Skip to main content

Aku Memang Disahkan Menghidap Kanser

' Bohonglah kalau aku cakap aku seronok berhenti belajar. Hanya berbaki lagi 2 tahun pengajian. '

Saya terdiam. Tersimbah rasa simpati tak tertahan.

' Biar aku berterus-terang. Aku memang disahkan menghidap kanser. Kanser Astrosytome. Dah level 2. Perlukan rawatan susulan sama ada chemotherapy atau radiotherapy. '

Sunyi. Kalau anai-2 bersiul pun pasti terdengar jelas. Saya hilang kata-2. Tak ada apa yang mampu dibuat melainkan hanya bisa menundukkan muka.

Dia menyambung kalam, ' Kalau terpaksa buat rawatan semua itu, aku tak boleh lagi untuk sambung pengajian langsung. Aku perlu tangguh dan terus tangguh. Entah sampai bila, aku pun tak tahu. Hanya Dia yang tahu. '

Allah. Ujian ini benar-2 sulit pada pemikiran waras manusia. Bagaimana seorang yang sihat tiba-tiba disahkan sebagai pesakit kanser. Sungguh, Allah Maha Kuasa!

' Qasrus, sekali lagi aku minta maaf sangat-2. Hanya Dia yang tahu apa yang sedang aku rasa dan lalui. Aku bangga sebab dapat sahabat-2 yang sangat baik hati dan memahami untuk sama-2 bergerak. Thanks for everything. Mungkin kita dah berada di tanah yang berasingan, tapi tetap, kita berada di bawah langit yang sama. Teruskan niat yang suci dengan semangat yang tiada henti... '

Everything happens for a reason. I have learnt many things from this person and I believe that Allah will never gives us something that we have no ability to bear. Dia kuat untuk ujian ini. Saya yakin.

Indeed, Allahu yuhibbul muhsinin. Semoga segaaaaala baik dan kebaikan yang telah sahabat ini lakukan selama dia sihat bakal menjadi amalan soleh yang menguatkan jiwa dan akan membantu beliau di sana kelak ; Di hadapan Tuhan sekalian alam.
May Allah gives you health, friend.
Have faith !


Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...