Setiap yang hidup , pasti akan diuji .
Yang tidak ingin diuji , beerti tidak mahu hidup lagi .
Surah ke-2 , ayat 155 .
Pegi bukak dan baca .
"Penatlah, kak.
Kalau 50 tahun hidup,
50 tahun lah kena jatuh bangun berkali-kali..." Kata anda sambil memuncungkan bibir sedepa ke hadapan macam itik kechewa tak dapat tangkap ikan.
Dik, kalau kamu penat nak diuji 50 tahun, maka berdoalah agar Allah cabut nyawa kamu ketika umur kamu 49 tahun.
Kah!
Okay baik.
Kak Qasrus cuma bergurau.
Jangan marah ya.
Jangan sembur saya dengan ubat nyamuk Fumakilla.
Biar saya jelaskan.
Keep calm dan terus baca.
:)
Kalau tidak jatuh, kita takkan belajar untuk berdiri sendiri.
Kalau tidak susah, kita takkan kenal senang.
Dengan adanya susah, sedih, penat, dan hampa , kita akan menikmati perasaan senang, gembira, selesa dan puas hati .
Lihat.
Ada hikmahnya, bukan?
.
Bersabarlah sayang. Bukankah Allah sudah pernah berkata , dunia ini cuma sementara. Persinggahan. R&R. Tempat sementara ini penuh dengan susah-payah, penuh dengan peristiwa yang bikin kita sakit kepala lemah lutut, ramai dengan manusia-manusia yang jiwanya sakit lalu turut melumpur pada kita kotoran hatinya..
Bersabarlah sayang... Hidup kamu tak lama pun untuk lalui semua ini. Andai kamu bersabar, kuatkan diri dengan amalan, dekatkan diri pada Allah Taala, semuanya akan mudah sahaja. Allah akan bantu. Allah takkan biarkan hamba yang disayangi-Nya meredah susah sendirian.
Bukankah kamu pernah terbaca Surah Al-Insyirah?
Ingat lagi kata-kata Allah dalam ayat ke-5 dan ke-6?
Setiap kesusahan itu ada kemudahan.
Ada kemudahan.
Ada.
Yakinlah.
Jangan gelap mata bila ujian melanda.
Pandanglah hadapan dan yakinlah.
Allah ada bersama.
:)
So, bila ada masalah, tenang-tenang saja. Pilihlah untuk gembira kerana ini masanya anda bermuhasabah dan memperbaiki kualiti diri sendiri.
Yang penting, teruskan makan ulam agar anda kekal awet muda dan bergaya. Kah!
15 April 2017

Comments