" Kak, adik nak tanya ni. Macamana nak maafkan orang? "
Adik oo adik.
It's simple.
" Simple macam mana kak? "
Ingat baiknya orang itu pada kita suatu ketika dahulu.
Lupakan buruknya orang itu pada kita suatu saat yang lalu.
Wahai otak, ingatlah selalu pesan ini. Kalau boleh simpan kemas dan rapi macam mak letak kain yang dah dilipat dalam almari.
Hidup ini, kita bakal menemui ramai sangat orang.
Jangan di cari kesempurnaan sifat dan perilaku mereka kepada kita. Kerana manusia itu sungguh tak sempurna.
Ada manusia yang baik, tapi kadangkala tetap terlepas kata tanpa sedar lalu menyakiti dan mengguris perasaan kita.
Ada manusia yang lemah lembut, tapi kadangkala bertukar jadi singa saat diasak pelbagai dilema dalam dirinya.
Manusia memang tak akan sempurna.
Kalau sekali dua dia terbuat salah pada kita, maafkanlah.
Penting untuk kita yang cuba sempurna menerima dia apa adanya.
Bukan mengkritik dan meminggirkan dia apabila dia tidak sempurna pada setiap masa.
Pujuklah hati, tika ini mungkin salahnya yang terserlah.
Mana tahu, nanti nanti lemahnya diri kita pula yang Allah singkap ?
Maafkan dia dari sekarang.
Moga manusia lain memaafkan kamu pula di saat kamu terbuat salah kepada mereka tanpa sedar.
Doalah pada Tuhan, Dia yang bisa lembutkan hati manusia.
Kunci berani tuk menghulur maaf itu tak semua orang punya. Kadang kala kena rayu dan minta pada Allah, nanti Dia baru campak kunci tu pada kita.
Moga hati saya dan anda mudah dilentur, senang dibentuk, lembut dan sedia memaafkan.
:)
BiidzniLlah
29022016
Syimali, Irbid, Jordan

Comments