Bagi seorang yang terpaksa meletakkan kaca di hadapan mata untuk melihat objek jauh, fenomena terlupa di mana duduk letak sang cermin mata itu adalah sesuatu yang biasa .
Tidak terkecuali saya sendiri .
" Aduh, kat mana tak aku letak? Dah cari merata, serius tak ingat langsung letak kat mana.. Halamakkk.. "
" Benda apa angah cari tuh? " - Abah pulak tak senang tengok saya mundar-mandir tawaf rumah dari utara ke selatan.
" Cermin mata, bah.. Lupa la letak mana. "
Saya tarik nafas. Penat mencari dah satu pasal. Mencari dalam keadaan tak nampak pulak dua pasal. Kang tak pasal-pasal rasa nak humban semua barang sebab dah fed up tak dapat detect location cermin mata. Nak call, tak pernah pulak bagi kawan baik saya tu pegang telefon bimbit sendiri. Nak cari pakai GPS, tak pernah pula check in setiap kali letak makhluk tu di tempat tertentu.. Haduihh. Mati kutu. Buntu.
Hati mula bersuara. Sekarang ni tak ada siapa boleh bantu kau, Qas. Otak kau sendiri pun lupa, apatah lagi orang lain yang tak pernah tahu langsung kat mana kau letak cermin tu. Allah saja tahu. Dia saja tahu. Kau tanya Dia.
' Ya Allah, sungguh, Kau tahu segala benda yang aku tak tahu. Kau ingat segala benda yang aku lupa. Ya Allah, aku benar-benar lupa. Sungguh ni, tak ingat langsung kat mana aku letak cermin mata. Kau saja tempat aku berharap sekarang. Cuma kau saja boleh bantu aku. Tunjukkan aku, ya Allah, kat mana cermin mata tuh.. '
" Cari tak lagi dalam bilik air? " - Abah.
" Aah.. Bilik air belum. " Baru teringat baru keluar dari toilet ambil wudhu sebentar tadi.
" Cuba cari tengok. Mana tahu ada kat situ. "
Melangkah terjah bilik air. Cari di sekitar rak.
Masih tak ada.
Hampa.
Masuk ke bilik tidur. Entahlah. Dah rasa kecewa. Serabut pun ada sebab seluruh alam dah jadi kabur. Ya Allah, bagaimana pulak la orang yang tak nampak langsung?!
Eh. Kejap.
Menapak pergi ke meja solek.
Weh. Spek ana di sini!!!
Warghh..!
Awat boleh lupa aku letak sini ya Tuhannn. Tak ingat langsung..!
Terima kasih Allah..!
" Abah! Dah jumpa cermin. . ! "
" Alhamdulillah. Tolong cari pulak Al-Quran abah. Tak jumpak ni. Abah nak baca Al-Quran. "
" Oh. Hilang ka? Al-Quran abah warna apa? "
" Biru. "
Hm. Tak pernah pulak lihat rupa bentuk Al-Quran tu macamana. Cane nak cari nih?
Tak apa. Test sekali lagi keajaiban meminta pada Allah.
' Ya Allah. Tuhan yang mengetahui segala perkara yang aku tidak tahu. Aku ni tak pernah tengok Al-Quran milik abah. Bantulah aku nak cari. Aku benar-benar tak tahu kat mana dia. Rupanya pun aku tak pernah nampak. Tolonglah aku ya Allah..! '
Usaha mencari diteruskan.
Agak bermasalah sedikit sebab seluruh isi rumah telah diubah kedudukannya oleh adik bongsu . Maklumlah, nak raya.
Entah kenapa, hati rasa nak masuk bilik kedua.
Melihat lihat di rak buku yang melangit sampai ke siling rumah.
Mata tertumpu pada deretan Al-Quran yang tersusun di atas almari. Ada sebuah Al-Quran yang mirip dengan Al-Quran yang saya selalu baca masa dekat Maahad Mahmud dulu. Warnanya biru muda. Tapi rasa ragu-ragu.
Itu ke Al-Quran abah?
" Abah.. Ni ke Al-Quran abah? "
Abah melangkah masuk bilik. " Mana? " Jari saya tunjuk ke atas almari buku. " Eh? Tu la Al-Quran abah. Macamana boleh ada kat sini? Selalu kat bilik abah ja.. Hmdulillah. Terima kasih Terima kasih.."
Kening terangkat. Oh serius itu ke Al-Quran yang dicari-cari?
Macamana aku yang boleh jumpa?
..
Pulang beraya ke kampung.
Bila duduk ramai-ramai, perkara yang selalu terjadi adalah stokin hilang!
Sebagai precaution, saya letakkan stokin yang selalu dipakai di dalam beg pakaian.
Yakin, takkan hilang macam selalu dah!
Senyum.
Keesokkan hari apabila nak siap siap pergi beraya, saya cari stokin dalam beg.
Weh!
Takdak!!?
Pi mana??
Serius, 100% yakin memang letak dalam beg malam semalam. Hari ni nak pakai, tak ada !
Saya bersangka baik. Mungkin saya yang lupa sebenarnya letak makhluk tu kat tempat lain.
Cari cari cari. Masih tak jumpa.
Fed up dah datang. Rasa macam takmau keluaq beraya. Memang tak keluaq lah kan kalau tak pakai stokin. Dahla tak bawak spare!
Hampir saja putus asa selepas dua kali segala isi beg pakaian saya keluarkan sebab fikir mana la tahu kalau kalau ia terselit di celah-celah pakaian lain atau ruang-2 kecil dalam beg.
Tetap tak ada.
' Ya Allah. Engkau saja yang Maha Mengetahui apa yang di luar pengetahuan aku. Aku yakin dah letak stokin tu dalam beg semalam. Hari ni takdak. Aku benar benar tahu kat mana stokin tu sekarang. Tunjukkan padaku ya Allah, kat mana lagi nak cari. '
Isi beg disimpan semula. Beg disandarkan di dinding bilik. Saya betulkan karpet lantai yang sudah lari dari kedudukannya.
Em. Entah kenapa, tetiba rasa macam nak angkat karpet tuh.
Angkat.
Wehhhh!
Stokin aku di bawah ini!!
Ya Tuhan! Dah jumpakkk. Rasa nak menanges. Sapa pi sorok bawah ni ? Aduhai..
Tak apalah. Yang penting dah jumpa.
..
Pulang dari kampung, ibu mengadu.
Kad bank miliknya dah hilang. Katanya dah cari merata tapi serius dia lupa letak di mana. Katanya lagi, sejak akhir-2 ini, kerap dia lupa banyak perkara. Kad bank itu hilang sejak sebelum raya lagi.
" Kalau angah jumpa kad bank tu, ibu bagi RM 20 . "
" Kad bank tu kad apa? "
" Kad bank muamalat. "
" Warna apa? "
" Hitam macam tu.. "
Hm. Otak cuba meneka-neka bentuk rupa paras kad yang dimaksudkan. Sumpah, tak pernah tengok lagi kad bank muamalat tu macamana bentuknya sebab saya pemegang akaun bank Maybank dan Standard Chartered saja setakat ni. HCBS pun dah tutup.
Kata ibu, dia simpan kad itu di ruang tamu. Saya mencari di celah-2 sofa dan meja kopi di ruang tamu. Tak ada.
Terasa ragu-ragu sebentar. Mana mungkin ibu menyimpan item sepenting itu di ruang tamu sebab ibu saya ni jenis yang teliti dan cermat.
' Ya Allah, Tuhan yang mengetahui segala perkara. Engkau Maha Tahu apa sahaja perkara yang aku tak tahu. Bantu aku ya Allah. Aku dah la tak pernah tengok kad tu macamana. Tolonglah ya Allah tunjukkan kat mana kad itu berada.. '
Saya melangkah masuk ke bilik ibu. Operasi mencari bermula di meja solek. Habis buku dan purse diselongkar untuk mencari sekeping kad yang telah lama hilang itu.
Masih belum jumpa.
Cari lagi. " Tak apa lah angah. Ibu dah cari. Takdak. Memang takkan jumpa punya.. " Suara ibu mengetuk gegendang telinga. Saya menulis sekilas namun tetap terus mencari. Tangan mencapai sebuah purse yang tersorok di rak kecil bertingkat tiga di sebelah meja solek ibu. Ragu mula bertapa tapi saya pujuk diri. Hati yakin terus. Allah pasti bantu.
Buka purse lama itu. Mata memAndang sekeping kad bewarna hitam di poket sebelah kanan yang berplastik lutsinar. Jari ini cuma menyusup di celahan poket purse itu supaya tulisan pada kad itu boleh dibaca.
Bank Muamalat.
Em, ini ke ye?
" Ibu, ni ke kad ibu? "
" Ya Tuhan anak sayang, macamana boleh jumpak? "
Purse itu ibu ambil dan cium. "Yeayy jumpak dah. Leganya ibu, lama dia hilang. Hmdulillah. Nak RM 10 untuk angah. " Ibu hulurkan RM 10 yang dia keluarkan dari purse tadi.
" Aik? Tadi kata RM20? " Saya tersengih. Ibu garu kepala .
Haha. Tak apa saja la ibu. Angah bergurau cuma. Tak adalah nak sangat duit sebab memang niat nak bantu cari .
Seketika kemudian, ibu keluarkan lagi sekeping not RM10.
" Nah lagi 10. " .
😛
Yeayyy!
" Ek, angah. Baca doa apa tadi? "
" Takdak doa spesifik ibu... "
Kulim, Kedah | 27062017 - Hmdulillah , officially 22 yrs old!
Comments