Asap rokok ada sebatian free radical yang boleh merosakkan sel dalam badan . Bila sel rosak , radang ( inflammation) akan berlaku menyebabkan pembulur darah tersumbat , sakit jantung mai serang dan sel-sel kanser bebas bersiar-siar jauh di dalam badan ~ Arizona Daily Star , 2001
Risiko sakit jantung akan meningkat 23% lebih tinggi bagi penghidu asap rokok ~ Persatuan Jantung Amerika. Gulp!
Antara fakta lain bahaya asap rokok pada perokok pasif :
1- Barah paru-paru . Di Amerika saja kes-kes ini berjumlah 3800 orang setahun ( Sumber : Surgeon General Amerika dan Agensi Pemeliharaan Alam Sekitar ( EPA ) Amerika )
2- Sakit Jantung . Kajian di Jepun menunjukkan anak Adam yang terdedah dengan asap rokok akan menyebabkan aliran darah ke jantung berkurang selama 30 minit lalu menambah risiko sakit jantung ( Sumber : Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) )
3- Asma dan Penyakit Paru-Paru . Mereka yang terdedah pada asap rokok ada 2.16 kali ganda kemungkinan menghidap sakit asma dan mereka yang ada pasangan yang merokok risikonya 4.77 kali ganda berbanding mereka yang tak terdedah dengan asap ini ( Sumber : Kajian Ahli Sains Finland dalam pembentangan di Kongres Penyakit Paru-Paru dan Sistem Pernafasan Eropah Ke-11 di Berlin , 2001 )
4- Strok . 82% kemungkinan menghidap strok ( Sumber : Kajian Ahli Sains Universiti Auckland, New Zealand dalam Jurnal Tobacco Control di UK )
5- Radang paru-paru (pneumonia) dan salur pernafasan (bronchitis) untuk kanak-kanak. Dianggarkan 150000 hingga 300000 kanak-kanak bawah umur 18 bulan menghidap sakit ini setiap tahun kesan dari pendedahan pada asap rokok ( Sumber : Agensi Pemeliharaan Alam Sekitar Amerika ( EPA ) )
6- Kematian Bayi dan Prematurity Baby. Ibu yang merokok ketika dan selepas mengandung ada 3 kali ganda risiko anaknya bakal mendapat Sudden Infant Death Syndrome. Ibu yang berumur lebih daripada 30 tahun yang tinggal bersama perokok mempunyai lebih risiko untuk melahirkan anak tidak cukup umur atau rendah berat badan. ( Sumber : Majalah American Journal of Epidemiology , Julai 1997 )
Rumusnya , kalau nak merokok , merokok lah jauh-jauh dari manusia. Selain toilet , bawah katil pun ukey jugak. Kalau tengah naik kapal terbang , boleh merokok di luar tingkap sebab rasanya udara lebih segaq .
Buat la cena pun. Yang penting, jangan memudaratkan orang lain. Kata Nabi , " Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin ataupun menipunya. " ( HR Tarmizi )
Insafla. Kesiyan kat kami yang tak merokok ni.
Dan sebenarnya, kalau cuba berhenti adalah lebih baik.
Sebab kata Allah dalam surah an-Nisa' ayat 29 ,
" Jangan kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah maha pengasih kepadamu. "
Comments