Gelap makin menyelimuti atmosfera bumi Irbid . Maghrib dah masuk ni, getus hatiku.
Aku pandang langit yang kian malap dek perginya sang suria yang mahu berehat seketika . Kiri kanan kaki dipercepatkan.
Hm, kalaulah ada sayap, tak sampai 30 saat ni mesti dah sampai rumah. Takdak sayap burung, sayap ayam pun ukey kut. Tapi aku rasa lagi baguih la kalau ada pintu suka hati macam yang Doraemon punya tuh. Senang hidop!
Deru kencang si angin menolak laju langkah ini meniti pinggiran jalan yang kami kenali sebagai Syari' Jami'ah itu .
Tatkala melewati jalan berhampiran tangga terowong bawah tanah yang tembus ke seberang jalan besar sana, aku dihimpit si kecil hidung mancung berbaju putih. Aku pandang sekilas insan itu. Bersih raut wajahnya. Rambut beliau kemas dipotong pendek. Kelihatan macam budak baik.
Ah, dont judge the book by its cover, Qas! Duduk negara Arab ni, susah nak percaya siapa pun!
Aku terus fokus berjalan semula ke hadapan. Tanak pedulikan kewujudannya.
Anehnya, lagi laju aku membuka langkah mara ke hadapan, laju jugak dia mengikut. Eh, nak lawan jalan kaki dengan akak ke dik? Tapi kita takdak medal untuk direbut . . .
Aku perlahankan langkahku sedikit. Dia mendongak wajah memandang aku. Yah, kelihatan begitu terang lagi bersuluh ( tanpa perlu kita gunakan lampu minyak tanah atau touch light dengan bateri Energizer MAX AA ) bahawasanya aku memang tinggi. Em, at least tinggi lah dari budak lelaki yang aku kira umurnya baru 6 atau 7 tahun ini.
" Aku nak duit. "
" Nak apa..? " - Aku pura-pura garu kepala , telinga , lutut dan pipi macam tak paham apa yang dia mintak.
" Bagi la aku duit. "
" Nak buat apa duit? "
" Em. Aku nak beli makanan. "
" Mana mak ayah? "
" Ayah sakit. "
" Sakit apa la? "
Dia diam.
Hm, susah aku nak percaya. Beg sandang aku berwarna ungu itu aku pegang erat.
" Baliklah rumah, mesti kat rumah kamu ada makanan.. "
" Bagi la saya duit.. " - Dia masih belum futur merayu. Kain nipis yang menutup wajahku galak meliuk lentok dihembus kencangnya angin. Aduh, makin merimaskan!
Bukan aku taknak hulurkan saja duit dan biarkan dia pergi lesap bersama kegembiraan mendapatkan apa yang dia inginkan. Bukan! Aku tidaklah kejam dan tak ada hati perut usus besar usus kecil dan rectum. Cuma, kawan aku pesan, usah diberi wang pada kanak-kanak Syria, mereka masih kecil , bimbang dia belanja untuk benda yang bukan-bukan. Lainlah kalau diberi terus pada mak ayah dia.
" Kamu nak beli makanan ya? " - Langkah aku dah diberhentikan.
Dia angguk. " Ya, aku nak beli makanan. "
" Nak makan apa? "
" Sandwich. "
" Jum aku belikan . "
Dia macam berat hati. Dipandangnya kiri dan kanan.
" Bagi la aku duit. Aku nak beli makanan. "
" Takpe, biar aku je belikan . Nak makan apa tadi? "
" Sandwich. "
" Kat mana kita nak pi beli? "
" Kat sana. " - Dia tunjukkan sebuah restoran di belakang kami yang baru saja kami lewati sebentar tadi. Aku mengorak langkah ke belakang, patah balik. Dia mengikuti.
" 'Ammu, biddi Sandwich. Edesh wahid? "
" Qams wa talatin. "
" Biddi tenten "
Sambil menunggu sandwich disiapkan, aku memerhatikan pak cik yang buat sandwich tu. Dia cuma guna roti rubu' dan dia masukkan falafel yang dipenyetkan . Terus, diletakkan diatas falafel itu salad mentah.
Sedang asyik dok peghati orang buat gheja, datang seorang lagi budak lelaki arab berbaju belang nipis. Dengan muka kasihan, dia minta duit dari aku. Aku buat tak layan. Budak kecil tepi aku cuma perhati. Aku pun join dia perhati budak lelaki yang tinggi sikit itu. Bagai ada komunikasi antara kedua-dua kanak-kanak ini ( depa main angkat kening ja kut! ) , terus budak yang tinggi itu pergi.
" Tu abang kamu ke? " - Aku bertanya budak kecil ini. Dia angguk. Patutlah muka sama, getus hatiku.
Sandwich dan siap. Aku pegang bahu si kecil ni dan jalan beriringan gerak ke kaunter untuk bayar. Tak sampai 1 JOD pun harga sandwich itu. Aku serahkan plastik berisi dua keping sandwich kepada dia. Baki duit yang aku terima itu jugak aku selitkan di tapak tangan kecil itu.
Dia kelihatan terkejut. Didongak lagi wajahnya untuk pandang aku (sebab aku kan tinggi. Ahaks. )
" Syukran . " Ringan lafaz itu meluncur dari kalamnya sambil segaris senyuman mesra dilemparkan.
Aku terhibur. Tersenyum di sebalik purdah.
Rasa sayang sangat pada budak-budak seusia macam ni . Dulu, aku sampai bercita tinggi mengangkasa mahu jadi cikgu tadika agar boleh terus sentiasa selalu hari-hari dapat main dan ajar budak kecil. Namun, apekah daya, kerana telah Allah takdirkan namaku terselit di baris baris nama pelajar-pelajar yang lulus untuk belajar medik, maka aku tinggalkan cita-cita mulia mahu menjadi pendidik generasi rebungan yang comel begitu.
Berpisah di situ dan aku teruskan langkahku yang terbantut tadi untuk jalan pulang ke rumah . Anak mataku sempat memandang si kecil tadi. Abangnya mampir mendekat lalu keduanya berjalan pergi bersama sandwich yang bakal menjadi pengisi perut mereka malam itu. Dinner.
Duhai . Tak sanggup aku nak tengok mereka lama lama. Aku kasihan.
Dalam usia yang begitu muda, mereka terpaksa meminta-minta.
Nak makan pun susah.
Hidup family juga tidak menentu.
Kemanusiaan membuatkan kita dapat menghormati orang lain. Kemanusiaan memberi sinar harmoni pada atmosfera kehidupan manusia.
Namun, jika kemanusiaan itu dirobek cedera bila nafsu dan kepentingan diri yang lebih diutamakan, maka teraniayalah orang lain yang tidak berdosa terutamanya anak-anak kecil seperti mereka berdua juga golongan yang sudah di usia senja. ='(
Syria. Mungkinkan satu hari nanti kau akan bebas merdeka?
Hanya Tuhan yang kekal tahu lagi Maha Tahu jawapannya .
Lets us pray for them. May Allah strengthen their heart, increase their iman, fulfil their desire and protect them always.
Qásrús Syúhadá
21052017 | Irbid, Jordan

Comments