Skip to main content

Cadangan Saya Kepada Hospital di Malaysia

" Aunty pukul berapa appointment? " Tanya pekerja di kaunter kepada seorang pesakit wanita India yang terus-terus berdiri di depan kaunter. 

" Pukul 11.00 pagi. " Wah, kesungguhan apekah ini ?! Appointment jam 11 tapi datang jam 8. Wow. 

" Aunty, aunty duduk dulu ya. Appointment aunty lambat lagi. Ramai lagi patient sekarang ni. Appointment pukul 8.00 saja dah 150 orang. "

Aunty tu terdiam. Tapi dia tetap berkeras mahu menanti di kaunter. Akhirnya, nombor dikeluarkan kepadanya. Weh, potong line! Saya bergerutu sendiri. 

Saya datang seawal jam 8.00 pagi ke Klinik Ortopedik tu sebab appointment pukul 8.30 pagi.

Oh, sebenarnya, 
tak adalah awal sangat. 

Image result for unique image

Masuk saja klinik, masyaAllahu Taala ! 
Lautan maknusia sudah memenuhi klinik pakar di hospital awam itu.

Saya berdiri di kaunter selepas meletakkan kad appointment. Berdiri menanti nama dipanggil.

Nurse di kaunter terkejar-kejar menguruskan fail pesakit dan sampul x-ray yang besar gedabak tu. 

Prosedurnya, letak kad appointment, nurse akan cari x-ray pesakit yang ada dalam bilik simpanan x-ray, nombor akan dikeluarkan dan kita ambil nombor tu di kaunter. Then, tunggu di kerusi depan bilik pemeriksaan sementara kad pesakit dan x-ray dihantar ke mana-mana bilik pemeriksaan. Di setiap kad pesakit sudah dilekatkan nombor giliran yang sama macam patient dapat. 

Sifirnya, kalau x-ray anda yang dalam simpanan hospital tu lambat ditemui, maka lambatlah nombor dikeluarkan. Nama pun klinik ortopedik. Main dengan x-ray saja. Kalau nombor lambat, kad pun lambat dihantar dalam bilik, dan kita pun lambatlah nak dapatkan rawatan doktor. 

Ceritanya, setelah jam melewati 9.30 pagi, saya masih menunggu dan memerhati gelagat dan ragam manusia yang terlalu ramai di depan kaunter. Jam ditoleh. Saya dah sedikit gelisah. Kalau nombor pun lambat dapat, giliran nak masuk ke bilik doktor pun konfem la lagi berzaman nak tunggu. 

Abah ke kaunter dan bertanya nama pesakit ( adik saya ). Kebetulan, x-ray baru sampai. Alhamdulillah! 

Kami dapat nombor 42 dan ketika itu nombor di skrin memang dah sekitar 40. Terasa riang gumbira sebab yakin giliran kami tak terlalu jauh. Kami duduk di kerusi depan bilik pemeriksaan. Tunggu giliran tiba.

1 jam berlalu. Dah 10.30 pagi. Nombor adik masih belum naik. Aneh. Sebab sekarang nombor di skrin dah sekitar 70. 

Saya nekad, kalau jam 11 pagi nombor masih belum naik, saya pasti akan pergi ke kaunter semula.

11.05 pagi. Saya bingkas bangun. 

" Encik, nombor saya 42. Sekarang dah 70 lebih, tapi giliran kami masih tak sampai. Nak buat macamana ya? " 

" Cuba adik pergi tanya bilik 2 dan 3. Kami dah hantar semua kad pesakit ke bilik-bilik doktor. " 

Duhai! Abah masuk ke bilik-bilik yang disebutkan. 

Malangnya, kad adik tak ditemui di bilik-bilik itu. Kami terjah pulak bilik 6 sebab kemungkinan kad itu dibawa ke bilik Pakar Ortopedik. 

Tak ada. 

Saya sabarkan adik. Tak apalah. Kita tunggu kejap, nanti naik la tu nombor. 

Tunggu lagi. Dah jam 11.20 pagi. Allah. 

Saya pergi kaunter semula. Kali ni jumpa pulak dengan nurse wanita berkaca mata yang sedari awal bekerja. Dia kelihatan sangat sibuk mencatat butiran pesakit dalam kad pesakit. Tergesa-gesa. Kesian tengok dia, sibuk melampau! 

" Cik, nombor saya 42, sampai sekarang belum naik. "

" Kami dah hantar kad-kad tu ke bilik. Adik tunggu kejap lagi, nanti naik la tu." Mukanya serba-salah.

" Tapi saya dah tanya bilik-bilik tu. Kad saya tak ada kat situ. "

" Em. Tapi kami dah hantar semua. "

Dia berfikir-fikir. 

" Nama pesakit siapa? "

" Nur "

Dia bingkas bangun membelek setiap kad pesakit yang berselerak di meja belakang kaunter. 

Tiba-tiba.. 

Tangannya memegang sekeping x-ray bernombor 42. Mukanya jelas berubah, sangat serba-salah. 

" Mintak maaf. Kad tercicir, tak dihantar. Adik duduk dulu, nanti kami hantar segera ke bilik doktor. "

Saya hilang kata-kata. Nak marah atas kecuaian mereka, saya pun faham saja pesakit yang bertali-arus menyebabkan mereka tak menang tangan nak melayan. Nak sedih pun, benda dah jadi. Jadi, bersyukur sajalah sebab kad dah ditemui.

Tapi itulah, saya yang sihat, mampulah buat relax buat piece . Tapi, si adik yang tengah sakit tapi terpaksa tunggu lama itu dah berkerut mukanya menahan marah. Saya sabarkan dan fahamkan dia yang petugas kaunter tak sengaja cicirkan kad. Bertabahlah, dik! 

Saya menanti semula di tempat duduk. 5 minit kemudian, nombor di skrin berpatah balik ke no 42. Alhamdulillah.

Masuk bilik doktor. Dia tunjukkan x-ray adik dan nyatakan bahawa tulang bahunya (clavicle) lari sikit sebab ligament terkoyak akibat hentaman kuat lori yang melanggar kereta kami tempoh hari. Doktor cuma bagitahu terus pakai arm swing selama sebulan dan datang semula pada bulan hadapan. Sekali-sekala jangan lupa buat gerakkan tangan sikit ( arm rotation ) sebab bimbang tangan yang terlalu lama dianduh akan mengalami stiffness. 

Habis. Tak ada prosedur atau rawatan lain. Selepas 5 minit, kami pun keluar. 

Macam kelakar tunggu selama 3 jam lebih untuk 5 minit rawatan. Tapi kalau bising-bising tak puas hati, mesti kita akan disuruh tutup mulut dan pergi saja hospital swasta. Ahah!

Basically, saya lagi suka pergi ke hospital kerajaan kerana kos yang lebih rendah tanpa menafikan tetap stress dengan masalah lambakan pesakit dan masa yang lama untuk menunggu. 

Masalah yang sama saya dapati di hospital-hospital tempat saya belajar cuma sistem di sana lebih teratur walaupun kemudahan di hospital awam di Malaysia nyata lebih hebat. 

Di Jordan, data pesakit di hospital akan terus di key in dalam sistem. Segala imej radiologi jugak akan terus boleh diakses oleh doktor, nurse dan pelajar perubatan. Mudah! Privacy data jugak terjamin sebab hanya pihak yang mempunyai password pribadi yang boleh membuka sistem data.

Pesakit jugak tak perlu menunggu lama untuk ambil giliran dan jumpa doktor walaupun ramai pesakit lain menanti. Masalah kad tercicir, nombor lambat dapat, x-ray hilang, semua itu dapat dielakkan. Malah jimat wang, masa dan tenaga pihak pengurusan hospital sendiri. 

Kata abah, ada beberapa hospital di Malaysia yang sudah mula mengguna pakai sistem komputer secara online namun belum sepenuhnya. 

Saya harap, saya harap sistem online penyimpanan data dapat dilaksanakan secara syumul di semua hospital kerajaan. 

Dana ? Mungkin akan memakan kos yang tinggi sebagai modal tapi faedah dan manfaatnya sangat banyak dan berkekalan malah tak mustahil banyak kos lain dapat dijimatkan apabila sistem ini benar² beroperasi. 

Maka, kenapa tidak kita dilaburkan wang pada sesuatu yang menjanjikan pulangan lumayan kepada rakyat Malaysia ? 

Oh, tapi kalau duit untuk modal pun memang tak ada, tak bolehlah nak buat apa-apa. (^^,")

17082017 | Kedah, Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap