"Beliau seorang pensyarah di Universiti Yarmouk, Jordan." Naqibah usrah yang saya hormati itu mula membuka cerita.
Pernah ketika beliau sedang belajar pHD di Universiti Yarmouk, perniagaan ayahnya mengalami masalah . Kewangan jatuh merudum bagai tahi bintang di angkasa jatuh menendang permukaan bumi. Lagi menyesakkan dada adalah apabila beliau mendapat tahu bahawa yuran pengajian juga telah dinaikkan. Bertambah mahal!
Tidak mudah untuknya menerima hakikat ini.
Tambah lagi, selama ini cuma ayahnya sahaja yang menanggung pembelajarannya di Jordan.
Oh ya.
Lupa mahu selitkan latar belakang pensyarah ini. Beliau bukanlah orang Jordan. Beliau berasal dari Kuwait. Beliau menyambung pelajaran di Jordan sambil menjadi guru sandaran di sekolah. Walau bagaimanapun, kewangannya tetap masih longgar .
Paling menyakitkan perasaannya, ayahnya menyarankan agar beliau berhenti saja belajar dan pulang semula ke negara asalnya.
Beliau enggan..!
Katanya, cita-citaku mahu jadi doktor falsafah. Bukan guru biasa..!
Sampai suatu petang,
Ketika otaknya kian buntu memikirkan masalah yang datang menerjang,
Hatinya rawan atas desakan keluarga agar dia tinggalkan cita-citanya,
Pensyarah ini duduk berteleku di masjid. Menangis. Entah pada siapa mahu diadukan masalah?
Tiba-tiba datang seorang manusia menyapa.
Manusia seberang berkulit sawo matang.
Bukan penutur rasmi bahasa arab.
Bukan pemakan nasi mansaf sejak lahir ke dunia.
Mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain .
Orang Malaysia!
Beliau itu pelajar Malaysia yang belajar di Jordan dan ada perniagaan sendiri.
Pemuda itu menyapa pensyarah tadi dan bertanya masalahnya.
Begitu mendengar perihal yang dirunsingkan, tanpa melengahkan masa lagi, beliau terus menawarkan diri mahu menaja pengajian pensyarah tadi untuk 2 sem panjang!
Subhanallah!
Mereka malah bukan sahabat karib.
Kenal juga tidak pernah.
Tapi, mulia sekali pemuda Malaysia tadi membantu tanpa mengharapkan balasan!
Kini, pensyarah tadi sudah menjadi seorang doktor agama yang hebat. Ilmunya dikagumi ramai. Malah, dari didikan beliau pula lahirnya ribuan ilmuan lain.
Boleh bayangkan berapa banyak pahala yang pemuda Malaysia itu dah dapat?!
Pensyarah itu malah menegaskan bahawa sejak beliau mengenali pemuda Malaysia itu, dia begitu bersungguh-sungguh menuntut ilmu kerana katanya beliau akan rasa bersalah sekiranya tidak serius dalam belajar. Beliau juga sentiasa bersemangat mengajar dan berikrar akan tetap mencurahkan ilmu walaupun pelajar yang hadir cuma seorang. Katanya, beliau mahu pahalanya mengajar akan terus mengalir pada manusia baik budi pekerti yang telah membantunya..
Saya termenung lama mendengar hebatnya usaha murni pemuda itu.
Membantu dengan ikhlas bagai kaum Ansar menghulurkan harta kepada Muhajirin.
Dan, boleh bayang kalau orang yang tengah sudah hati tiba-tiba ada manusia baik hati sudi menolong? Tidakkah perasaan bersyukur itu bakal buatkan dia bertambah dekat pada Allah?
Lantas ingatlah kata-kata dan janji Allah,
Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai.
Pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji.
Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki.
Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
Petang tadi, saya berjalan pulang dari Markaz Sihhi . Kelas petang batal, jadi dapatlah cabut lari balik rumah lebih awal. Sebelum pulang, saya singgah ke klinik untuk medical checkup.
Tengah tenang dan damai aman sentosa berjalan dengan langkah yang laju sebab bimbang hujan tatkala gemawan nak buat ijtima' di permukaan langit, seorang wanita berjubah hitam hitam menahan langkah saya dari terus dihayun ke depan.
La.. Dah kenapa ni?
" Sorry miss. Sorry Im stop you here.."
Saya yang masih terpingga-pingga ini cuma mengangguk.
" Yes? What do you want? " Aku menjeling anak bujangnya di sebelah. Fuh, lawa keningnya. Macam dilukis. Eh. Budak yang saya kira dalam anggaran 10 tahun itu cuma diam .
" Im stay in Amman and I come to Irbid to do the medical check up for my baby.." Dia tunjuk perutnya. Ok. Dia mengandung. Besar dah tu kandungannya. Lagi besar dari saiz anak patung yang saya beli kat Irbid Mall. Hurm.
Dia sambung. " You speak Arabic? "
Saya angguk. Dia kemudian sambung ceritanya dalam bahasa Arab.
" Di klinik tadi, ada perempuan curi beg saya. Saya tak tahu nak buat macamana.. Saya kena balik Amman tapi tak ada duit. "
Sebab terkejut, saya melatah dengan istighfar. Dia pula sambut dengan ' hasbunaLlaha wa ni'mal wakeel '
Saya malas nak fikir panjang. Wajahnya sayu sahaja. Saya dah meraba beg sekolah nak cari purse. " Berapa tambang yang awak perlukan untuk pulang? "
" Dari sini nak ke Mujamma' Amman, kemudian naik bas Hijazi dan terus nak pulang ke rumah, semuanya 9 dinar.. "
Saya bukak purse. Allah. Duit kecil yang ada tak sampai 9 dinar pun. Saya selak compartment yang lain. Ada! Duit besar ni saya bawa sebab bimbang kena caj mahal bila buat medical checkup. Tapi, mujurlah tiada caj yang dikenakan tadi.
Saya memandang wanita tadi. Duit pecah tak cukup. Yang ada cuma duit besar.
Sudah, Qas. Jangan fikir banyak. Wanita ini Allah hantar untuk menguji sejauh mana kau ambil iktibar dari kisah dalam usrah semalam!
Saya menggenggam duit itu dah terus meletakkannya dalam genggaman wanita itu.
" Wowww! " Dia nyata terkejut. Tak tersangka mungkin duit sebanyak itu sudah berada di tangannya sekaligus bakal menyelesaikan masalah yang menimpa. Dia menggengfam erat tangan saya, bakal tidak mahu dilepaskan. Anaknya di sebelahpun mahu bersalaman dengan saya bila melihat emaknya kembali happy. Malangnya, tangan saya dua² mak dia pegang. Tak free nak capai tangan anak dia pulak.
" Just take it. " Saya tersenyum. Syukur melihat kelegaan yang terpancar di wajahnya.
" Thank you very much. Whats ur name? "
" Qasrus. "
" You can tell me when I can come here again to give this money back to you. "
" No. No need. Im 4th year medical student. Just pray for me, ok. For my study. "
" Thank you. Thank you very much. "
Saya terus melangkah pergi.
Mahu lupakan terus beliau yang baru saya temui.
Benar. Allah sentiasa mahu menguji, apakah benar kita bersungguh mahu membuat kebajikan?
Sejauh apekah keikhlasan kita?
Makhluk syaitonirrojim itu juga tidak pernah mahu ambil MC untuk berhenti mengganggu kualiti amalan kita.
Pabila tangan kanan memberi, tangan kiri harus disorokkan. Dalam erti kata lain, percepatkan aktiviti bersedekah agar tiada yang menyedari apa yang kamu lakukan.
Kita tak pernah tahu.
Kadang-kadang, kebaikan yang sedikit bisa menghasilkan sesuatu yang luar biasa .
Sedang Allah maha Mengetahui sesuatu yang tiada pada pengetahuan kita pada masa ini.
Lupakan kebaikan kita pada orang.
Ingat kebaikan orang pada kita.
Dan jangan pernah lupa,
Allah sentiasa menghisab apa sahaja kebaikan walau sebesar zarah mana sekalipun.
Maka, usah penat buat baik.
Qásrús Syúhadá
13042017 | Irbid, Jordan

Comments