Skip to main content

Miracle Dimana-mana...

" Qasrus ! Tengok ni. Ada 2 air tin Auni beli .. "

" Eh? Tadi kata nak call ibu Auni pakai public phone ? Kalau dah call, duit mesti kurang. Macamana boleh dapat beli air tin pulak ni?? Dapat 2 lagi? "

" Nak tahu tak? Tadi Auni memang nak call ibu Auni. Nak mengadu yang Auni malas belajar. Tension nak SPM. Tapi, Auni takut ibu susah hati. Auni tak nak ibu susah hati. Jadi, Auni rasa nak tunggu Auni tenang sikit, pastu baru nak call. So, mood lebih ok dan ibu pun tak susah hati.. "

" So? "

" Jadi, Auni pakai duit syiling tu untuk beli air tin dari mesin gedegang ( mesin air tin ) . Auni teringin nak minum nak air teh bunga dan grapes. Tapi duit tak cukup untuk beli 2 air tin. "

" Eh, habis tu, macamana boleh dapat 2 air tin ni? "

" Itulah yang ajaib ! " Dia teruja. " Auni masukkan duit dan tekan Air Teh Bunga sahaja. Duit memang tak cukup. Tapi tak sangka, ada dua air tin yang turun. Dan lebih tak sangka.. Bila Auni tengok air tin apa yang turun... They're air teh bunga and grapes !! "

Saya terlopong. Diam.
Memang kejadian air tin turun lebih dari yang ditekan biasa terjadi dan selalunya kami ambil saja sebab dah anggap rezeki. Takkan nak sumbat balik dalam mesin kut? Tapi selalunya air tin 'rezeki' yang turun tu dari jenis yang sama. Mana pernah air tin turun dari jenis yang berbeza melainkan memang ditekan!! Apatah lagi turun pula ikut keinginan kita !!

Dia menyambung, "Auni rasa, ada hikmahnya Auni berusaha tak susahkan hati ibu Auni tadi..."

Saya mengangguk.
Miracle dimana-mana.
Dan dia. Dia anak yang hebat !

Saya teringat satu fakta.

'Anak yang baik, Allah akan beri kebaikan dan pertolongan kepada dia.. Dunia dan Akhirat. '

Senyum

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...