" Siapa nak masuk bilik bedah? Lagi 3 orang. "
Saya!
Laju aku mengangkat tangan.
Oh. Malangnya, bukan aku seorang
yang pulun menawarkan diri .
Groupmates aku samada
yang arab atau melayu,
Semua pakat angkat tangan jugak.
Masing² teruja tak tercerita walau
dengan bahasa isyarat.
Alamak. Sengit persaingan ni, getus hatiku.
Hanya doktor yang boleh putuskan,
antara kami semua, siapa yang layak untuk masuk OT.
" Pelajar Malizi berhak turun dan masuk OT "
Bising seketika.
Budak arab tak puas hati mengapa
diri mereka bukan menjadi golongan terpilih.
Doktor bijak. Sebab budak Melayu hanya ada 3
orang, maka kesemua kami boleh gerak dulu ke bilik OT. Cuba kalau dia pilih 3 dari pelajar Arab, pasti baki² pelajar arab yang tak terpilih bakal menunjukkan protes tahap nak guling kerajaan!
Doktor memujuk mereka.
" Pelajar Malaysia ni datang beribu-ribu km jauhnya ke Jordan. Kita bagi dulu peluang ini pada mereka.. "
Aku, Yana dan Najwi bangun dari seat.
Sedia meninggalkan bilik conference.
" Kamu bertiga gerak ke tingkat 2. Bilik OT ada kat situ. Gerak cepat. Sekejap lagi ada patient akan menjalani c-sec "
Cesarean!
Ini dia yang aku nantikan selama ini.
Last year, aku masuk OT di King Abdullah Hospital University ( JUST, Jordan ) dan berharap dapat tengok baby keluar dari perut. Malangnya tak ada rezeki. Aku cuma berkesempatan melihat pembedahan buang rahim, pembedahan sinusitis dan pembedahan tulang belakang.
Kami sampai di bahagian 'amaliyat ( operation ) . Ada senior Arab dah tunggu kami. Selepas siap pakai cap, mask dan dan apron (?) , melangkah masuk ke bilik pembedahan.
Katil pesakit ditolak masuk. Masih sedar.
Wanita berumur 20-30an . Masih muda.
Ini adalah elective c-sec.
Di Jordan, kebanyakan wanita memilih untuk melahirkan anak melalui pembedahan kerana takut mahu melahirkan secara normal.
Padahal, melahirkan secara normal nyata lebih banyak manfaat pada pernafasan bayi dan kurang komplikasi pada kesihatan ibu.
Fokus.
Pesakit dah pindahkan diri sendiri ke katil pembedahan. Doktor yang terlibat pula sudah mula mengira alatan pembedahan yang akan digunakan. Ahmad, senior medik yang menemani kami di situ berbisik dalam bahasa Arab.
" Diorang sekarang ni kira alatan sebelum start pembedahan. Tujuannya untuk pastikan tak ada alatan yang tertinggal dalam badan patient selepas pembedahan nanti. - Ahmad
Aku mengangguk.
Menariknya OT di hospital Jordan, pintu ruangan operation tak ditutup. Siapa nak masuk keluar, boleh saja berbuat demikian. Bebas.
Pakar Anesth masuk mengadap. Diberi patient hypnotic drug menggunakan mask untuk tidurkan patient. Ubat tersebut diberi dengan dose yang tinggi untuk kesan yang cepat.
Tak lama harus menunggu, patient dah pengsan. Cepat sangat ubat itu bertindak! Lagi cepat dari masa yang diambil untuk goreng sebiji telur mata kerbau. 😆 ( Sampai sekarang saya masih tak faham. Kenapa mata kerbau ? )
K baik.
Doktor seterusnya melakukan endotracheal intubation . Menggunakan besi untuk membuka luas ruangan trachea patient sehingga ke vocal cord, dia benarkan kami bergilir-gilir melihat saluran trachea itu. Seterusnya, doktor masukkan tiub plastik yang menghubungkan paru-paru patient direct dengan mesin oksigen.
Doktor dah sedia nak melakukan pembedahan. Macam biasa, bahagian abdomen patient didedahkan secukup yang mungkin. Cecair coklat kuning macam warna ubat batuk disapu pada bahagian abdomen. Itulah iodine yang bertujuan untuk mengelakkan bacteria contamination . Ini adalah prosedur yang dilakukan jika doktor mahu melakukan invasive procedure pada patient.
Hanya dua orang doktor yang beraksi ketika itu. Kedua-duanya lelaki. Pisau diambil , torehan pertama yang sedikit melengkung sepanjang sejengkal , dua inci dari bawah pusat dibuat. Darah mengalir dan doktor segera mengelapnya dengan kapas yang sudah di-sterilize-kan. Seterusnya, dua gunting diambil dan sedikit demi sedikit, lapisan abdomen dibuka.
Akhirnya, selepas lama aktiviti menggunting otot dilakukan, doktor berhenti sebentar bila dah sampai ke organ yang dicari - rahim - . Dimasukkan jari telunjuk ke abdomen patient dan dipusingkan 360° . Aku kira , dia cuba untuk pastikan bahawa organ yang sudah ditemui itu benar² uterus.
Bila sudah benar² yakin, doktor membuka luas otot atau lapisan abdomen yang terakhir itu untuk mendedahkan seluas mungkin rahim patient. Apabila exposure sudah cukup, doktor membuka pula rahim itu sedikit demi sedikit menggunakan pisau. Apa lagi.. memancutlah air ketuban yang bewarna putih jernih itu yang laju keluar bagaikan paip yang bocor.
Aku yang berdiri betul² di kaki patient sudah dapat melihat kepala baby. Doktor menyeluk tangan ke dalam rahim untuk menarik keluar kepala baby. Sementara itu, seorang lagi doktor menolak abdomen patient dari atas ke bawah untuk memudahkan baby keluar.
Gagal.
Alamak.
Baby masuk balik dalam rahim.
Doktor sekali lagi masukkan tangan. Tarik lagi. Serentak dengan tolakan dari atas abdomen, sikit sikit sikit, dan...
Yeay! Berjaya tarik kepala baby keluar! Doktor cuma memegang leher baby dengan dua jari lalu ditariknya keluar. Hmdulillah.
Tak lama selepas itu, terdengarlah oleh telinga ini suara comel dari tubuh bayi yang masih dibaluti lanugo yang berwarna putih itu.
*Nak nanges.* Comel sangat dia. Baby girl.
Doktor ambil pengepit putih dan mengepit tali pusat yang paling hampir dengan pusat baby. Kemudian, tali pusat dipotong dan nurse yang sudah siap dengan tuala panas menyambut baby dan dibawanya ke bilik sebelah.
Doktor tak tinggal patient macam tu saja lepas baby dah berjaya dikeluarkan. Mereka belum boleh lap peluh dan lari makan nasi arab di cafeteria hospital. Kerja belum habis!
Doktor masih di situ. Dia menarik habis uri bayi yang masih bersisa dalam rahim patient dan diletakkan dalam bekas khusus. Rahim di tarik keluar sedikit dan diletak atas perut patient. dan doktor menyeluk tangannya untuk membersihkan sisa uri.
Awesome!
Aku tak tunggu lama di situ. Aku gerak pula ke bilik sebelah untuk tengok bayi yang masih menangis.
Melihat wajah merah yang masih terpejam matanya itu, aku mencari pula sesuatu di mulutnya.
Hm.
Aku menyiku kawan sebelah.
" Dia tak ada gigi la.. "
" Hoi! Memang la! " - kawan
Aku gelak.
Tenang melihat baby itu elok sempurna. Tak ada masalah.
Kagum.
Hebatnya Tuhan mempersiapkan seorang khalifah Bumi yang elok sempurna dari tubuh seorang wanita. Diletak pula dalam compartment paling selesa dan cukup segala keperluan ; makanan dan oksigen serta antibodi — itulah tempat yang dipanggil rahim
Maha suci Allah yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari sesuatu yang hidup. Sempurna , cantik tanpa cacat cela.
Maha suci Allah memberi kekuatan kepada seorang wanita untuk melahirkan keturunan manusia. 9 bulan mengandung bukan tempoh yang singkat. Sakit lepas beranak bukan boleh diusir pergi dengan mudah.
Maha suci Allah!
Andai seluruh manusia tahu bahawa mereka adalah antara jiwa yang bertuah malah lagi beruntung dari Aladdin memiliki lampu ajaib .
Mereka ada insan yang Allah pilih untuk berjaya mengharungi fasa persenyawaan sperma dan ovum, fasa melekat pada dinding rahim, fasa tumbesaran yang berlaku laju pada setiap minggu, fasa kelahiran ke dunia yang Tuhan sediakan percuma untuk manusia, pasti tidak mudah² mereka menjadikan diri kelompok orang derhaka.
Kerana bayi itu suci lahir ke dunia, sedang asal nya pula adalah syurga.
Jika manusia sengaja derhaka di penghujung hayat, apa bakal kembali semula ke kampung halaman yakni syurga ?
Fikir fikir dan teliti .
15022017 | Mafraq, Jordan

Comments