Skip to main content

Macamana Nak Tahu Seseorang Lelaki Itu Serius Dengan Kita?

Sebab ada yang PM dan bertanya, maka sukarlah saya berdiam diri. 

Saya kongsikan 4 steps mudah yang kita dah tahu tapi tak sedar yang kita dah tahu. Tiada rujukan mana-mana, hanya atas pengetahuan dan pengalaman pembacaan saya. Shiape nak tambah, ahlan wa sahlan! ^-^

First!

Kena tahu background lelaki tu. Dia ni jenis putih atau hitam. Bukan warna kulit tau, tapi sejarah dia dengan perempuan lain. Kalau putih tu maksudnya, dia jenis lurus, jenis yang bukan suka mempermainkan perempuan. Kalau ada perhubungan pun, dia jujur. Mungkin dia pernah clash dengan orang lain, tapi clash dia atas sebab yang munasabah, bukan clash dengan sebab yang tak bertanggungjawab.

Kalau hitam, maksudnya, dia pandai berlakon sampai orang jatuh hati dengan keseriusan dia. Tapi, lakonan dia tu bukan untuk ajak kahwin, tapi ada kepentingan lain. Susah dan sukar untuk menilai keseriusan lelaki yang ada sejarah mempermainkan perempuan atau suka tukar-tukar perempuan sebab kita tak tahu dia ni sedang berlakon atau memang betul-betul serius. Jadi, take note background lelaki y kita sasarkan tu ya..

Kedua!

Rentak lelaki tu macamana? Bila orang yang serius dengan kita, apa saja yang kita mention, even sekecil-kecil benda pun dia akan anggap penting untuk dia. Pendek kata, benda apa saja yang berkaitan dengan kita, semuanya besar, semuanya penting. Ciri-ciri ini point yang penting tapi bukan kayu ukur utama. Ada lelaki yang jenis sangat menjaga pergaulan atau sangat pemalu, jadi dia tak pandai ekspresikan kecenderungan ini kepada kita. Jadi, kitalah terlebih dahulu kena bijak menilai karekter atau rentak lelaki tersebut macamana, baru kita boleh masukkan point ini dalam penilaian kita terhadap keseriusan dia kepada kita.

Ketiga!

Bila berbicara perkara yang besar seperti soal perkahwinan, hala tuju perkahwinan, keluarga dan anak-anak, kewangan, pekerjaan, kenderaan, perumahan, reban ayam itik, eh, kita akan nampak dia tak main-main. Dengan mengetepikan sebentar apakah dia itu dah ada persediaan yang cukup atau belum, kita akan lihat dia ada respon yang positif pada persoalan tersebut.

Respon yang positif tu macamana? Maksudnya dia tak mengelak untuk menjawab atau mengalihkan perhatian pada benda lain yang nonsense. Even, kalau dia tak ada persediaan yang mencukupi, dia tetap jujur mengaku dan berazam nak rapikan lagi persediaan dia. Kat sini kita nampak yang dia pernah berfikir tentang hal ini secara sedar.

Kalau jenis yang tak ambil tahu langsung, maksudnya dia belum betul-betul serius nak berhubungan dengan perempuan dalam ikatan yang sah. Sebab menyebut tentang perkahwinan, ia beerti tanggungjawab. Kalau berfikir dan merancang pun malas, maksudnya, yah.. dia belum serius, dengan kita juga dengan orang lain.

Keempat! Yeay, nak abeh dah! *Lompat bintang*

Ehem. Bersedia lagi tak ni nak dengar lecture tanpa suara dari saya?

Kalau dah ready, jum!

Yang keempat, bila kita ajak jumpa family, dia bersedia dan tak ragu-ragu. Hai , harus diingat. Perkahwinan adalah sesuatu yang serius. Serius berhubungan dengan kita, dan family kita. Kalau dia masih takut, maksudnya dia masih belum bersedia. Sedangkan, perkahwinan harus ditempuh dalam keadaan sudah bersedia emosi, fizikal, mental, jiwa raga tong gas peti ais.

Bila dia dah bersedia, maksudnya dia sudah serius. Bila dia sudah serius, dia akan ada keberanian untuk melakukan sesuatu yang sukar. Seorang lelaki nak kena jumpa family perempuan. Huuu.. Bukankah itu sesuatu yang menakutkan ? Kalau saya jadi lelaki, saya pasti saya akan jadi orang yang paling penakut dan belakon acah-acah macho tapi peluh merembes laju boleh tadah buat basuh pinggan.

Mujur. Mujur saya perempuan.

Nasihat saya!

Kalau boleh, kalau nak uji keseriusan lelaki itu, tak payahlah anda sendiri mesej dan tanya beliau secara direct.

Habis tu nak buat cena, Qasrus? Hantar surat? Hantar emel? Hantar telegram?! Tanya anda tak puas hati.

Sabar. Sabar.

Saya maksudkan , anda gunalah orang tengah. Gunakan pasangan yang sudah berkahwin, atau abang anda, atau mak ayah anda atau mana-manalah orang perantaraan.

Sebab personally, saya sendiri malu kut nak sembang benda-benda ni dengan ajnabi meskipun kita tahu dia macam dah serius dengan kita.

Haa.. Malu tu kena ada, kena jaga, kita kan perempuan.. 😊

So, gunakan orang tengah yang dipercayai ya. 🙂

Image result for amazing photography

Kalau tak puas hati, ada soalan lagi, meh la, PM. Saya suka sangat orang tanya soalan. Boleh ransang otak saya berfikir lagi kerap dan efisyen. Kalau ada soalan lain pun , menarik saja. Saya tunggu.

Time kaseh la membaca. Nah satu senyuman untuk anda 😬

23082017 | Kedah, Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap