Berdukacita apabila diri tidak mampu menjadi lebih baik?
Tajdid niat semula.
Untuk apa aku menjadi lebih baik ?
Siapa yang hadirkan lintasan supaya aku menjadi lebih baik ?
Kemudian,
Carilah sumber untuk menguatkan diri sendiri.
Fahami bagaimana mahu mujahadah melawan kehendak diri yang cuba belot pada kehendak Ilahi.
Hidup tak pernah sunyi dari menghadap dilema diri. Itulah manusia. Sedangkan ahli Badar juga diuji dahsyat peperangan emosi dalam diri sebelum dan selepas meraih kemenangan dengan bantuan Tuhan dalam Perang Badar, tentulah kita juga tidak dapat lari dari hakikat ini.
Allah mahukan kita muncul sebagai bintang setelah kita diasak dengan ujian.
Tanpa ujian, kita tak tahu kelemahan dan kekuatan diri. Maka, ujianlah sumber untuk kita belajar memahami diri sendiri. Ujian juga menjadi asbab kita selalu mahu menjadi pengejar Ilahi .
Maka, pabila diri berdukacita kerna masih belum kuat untuk menjadi lebih baik seperti yang diinginkan, janganlah berasa kalah dahulu.
Maju, cari kekuatan diri dengan meminta pada Rabbi. Seterusnya, bangunlah berusaha siang dan malam membina diri.
07072017 | Irbid, Jordan
Comments