Sesuatu yang kita amat inginkan,
boleh jadi tidak bisa kita dapatkan hari ini.
Bukan karena Tuhan tidak sayang,
melainkan boleh jadi waktunya belum tepat.
Besok lusa, jika sudah pas,
kita akan memperolehnya.
Saat itu terjadi, kita sudah siap,
dan lebih pandai bersyukur.
*Tere Liye
Nota pelajaran dibelek muka demi muka .
Setiap patah perkataan ditenung bagai nak terkeluar biji mata .
Tutup sebentar buku .
Hela nafas panjang .
Tangan meraup wajah yang sudah lesu .
Kupaling semula memori pada masa-masa lalu .
Kira-kira 4 tahun yang lalu ,
saat baru mula nak bertatih
mengenal dunia perubatan .
Dulu kufikir aku sudah kenal diri sendiri .
Masak benar dengan cara study sendiri .
Dari darjah satu sampai ke zaman TiNgkatan 5 ,
semua peperiksaan kubolot A lurus.
5A, 9A, 7A+ 4A .
Bagaikan tidak percaya ,
begitu cantik sekali sekeliyan result
yang terpampang pada
slip peperiksaan yang kuperoleh!
Tapi, benarlah ,
semakin kita belajar,
semakin kita kenal diri sendiri.
Rupanya, berjuang di medan perubatan
tidak seperti yang kusangka!
Jauh bezanya dengan cara belajar
ketika di bangku sekolah.
Aku jadi terpelosok mencari cara
untuk membawa diri.
Berkali-kali hampir jatuh
kemudian Allah tarik aku semula.
Jatuh sedikit dan mujur
tak luka menanah hingga buat aku putus asa.
Mujur!
Dalam perjalanan yang sumpah panjang ini,
aku baru sedar satu perkara.
Allah tak pernah tinggalkan aku!
Dari Tahun 1 pengajian, aku mohon selalu.
" Ya Allah, tunjukkan aku cara paling terbaik untuk aku hadapi semua ini. "
Kerana belajar medik ini susah.
Tak se-simple yang aku sangka!
Result yang tinggi sentiasa aku aim.
Namun , selalunya sasaran aku acap kali
menyimpang dari kelurusan landasan.
Aku sedih!
Namun, aku tak putus juga berdoa.
" Ya Allah, ilhamkan aku cara-caranya. Aku juga mahu berjaya seperti beberapa temanku itu ; lalu aku sebutkan nama mereka satu per satu "
Ya! Allah sentiasa beri ilham itu!
Banyak sekali cara study yang aku cuba.
Inilah cobaan berani mati!
Eksperimen ini hanya diketahui
berjaya atau tidak cuma pabila result exam
sudah di hadapan mata.
Pabila ada bahagian kecil usahaku
yang kelihatan cocok dengan diriku,
Aku menulis agar aku tidak lupa.
Biar pada imtihan seterusnya,
aku masih mempraktikkan benda yang sama.
Pabila ada bahagian kecil usahaku
atau ada sikapku yang kelihatan
menjadi asbab tergelincir result aku
ke bakul yang menyedihkan,
aku segera tampar hati aku dengan kesedaran.
Kau jangan buat dah benda ni!!
Tidak mudah kawan-kawan.
Allah tak beri aku jalan yang
terbaik ( seperti yang aku minta itu )
dengan sekelip mata.
Banyak try and error!
Macam manusia pertama yang nak buat mentol tu.. Kau tahu siapa?
Ya, aku pasti kalian semua mengenalinya.
( Kalau kenal, sila komen nama beliau
di bawah post ini. Haha )
Dia tidak berhenti bila gagal.
Aku mengambil semangatnya.
Usah berhenti selagi belum menang.
Masanya pasti tiba!
Akan datang satu saat,
Allah akan bukakan rahsia.
Benar kawan-kawan.
Allah itu baik sebenarnya.
Dia dengar dan cakna dengan
doa kita setiap masa cuma antara
cepat dan lambat sahaja dia nak kabulkan.
Macam doa yang aku minta dari sekolah rendah
agar aku bisa pandai menguasai bahasa Inggeris.
Setelah aku melangkah ke alam kampus,
barulah aku rasa doa aku
benar-benar dikabul Tuhan.
Kau rasa apa?
Bertahun bukan aku tunggu?
Begitulah untuk impian aku agar
bisa tahu cara terbaik untuk
belajar dalam dunia perubatan.
Akhirnya, setelah melalui
jatuh bangun selama 4 tahun,
Barulah aku kenal diri sendiri.
Barulah aku tahu style bagaimana
yang paling sesuai dan masuk dengan diriku.
4 tahun, bukan jangka masa yang singkat.
Tapi, dari kepanjangan masa inilah
banyak benda yang aku berpeluang
untuk kenal dan belajar.
Baiknya Allah!
Dia bagi aku lalu peritnya dan sakitnya
pabila usaha yang separuh mati yang kita buat
tapi akhirnya result tetap tak memberansangkan. Masih biasa-biasa.
Jauh bezalah dari zaman sekolah
tatkala keputusan selalu bagai kaler berterbangan.
Dia ajarkan aku erti syukur.
Biarpun result masih biasa,
at least aku survive.
Survive biarpun aku diamuk kesibukan
dengan kerja Persatuan di sini juga
dengan rutin aku sebagai penghafaz Al-Quran.
Sedang ramai jugak kawan kawan
yang sudah kecundang,
resultnya lagi menjunam.
Sahabat,
Dunia ini tidak pernah ada kesenangan.
Terus ia bagai tayar lori treler yang berputar.
Kadang kita gembira, kadang kita bersedih.
Gembira takkan selama kekal.
Begitu juga kesedihan.
Cuma ambil tahulah satu perkara.
Dalam setiap susah dan senang,
Allah sentiasa tak pernah tinggalkan kita.
Dia selalu ada bersama!
Jangan cari tenang dari luar sebab
tenang itu sudah ada pada dirimu.
Yang perlu kau usahakan adalah
dekatkan diri kamu kepada Tuhan.
Kalau kamu merangkak kepadaNya,
Dia malah berlari mendakap kamu!
Jangan putus asa, teman!
Menuntut ilmu itu adalah
masa yang menyeronokkan.
Belajarlah terus.
InsyaAllah dia bantu.
Kerana ,
Dia cintakan kita - para penuntut ilmu yang
dihatinya ada iman dan taqwa.
Doakan keberjayaan saya, ya :)
26052017 | Irbid,Jordan
Comments