Selalu orang kita silap.
Waktu sekitar 20 hingga 30 minit sebelum subuh bukan lagi waktu nak rushing buat tahajjud.
Waktu 20 hingga 30 minit sebelum subuh disebut sebagai waktu Ashar. Dalam Al-Quran dinyatakan bahawa amalan terbaik pada waktu itu adalah istighfar dan istighfar yang terbaik adalah Saiyyidul Istighfar .
Sahur .
Ye, yang dinamakan sahur itu makan ketika waktu ashar , iaitu pada waktu 20 hingga 30 minit sebelum Subuh.
Kalau Subuh jam 6 pagi tapi anda dah telan dan baham nasi pada jam 3 pagi , itu belum sahur lagi namanya.
Makan pada waktu bukan waktu ashar itu sama saja macam anda makan jam 10 malam selepas tarawih . :)
Fahami dan ingat .
Istighfarlah bila anda ada banyak permintaan tapi tak sempat nak lafaz setiap satu. Kerna dengan istighfar, kita mendapat keampunan Tuhan . Setelah diampuni, maka segala keperluan kita dipenuhi Tuhan biarpun kita tak sempat meminta.
Bersahurlah sebelum anda berpuasa kerana kata Nabi SAW , bersahur itu ada barokahnya .
Have a nice day, guys.
Ramadan dah masuk 10 yang kedua.
Ayuh lebih juhud mengejar pahala dan chenta Dia!
06062017 | Irbid, Jordan
Comments