Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Kanak-Kanak Ribena >

Lebih Besar Dari Bapa Dinasour T-Rex

Dulu, saya ragu-2 apabila ada yang mengetuk PM FB atau jumpa direct untuk minta pendapat atau nasihat. Kerana diakui, ilmu saya lebih cetek dari sisa air pada jari yang telah dicelup dalam air horlicks. Err.

Tapi seorang sahabat saya pernah berkata, biarpun ilmu kita sedikit, tetap kita perlu kongsikan dengan orang lain. Mungkin pada kita, ia hanyalah picisan ilmu yang kecil manfaatnya.

Tapi, ketahuilah. Sebenarnya boleh jadi ilmu yang kecil bagi kita itu adalah besar pada kaca mata pada orang lain. Lebih besar dari bapa dinasour T-Rex.

Kata Nabi, beruntunglah siapa yang Allah SWT jadikan dia sebagai anak kunci kepada kebaikan dan penghadang kepada kejahatan. Celaka pada orang yang menjadi anak kunci kejahatan dan penghadang kebaikan.


No comments: