Skip to main content

Pemakai Jam Di Tangan Kanan. Saya Bukan Kidal.

Long long long time ago,
Masa kain sekolah masih warna biru gelap,
Ada 2 tabiat yang paling saya suka buat.

Pertama, setiap tahun mesti tukar kotak pensil.
Kalau masa darjah 1 pakai kotak pensil besi yang bertingkat tu, naik darjah 2 mesti wajibal ghunnah beli kotak pensil yang berzip pula. Haa.. Cita rasa beraneka gituh. Kalau kotak pensil lama belum rosak pun, kena rosakkan dia supaya dapat beli yang baru. 😈

Kedua, setiap minggu mesti tukar jam. Minggu ini pakai jam di tangan kiri, minggu depan mesti di tangan kanan. Tak selesa bila mula-2 tukar, tapi lama-2 ok je. Minggu seterusnya tukar balik. Berkali-kali mengalami perasaan tak selesa setiap kali tukar jam itu adalah satu perasaan yang unik rupanya! Haha.

Sengaja. Orang kata keluar dari zon selesa itu bagus.

Sampailah satu ketika..

Dalam satu siri seminar UPSR, penyampai ceramah bertanya 'soalan aneh' kepada salah seorang daripada peserta seminar iaitu Emil yang juga rakan sekelas merangkap musuh seteru saya sejak zaman Neolitik dalam merebut kedudukan No 1 dalam kelas.

' Emil, Kamu pakai jam di tangan mana? '

' Kiri, cikgu. ' Dia menjawab jujur.

Cikgu itu menggelengkan kepala. Dia memandang kami semua pula. ' Siapa lagi yang pakai jam di tangan kiri, angkat tangan . '

Kebetulan, minggu itu adalah giliran saya memakai jam di tangan kiri. Maka, dengan suka cita gumbira dan selambanya, saya juga mengangkat tangan bersama ratusan lagi peserta lain. Ramai kutt.

' Kamu tengok cikgu. Cikgu pakai jam di tangan mana? ' Dia menunjukkan jam tangannya.

Kami semua menjawab serentak, ' Kanan! '

' Tahu kenapa cikgu pakai jam di tangan kanan? '

Geleng. Angkat bahu. Garu kepala. Garu tapak kaki. ' Entah. '

Tiba-tiba satu suara mencelah, ' Sebab cikgu kidal! ' Hahahaha. Kami semua ketawa. Cikgu tu senyum aje. Dia menggelengkan kepala.

' Cikgu kepada cikgu dulu pernah pesan. Dahulukan tangan kanan dalam apa jua urusan. Hatta dalam urusan pakai jam tangan. Pakailah jam di tangan kanan. Muliakan tangan kanan. Alangkah baiknya kalau kita dapat melihat waktu solat melalui jam di tangan kanan berbanding di tangan kiri. Kan? '

Kami berfikir. Aah. Betul jugak.

' Sekarang.. Cikgu nak, siapa yang pakai jam di tangan kiri, tukar sekarang ke tangan kanan. '

Melopong. Yang tak biasa, lagi ternganga luas. Lebih luas dari pintu Gua Musang.

Semua orang pun tukar jam. Bersungguh-sungguh menukar. Yang non-muslim pun ikut join agenda atau upacara penukaran jam dari tangan kiri ke tangan kanan.

Saya ikut menukar jam. Agak Tak selesa. Tapi tak apa. Setiap minggu pun memang dah jadi tabiat tukar jam di tangan-2 yang wujud. Cuma, kali ini, ia adalah penukaran yang terakhir. Tak berubah. Takkan berubah dah. Sampai mati. Hatta, kalau jenazah diizinkan untuk bawa jam tangan masuk kubur, maka pastilah tetap jam itu di tangan kanan saya. Afdhol kanan.

Banyak fakta mengatakan si pemakai jam di tangan kanan lagi buruk dari pemakai jam di tangan kiri.
*Terjun bangunan.

Tak payahlah terpengaruh.
Buat sesuatu kerana berprinsip dan bersebab.
Bukan sebab ikut-ikutan.

Btw, saya pemakai jam di tangan kanan.
Dan, saya bukan kidal.


Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...