Pandai pramugara buat lawak.
Datang seorang bawak teh dalam jug.
" Tea.
Syai. "
Aku tak peduli. Aku sedang mencari selain dari teh. Sebab aku perlukan sesuatu untuk tahan mata dari tertutup.
Datang yang kedua pula bawa kopi dalam jug.
" Coffee.
Coffee. "
Mahu!
" I want coffee. "
Bila dia dah tuang air tu dalam cawan yang aku hulur, tetiba , " This is tea. "
EH...?
Tadi kata Kopi?
" This is tea or coffea? "
" Tea. You want tea or coffee..? "
NAK KOPI LA.
Serius tadi dengar dia cakap kopi.
Lagipun pramugara pertama yang bawa teh dah berlalu pergi.
Takkan la dua orang sekaligus bawak minuman yang sama? Aneh.
" Em. Takpa la. Saya tak kisah pun. " Aku redho saja. Lagipun dia dah tuang siap letak atas tray table depan seat aku. Takkan nak suruh tuang masuk jug balik kot?
Aku ambil gula dan creamer. Tak lalulah nak telan kopi pahit macam yang selalu dihadiahkan oleh patient masa aku round kat hospital.
Lampu seat kubuka.
Eh?
Air tu warna hitam.
Bergurau ke apa dia ni?
Tuang creamer dan gula. Minum.
..
Weh! Kopi la!
Kurang asam jawa bunga lawang! 🤤
***
Datang seorang pramugara yang lain, bawa plastik sampah nak kutip sampah dari penumpang-penumpang dalam pesawat.
" Garbage.
Trash.. "
Dia round di setiap row penumpang.
Lagi dia ulang.
" Garbage.
Trash.
JEWELLERY.. "
Hang dah kenapa? 😂
Comments