Skip to main content

Syria ; Siapa Peduli?

Petang itu hati saya melonjak riang pergi ke sekolah Syria.

Kebetulan batch saya mengadakan program berkumpulan untuk join ajar budak-budak Syria di sekolah kecil ini.

Apa lagi, memang terlajak excited lah saya yang sememangnya dah lama menyimpan cita-cita mahu jadi cikgu tadika ni. 😇

Ketika tahun pertama di Jordan, saya agak kerap turun padang ke sekolah atau tadika Syria yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar Melayu di sini. Masa ini, saya masih single dari komitmen dalam persatuan.

Sekolah TFTN ditubuhkan sendiri oleh pelajar Malaysia yang belajaar di Jordan. Mereka juga bekerja mendidik pelajar tanpa bayaran malah mencari pula biayaan tambahan untuk terus memastikan sekolah ini kekal 'bernyawa'.

Ketika di hadapan pintu masuk, saya ditegur seorang lelaki Syria. Beliau baru pindah ke kawasan depan sekolah itu. Boleh terlihat dengan jelas isteri dan anak-anaknya membersihkan kawasan rumah mereka.

Lelaki itu datang dengan memegang tangan seorang budak lelaki kecil sambil mendukung pula seorang budak perempuan.

" Saya nak hantar anak saya ke sekolah ini. Boleh ke? "

Eh? Mesti la boleh! Awat pulak tak buleh?

Tapi saya tak semberono mengangguk dan mempersilakan. Kami panggil Ishak selaku guru besar masa tu. Harapan saya, nak sangat lihat dua beradik itu dapat jugak masuk sekolah percuma ini.

Tapi, sedih. Penolakan terpaksa diberi . Pihak pentadbiran memaklumkan pelajar telah penuh dan kalau tambahan pelajar akan menyebabkan sumber yang telah sedia terhad bertambah sempit. Maklumlah, sekolah ini masih baru mula bertatih.

Air muka si bapa yang tadinya bersemangat nak hantar anak ke sekolah, mahu tengok si anak dapat didikan sempurna terus berubah. Namun dia tetap tersenyum. Melangkah pergi meninggalkan kami dengan longlai sedang si anak asyik menunjukkan pada bapanya pintu Sekolah. Bagai dia sedang menjerit, " Saya nak belajar . Saya nak pergi sekolah! "

😢

Setelah 3 tahun saya di Jordan, Ishak balik back for good ke Malaysia bila pengajiannya tamat. Tempatnya diambil alih oleh sahabat saya, Hidayu Hatta yang juga jiran rumah saya di Jordan.

Saya jatuh kagum pada Hidayu. Dia harus menguruskan sekolah dalam kesibukannya sebagai pelajar Dentist. Kami di sini ma'aruf sangat bahawa pelajar Dentist agak berat pembelajarannya. Kalau datang fatrah exam, berderet papers bagai tak sempat nak menghela nafas sesaat dua.

Pernah suatu petang, saya pulang ke rumah beriringan dengannya. Kebetulan terserempak dengannya yang baru pulang dari mengajar di sekolah.

" Setakat ni awak okay ke uruskan sekolah "

" Okay, cuma itulah. Mana nak sama tenaga perempuan dengan lelaki. Perempuan lebih terbatas tindakannya. Doakan saya ye. "

Dan pada detik itu, saya kira, memang Allah dah pilih orang yang paling layak dan qawiyyy untuk memikul tangggungjawab sebagai kepala sekolah TFTN itu.

Ketika saya sudah sibuk di bangku persatuan induk di Jordan, beliau pula bertungkus-lumus menguruskan anak-anak kecil Syria disamping harus bergelut dengan dunia klinikal yang sangat sibuk dan penat.

Tak sedikit kali saya selalu terserempak dengan beliau yang pulang dari Hijazi ( kawasan sekolah ) ke Syimali ( tempat tinggal kami ) ketika matahari sudah tersungkur pergi.

Ini cerita kami di Irbid.

Lain pula cerita sekolah Syria yang dibangunkan oleh Musa Nuwayri di Mafraq , Jordan.

:)

Allah tak pernah lupa every single thing kebaikan yang kita lakukan.

.

Allah tak pernah lupa mata seseorang yang hampir menangis namun telah kita buat dia ketawa.

.

Buatlah kebaikan apa pun pada orang lain walaupun kamu tidak dibalas kebaikan apa-apa dari sesiapa.

.

Bukan kerana manusia, tapi kerana Allah itu sendiri yang cinta pada manusia yang melakukan kebaikan . :)

Untuk sahabat-sahabat di Malaysia, kita mungkin tak ada peluang untuk membantu secara langsung anak-anak Syria yang menjadi pelarian di usia muda ini.

Namun, saya kira, kita masih ada kemampuan untuk membantu dari jauh.

Nah, ini saya mahu bangkitkan perhatian kalian tentang karya sulung dari pengurus Sekolah TFTN di Jordan .

Tajuknya : Ini Sekolah Kita.

Bacalah buku ini - ia terkandung banyak suka duka dan kenangan bermakna dari insan yang turun ke lapangan secara langsung membantu anak Syria di bumi Jordan .

Kamu tak akan menyesal memiliki buku ini!

Cari segera dan korek secara dalam kisah INI SEKOLAH KITA !

Qásrús Syúhadá
13052017 | Irbid, Jordan.

Image result for amazing photography

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap