Skip to main content

Aku Tidak Marah Kamu

Saat melihat aneka gambar dengan pelbagai gaya dihapload ke muka buku,
Hanya unfollow yang mampu ditekan.

Saat melihat pelbagai coretan bahasa yang kesat dibalut rendahnya adab penulis,
Hanya unfollow yang mampu ditekan.

Tak mahu unfriend kerana aku masih punya rasa malu.
Malu dengan Allah kerana aku tak mampu nak menegur kamu.

' Sahabat, usah tayang gambar kamu di ruang ini. Kamu punya ramai teman lelaki dalam efbi. Jangan biar insan bermata keranjang mudah-2 bisa mengakses wajah kamu, tubuh kamu. '

' Niqabis, jangan ditayang pakaian kalian tanpa tujuan. Usah menelanjangkan wajah yang sudah ditutup itu. Kerana aku lihat, ramai sekali mereka yang menutup wajah dengan kain tapi membukanya secara tidak zahir pada pandangan ajnabi. Padahal membuka kain itu sekali-sekala di ruangan tertutup adalah lebih baik dari kamu memakainya tapi menayangkan pula di serata alam.'

' Adik jangan ditulis sesuatu yang tidak bermanfaat. Tulisan kamu itu bahasa yang unik. Yang bisa membuatkan orang membaca bagaimana peribadi kamu. Yang memungkinkan orang mentafsirkan diri kamu seperti apa. Ingat dik, walau satu kalimah yang kamu tulis, Allah akan soal. Apa yang bakal kamu jawab jika kalimah itu kalimah yang buruk berbalut kesat dan nista??'


Tak mampu.
Aku tak mampu untuk direct menegur satu per satu.
Hanya usaha dariku, biar kamu terus menjadi teman aku di muka buku,
Biar tulisanku naik di newsfeed kamu,
Mudah-mudahan sedikit sebanyak boleh menyentuh hati kamu. Fikir kamu.
Tidak sedepa, seinci pun aku kira baik.

Aku tidak marah kamu.
Kerana aku tahu mungkin kamu belum ada kefahaman. Mungkin kamu tidak tahu.
Aku tidak menyatakan aku lebih baik dari kamu.
Kerana aku juga mungkin bila-2 masa boleh terjunam dalam kealpaan yang diselimuti dosa.
Merasakan lebih baik dari anjing juga sudah dikira riak dan hina, apa lagi nak merasa baik dari manusia. Sungguh, kita serupa. Insan biasa yang miliki iman naik dan turun.

Moga. Kita sama-sama sebarkan bahagia.
Bahagia dengan bi'ah nasihat-menasihati.
Bahagia dengan cara kita mendekati kebaikan. Pengislahan.
Kerana aku mahu,
Bahagia ini tidak hanya tertuntas di bumi,
Tapi biarlah kita heret bahagia ini hingga sampai syurga nanti.

Sahabatmu.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...