibadah kita bukan untuk memancing pahala kerana ia hanya akan mendidik kita untuk mengutamakan kuantiti ibadah daripada kualiti.

Tapi,
Sepatutnya ibadah kita adalah untuk meraih cinta dan rahmat Pencipta aku, kamu dan semua manusia kerna cara fikir ini yang bakal mendidik manusia untuk beribadah dengan bersungguh-sungguh, berhati-hati serta teliti juga mementingkan kualiti dari kuantiti. Istiqamah.

Hebat Rabiatul Adawiyah.
Maka tak hairanlah mengapa dia bisa jadi bintang dalam kalangan manusia dan menjadi bulan purnama dalam kalangan penduduk langit sana.



Hamba yang ikhlas,
Ibadahnya tip-top,
Takkan hampa bila tidak dipandang manusia,
Takkan futur bila dihempap dugaan dunia,
Kerana dimensi pandangannya hanya satu,
Untuk mencapai mardhah Pencipta.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...