Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Kanak-Kanak Ribena >

Kuncinya, Al-QURAN.

Al-Quran.
Telah diketahui menjadi panduan dan rujukan utama. Di dunia.
Lantas, mengapa bacaan lain yang lagi kita junjung dan usung?

Al-Quran.
Jelas sekali mukjizat yang nyata.
Turun khusus dari Allah untuk manusia.
Lantas, mengapa kita lagi suka mendengar lagu yang lagho dari bacaan Al-Furqan?


Ayah kepada seorang teman saya pernah dirawat oleh seorang muallij dari Indonesia.

Pabila ditanya kepada muallij tersebut bagaimana untuk mengubati sakit itu (sihir), kata beliau, BANYAKKAN BACAAN AL-QURAN.

TG Abdul Hadi pernah disoal mengapa beliau boleh maintain tenang walaupun dihentam kiri dan kanan hatta pernah dikritik secara berhadapan oleh orang bawahan.

Katanya, BANYAKKAN BACA AL-QURAN. Ujian kepada Nabi Muhammad SollAllahu 'alahi wa sallam lagi berat dari apa yang kita dapat.

Kuncinya,
Al-QURAN.

No comments: