Jangan takut untuk bersedekah kerana bimbang miskin, bersedekahlah! Sesungguhnya, orang miskin itu adalah orang yang takut untuk bersedekah ! :) Serius, bersedekah itu power. Kesannya hebat. Lebih hebat dari kesan kuasa sakti pari-pari atau Nenek Bertha dalam Sinetron Bawang Putih Bawang Merah tu. Siapa yang boleh rasa kehebatan sedekah? Hanya orang yang melakukannya sahaja yang tahu. Buat dulu, baru tahu. Ada orang yang terus-terusan berjaya menggapai kecemerlangan dalam pelajaran. Bila ditanya, apa rahsianya ? Sedekah. Ada orang bila dihempap susah, susah itu tak melekat lama padanya. Solusi datang bertimpa-timpa maka akhirnya masalah lenyap dari menggigit hidupnya. Bila ditanya, kenapa begitu mudah ? Sedekah. Tak penting banyak mana kamu sedekah. Tak perlu pun kosongkan akaun bank semata-mata mahu mengamalkan amalan simple-miple-apple ni. Takyah kempiskan dompet pun untuk memberi kepada orang. Biarpun dengan jumlah yang sedikit, tapi berterusan, itu sudah cukup