Skip to main content

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please.

Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya?

Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan! 
Wah.. Alhamdulillah! 
Saya mengurut nafas lega. 
Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak.

Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang.

Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) "

Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana?

Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu teknologi dan komputer. Mungkinkah anak awak bakal jadi Mark Zuckerberg yang ke-2? Mudah-mudahan.. 🙂

Saya lihat awak dan suami begitu kelihatan bagai rusa masuk KLCC di dalam kapal terbang tu. Saya terfikir mungkin kalian jarang-jarang menaiki pesawat. Bila saya tanya berapa harga tiket kalian, kalian jawab kalian tak tahu. Untunglah kalian kerna semuanya diuruskan oleh si anak . Jadi, kalian tinggal menikmati perjalanan itu. 

Saya tekun melayan awak sepanjang 3 jam perjalanan dari Amman ke Doha. Melihat keletah awak buat saya teringat pada tok yang baru saja pergi meninggalkan saya 2 minggu lepas. (Semoga Allah merahmati arwah tok.)

Bila pesawat nak berlepas, saya pesan pada awak agar pakai tali pinggang dan simpan semula meja di hadapan awak. Awak follow saja tanpa banyak soal. Awak sangatlah ramah. Banyak benda awak soal diri ini dan banyak jugak soalan awak yang awak terpaksa ulang berkali-kali sebab maklumlah, bahasa Arab saya masih di tahap bawah. Sungguh saya rasa kesal dengan kelemahan ini. Tapi awak tetap tak putus asa sampailah soalan awak mampu dicerna akal ini.

Bila datang pramugari bawak selimut, saya tanya awak , nak selimut tak? Awak angguk dan saya mintak satu helai selimut dari pramugari tu. Tak cukup dengan itu, saya bantu awak adjust tempat duduk, biar awak dapat duduk selesa. 

Tatkala datang pula makanan, ada nasi dan roti jugak kek. Macam biasa, jadi adat orang Arab, awak makan roti dan kek dulu sedangkan saya pulak menghentam nasi . Bila turn awak nak makan nasi, awak tanya soalan yang sungguh comel, nasi je ke dia bagi? Saya balas pada awak, ada ayam. Awak balas, kenapa tak ada pun dalam nasi saya? Saya cakap, diorang sorok ayam tu kat bawah bawah. Cuba gali nasi tu, nanti jumpa la.. Awak buat macam yang saya cakap dan akhirnya awak jumpa potongan ayam yang dicari dan awak dengan riang gumbiranya awak makan sampai licin nasi tu.

Habis makan, saya sua roti dari tray saya, tak mampu nak habiskan. Awak menolak, mungkin sebab dah kekenyangan. Tapi, rupanya suami awak perasan yang saya ada offer roti saya. Terus dia minta awak ambilkan sebab dia nak simpan, buat bekalan 14 jam perjalanan dari Doha ke Amerika pulak mungkin. 

Pramugari datang lagi, membawa kopi dan teh. Dia tanya awak, nak tea or coffee. Tapi saya nampak awak macam terpinga-pinga tak faham. Maka, saya translate pertanyaan itu ke dalam bahasa Arab. Barulah nampak awak berfikir-fikir. Akhirnya, awak ambil keputusan nak syai (teh) . Saya sampaikan permintaan awak pada pramugari dan saya pulak pilih coffee sebab saya tak nak tidur, kalau boleh saya nak layan awak sampai sampai di Hamad International Aiport nanti. Saya campurkan kopi dengan gula dan susu. Awak tiru saya. Saya ambil sudu plastik dan kacau. Awak buat benda yang sama. Comel sungguh! Tapi tetiba awak keluarkan pulak satu lidi plastik yang sebenarnya berfungsi untuk stir. Awak tanya saya, lidi tu untuk apa? Saya jawab untuk kacau air. Habis sudu untuk apa pulak, tanya awak. Saya jawab , kacau air jugak. Kedua-duanya ada fungsi yang sama. Awak gelak gelak pada saya. Saya cuma tersenyum. 

Akhirnya kita dah sampai. Saya tanya awak, mana tiket awak yang seterusnya sebab awak bagi tahu flight awak adalah pada jam 7 pagi esok. Awak cakap, tak ada . Saya pun, WHAT? Mati kutu saya fikir kenapa awak tak dapat dua tiket macam saya. Saya pesan pada awak, nanti tanya je dengan orang di airport kalau perlukan bantuan. Berkali-kali saya pesan lepas saya dapat tahu tak ada sesiapa pun yang akan tunggu kalian berdua untuk transit di Doha ini. Saya kian bimbang.

Bila pesawat dah jejak tanah, kita semua diarahkan naik bas untuk dihantar ke balas ketibaan Airport. Saya ajak awak turun dan bantu angkat beg , kasihan lihat awak angkat beg sendirian. Tapi, bila saya ajak awak naik bas, awak refuse. Mungkin awak takut salah tempat. Akhirnya bila diterangkan petugas di situ, barulah awak mahu.

Saya minta kawan saya bangun dari seat dalam bas untuk bagi awak dan suami duduk. Memang sepatutnya kita utamakan warga emas kan untuk duduk dalam kenderaan awam?

Bila dah sampai di balai ketibaan, saya cakap pada awak, pergi Imigresen tau. Awak tak paham bila saya sebut Imigresen. Puas otak saya ligat berputar nak cari perkataan Imigresen dalam bahasa Arab. Last-2 , saya minta awak terus je tanya pegawai di situ berkenaan destinasi awak yang seterusnya. Mujur diorang sangat baik dan sedia untuk bantu. 

Kali terakhir saya nampak awak adalah bila awak dan suami naik lif untuk turun ke balai pelepasan. Terus lepas tu, bayang-bayang awak pun hilang. Kata-kata awak yang terakhir jelas di ingatan saya, " Allah yu'tikal 'afiyah.. ", kata awak sambil tersenyum. 

Same goes to you, mak cik. Semoga terus berada dalam perlindungan Allah. Saya harap sangat semuanya baik-baik saja. Semoga awak dan suami sampai dengan selamat di Amerika. 
   
Sungguhlah, banyak kali bumi Doha ini menjadi asbab saya bertemu dengan ramai manusia . Bayang mereka datang dan pergi, tapi mana mungkin kenangan secebis boleh dipadam mudah mudah dari ingatan. Thank you Allah.

Related image


Sendiri 7 Jam, 
03082017
Doha, Qatar

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p