" Ya Allah , bagi lah aku dapat kawan dengan dia.. "
Itulah doa saya di satu petang.
Bunyinya macam keanak-anakkan. Doa budak tingkatan 2.
Tapi, Allah Maha Kaya.
Sungguh, dia mendengar setiap request dari hamba-Nya.
Biarpun, hanya sekali saya pernah menutur doa itu.
Biarpun, saya hanya budak hingusan yang tak tahu apa-2 ketika itu.
Tidak sampai sebulan , dia dulu yang mula mendekat.
Bermula dari pertanyaannya tentang tips mengarang cerpen bertema Palestin kepada saya ,
Kami mula berinteraksi sebagai rakan satu batch.
Padahal selama ini, tak pernah pun kenal.
Berborak dan makan satu meja lagi la tak pernah!
Sungguh, kalau diberi sebuah kapal Titanic yang di dalamnya ada Doraemon dan ratusan guni berisi Dorayaki pun takkan mampu menandingi keseronokan saya dapat bertegur sapa dengan dia.
Allah masih belum jemu menampar saya dengan keajaiban sebuah doa.
Beberapa bulan selepas itu, tahun baru menjelma .
Tahun 2015, kami telah naik ke Tingkatan 3.
Pada hari pertama kemasukan ke asrama,
Saya yang asalnya dari bilik 3 dan dia dari bilik 1 telah
ditempatkan di sebuah bilik yang baru, Dorm A.
AllahuAkbar! Katil sebelah-sebelah. Dia di tingkat atas , saya di bawah.
Bukan bawah katil. Katil tingkat bawah. Katil asrama double dacker.
Tidak cukup setakat itu.
Allah mahu tunjuk lagi kehebatan sebuah doa kepada saya.
Allah takdirkan pula dia 'meloncat' ke kelas saya.
Kelas 3 Sakinah.
Kami duduk di baris hadapan sekali. Meja sebelah-sebelah.
SubhanaLlah..! Hal itu tambah mengeratkan perkenalan kami.
Peristiwa ini tidak pernah saya lupakan.
Perkenalan dengan dia telah mengubah saya menjadi manusia baru.
Yang lebih berani dan lantang bersuara.
Pemikiran juga diasak menjadi lebih kritis.
Saya juga mula belajar untuk pandai bergurau dan mengusik. Kenakalan dia pun sikit-2 melekat pada saya. Eheh.
Dia orang yang istimewa. Keistimewaanya itulah membuatkan saya beriya-iya mahu mendekat.
Semalam, detik untuk berdoa tiba-tiba memunculkan diri.
Saya memerhati dua orang wanita Arab di hadapan aku itu.
Seorang namanya Wafa' , pelajar Perubatan Top 10 dalam batch saya.
Seorang lagi namanya Jwan.
Gadis Kristian berambut kerinting separas lengan dan tinggi lampai ini merupakan pemilik tetap gelaran 'scorer tegar' batch kami.
Dari tahun 1, hanya nama dia sentiasa di tangga pertama akademik. Seketul hidupan lain pun tak mampu potong dia.
Saya leka memerhati mereka berdua berbual.
Entah apa yang dibualkan mereka, saya tidak mengerti.
Kedua-duanya berbicara dalam bahasa Arab dengan suara yang perlahan dan laju.
Saya ni speaker Arab yang baru nak Up.
Layaklah ternganga bila orang cakap Arab depan saya macam burung kakak tua tak reti berhenti bercakap. Sumpah tak faham!
Saya tunduk.
" Ya Allah. Aku nak sangat kawan dengan Wafa' dan Jwan. Bagila aku peluang.. Aku nak sangat tahu macamana diorang belajar. "
Berkawan dengan budak pandai, kau akan jadi pandai.
Itulah prinsip saya.
Hal ini bukan omongan kosong.
Ketika di bangku sekolah, Allah takdirkan kawan baik saya merupakan scorer tegar.
Dia sangat bijak!
Setiap kali exam dapat nombor 1.
Hafalannya kuat dan bahasa Arabnya hebat.
Tulisannya kemas.
Paling saya tak lupa, khatnya yang begitu lawa.
Selalu dapat grad A A A setiap kali ujian.
Seronoknya kawan dengan dia kerana dia seorang yang tak kedekut ilmu. Dia ajarkan saya yang tak pandai bahasa Arab dan membenci aktiviti menghafal ini sehingga aku rasakan di akhirnya, bahasa Arab itu awesome dan mudah . Malah, menghafal juga adalah aktiviti yang paling indah untuk dirutinkan.
Kesan berkawan dengan dia?
Saya jadi manusia yang kuat belajar .
Semangatnya saya jadikan penguat.
Cara belajarnya saya jadikan ikutan .
Hasilnya, saya yang top 20 ketika di tingkatan 1 berjaya merangkul tempat nombor 2 dalam batch ketika percubaan PMR.
Nombor 1 dapat kat siapa?
Tak lain tak bukan, si dia lah.. :)
Jwan dan Wafa'.
Saya tak tahu macamana nak kawan dengan diorang.
Budak Arab tak akan berkawan dengan kita melainkan kita dulu yang menegur mereka.
Masalahnya, saya cukup segan dengan budak-2 genius ini.
Genius?
Ya . Saya akui mereka sangat pintar.
Biar saya gambarkan kepintaran kebanyakan pelajar-pelajar Arab di sini.
Andai ada seorang budak Arab yang kurang pandai di Jordan berhijrah ke Malaysia,
Pastilah dia bakal jadi pelajar paling pandai di Malaysia.
:)
Bayangkan.
Kalau yang tak pandai pun akan jadi paling pandai kalau nak dibandingkan dengan kami budak-2 Melayu, melangit lagilah kepandaian budak-2 Arab yang memang sedia pandai. Entah otak mereka dari genetik yang mana. Terlalu bijak malah lebih bijak dari haiwan yang berjaya menipu buaya itu.
Habis kelas hari ini, saya berjalan menuju ke lif bangunan M.
Hasrat mahu naik bas percuma yang universiti sediakan untuk pelajar ke stesen bas. Saya penat dengan kepadatan kuliah perubatan hari ni. Lelah. Tak larat nak heret kaki berjalan ke stesen bas yang jauhnya lebih dari 500 m dari hospital.
Baru berhasrat nak tekan lif, seorang wanita berjubah hitam di hadapan saya dulu menekannya.
Sementara menunggu lif , dia menoleh belakang.
Wafa'!
She is Wafa'!!
Kami naik lif itu. Berdua.
Eh lupa.
Ada orang ketiga bersama kami.
Lelaki Arab yang tidak saya kenali siapa.
Mujur ada yang ketiga.
Jika tidak, pasti lagi janggal berada dalam lif yang sunyi macam kuburan itu.
Kami cuma diam.
Keluar dari lif, berjalan dengan dia beriringan ke bus stop untuk tunggu bas.
Awkward. Sepatah pun suara saya tak keluar. Bagai tersekat di kerongkong.
Padahal, saya sangatlah mudah nak memulakan bicara dengan orang.
Duhai!
Dilema sangat.
Hati saya meronta mahu menegur dia. Inilah peluang bertegur-sapa dengannya.
Tak ada orang. Tak malu pun!
Go Qas!!
" Er.. Did you stay at university's hostel? "
" Yeah. You too? "
Laju saya menggeleng. " No. Im live in Irbid. "
Diam lagi.
Kali ni dia pula bersuara sambil langkah kami diayun beriringan.
" What's your name? "
" Qasrus. "
" I like your name. My name is Wafa' "
:)
Pertemuan dengannya petang tadi cuma 30 minit.
She is very talkative dan banyak benda saya dapat tahu dan belajar.
Serius dan benar , kalau kau kawan dengan orang yang hebat, kau akan tahu bagaimana dia menjadi hebat.
" Maaf. Mungkin awak akan fikir saya ni cakap banyak. Minta maaf. Banyak pula perkara saya tercerita pada awak tentang diri saya.. Awak dengar je. Saya rasa awak boleh jadi pendengar yang baik. "
Saya ketawa kecil.
" Dengan mendengar, kita akan mendapatkan sesuatu.. " Saya membalas ringkas.
Mungkin, pertemuan petang ini bakal menjadi titik permulaan untuk saya mendekatinya dengan lebih akrab. Mudah-mudahan.
Kalau nak tahu, orang Arab ni, kalau dia dah kenal kita, jumpa kat mana-2 pun dia akan menyapa kita. Mereka jenis orang yang suka meraikan.
Sungguh, perancangan Allah itu hebat.
Tidak terduga rapinya.
Kadang-2 tidak disangka-sangka. Terlalu tiba-tiba.
Dalam hidup ini, bila awak terjumpa orang yang ada kelebihan istimewa padanya,
Jangan berhenti berusaha untuk mendampingi mereka.
Kalau tidak,
Awak manusia paling R.U.G.I.
Ibarat penjual minyak wangi,
Kalau awak kawan dengannya,
Kewangiannya bakal melekat pada tubuh awak.
Jadi, awak tak payah nak mandi hari-hari. Ahah!
Okay. Saya bergurau.
Tapi, seriuslah.
Setiap manusia yang Allah kenalkan pada kita,
Itu bukan dengan sengaja!
Ada hikmah dan pengajaran yang Allah mahu kita belajar dari dia atau dia belajar dari kita.
Bila ingin mengenali seseorang agar kita dapat ambil manfaat dari dia,
Bagi tahu pada Allah dahulu niat apa yang awak mahu itu.
Dia dengar. Dia tahu.
Akan nanti dihamparkan cara dan ilham kepada kita.
Tak usah susah-susah fikir.
Pasti nanti masa yang sesuai akan mampir dan kita akan mendapat apa yang kita inginkan itu.
Paling penting, jangan pernah kecewa dalam berdoa.
Jangan pernah malas mahu menadah tangan pada pemilik kekuasaan Langit dan Bumi.
Berdoa tanpa berharap bila Allah mahu kabulkan.
Berdoa dengan yakin walau benda yang diminta kelihatan mustahil dan tak jelas.
Em, Qasrus...
Boleh ke kami praktikkan cara berdoa ini untuk mendapatkan jodoh kami??
Ikut hangpa la..
29032017 | Irbid, Jordan

Comments