" Iltihab qasabat " - Ummu Hamzah mengkhabarkan sakit anaknya .
Case Hamzah aku clerk last week ; hari first di Hospital Rahmah.
Hari Ahad minggu ni , sempat berjumpa semula dengan Ummu Hamzah. Dia dulu melambai tangan tatkala kami bertentang mata .
" Hamzah macamana ? "
" Makin sihat. Saya akan tanya doktor bila dia boleh discharge . "
Aku gembira .
Pergilah segera dari tempat ini . Ini tempat orang² yang sakit . Awak harus sihat segera , Hamzah .
Semalam. CR ajak jalan² di unit rawatan rapi bahagian pernafasan .
Terkejut.
Hamzah dulu yang aku jumpa di situ. First bed.
Kenapa Hamzah dipindahkan ke unit itu ?
Apa yang berlaku ??
Makin terukkah dia ?
Asthma exacerbation pulak ke ?
Oxygen mask terpasang terus di mulutnya .
Berkali-kali aku memandang si kecil itu. Kelihatan lemah sekali.
Cepat sihat, sayang!
*Muram*
Di saat kita sedang berjuang melawan susah belajar,
Ada yang sedang berjuang untuk susah mahu meneruskan kehidupan.
Kita bertarung dengan buku yang bertimbun, material yang bertingkat tebalnya,
Mereka bertarung dengan nyawa.
Adakala kita rasa ujian yang Tuhan timpakan itu berat sangat,
Putus asa, lemah dan futur silih berganti.
Nun perhatilah,
ada lagi insan yang lebih berat diuji.
Kadang mereka nampak biasa,
Nampak bersahaja,
Atau seakan tiada apa².
'Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?'
Tanpa sedar, Tuhan didik kita cara bersyukur.
:(
****
Hari ini .
Round hari ni habis awal. Berterima kasih aku pada Z yang tak sengaja membunyikan siren kecemasan di hospital. Doktor lepas kami untuk pulang lebih awal.
Selesai round dengan doktor, laju aku menapak menemui Ummu Hamzah. Dia berdiri di muka pintu wad sambil mendukung si kecil Hamzah berbulu mata lentik 2 cm itu .
" Macamana Hamzah hari ni ? "
" Hamzah dah boleh keluar hari ni . "
" Serius?? "
* Lombat gumbira *
Gembira.
Sedih pun ada. Mungkin tak ada lagi pertemuan dengan si comel ini kelak.
Tidak mengapalah. Asal awak sihat dan sembuh segera .
Dear kamu,
Jangan sesekali lupa, ada kuasa yang tak akan ada batasnya.
Positiflah dalam setiap ujian.
Jika kita tak mampu,
Allah ada dan Dia mampu,
Dan akhirnya Dialah yang akan memampukan kita.
Bukan diri kita.
Dia ada saat seluruh dunia tolak kita.
Dia mampu sembuhkan saat dunia tiada ubatnya.
Kapasiti Dia takkan pernah ada sempadan.
.
Kerana itu, manusia diciptakan lemah, supaya sandaran kita hanya pada Allah.
Bukan siapa-siapa.
"You will never know how strong you are, till being strong is the only choice you have."
Tahniah Hamzah . Awak kuat .
Kekuatan awak akan diri ini contohi.
25012017
Irbid, Jordan
Comments