Skip to main content

D.O.C.T.O.R : Albino Plus Autism - Kamu Anak Istimewa , Sayang .


Rambutnya putih seputih susu Dutchlady.

Keningnya juga putih. Bulu matanya pun!

Kulitnya? Kulitnya cerah macam kebanyakan kulit orang Arab yang lain.

Ya. Dia si Albino yang jarang-jarang sekali kita temui di dunia...

Kini ada di depan aku!

Wah. Aku sangat teruja , bagai baru diajak oleh para wildan untuk main police and thieves di sorga!

Tak berkelip dua mata aku memerhatikan dia .

Kalau gajah sebesar kapal titanic lalu di hadapan aku pun pastinya aku tak heran sebab aku lagi tertarik nak menatap kanak-kanak bertubuh kecil yang lain dari yang lain itu.

Aku perhati lagi .
Di sisinya seorang wanita berjubah hitam . Tidak kelihatan langsung wajahnya dek kerana ditabir sehelai kain nipis bewarna hitam . Aku fikir , mungkin itu emaknya.

Mereka berjalan menghampiri aku . Aku tersenyum biarpun aku tak pasti mereka nampak tak aku ni tengah tersenyum pada diorang atau sebenarnya aku sedang senyum sorang-sorang (?)

Mujur kiri dan kanan aku tak ada orang. Kalau tidak, aku rasa mungkin ada orang akan heret aku jumpa doktor psikiatri.

White coat aku masih belum disarung ke tubuh. Ia masih elok beradu kemas dalam beg sekolah aku .
Beg sekolah? Ye. Doktor ini pegi hospital bawak beg sekolah ja macam budak SPM. Sempoi gitu.

Aku menanti kawan-kawan lain tiba ke wad kanak-kanak di tingkat 4 itu. Lengang saja hospital hari ni. Hari ini masih cuti sebenarnya. Kami tak ada round di hospital pun tapi tetap terpaksa jugak menapak ke sini . Kami dah janji nak clerk case patient untuk dihantar sebagai report pada department. Ini requirement ke atas kami. Ada markah.

Dua kawan aku si Yana dan Najwi naik bas dari Irbid. Belum sampai. Sorang lagi group aku, Muna Haddad , anak kepada seorang pakar kanak-kanak yang bekerja di Arab Saudi . Emaknya pulak dentist. Muna ni selalu drive je dari rumahnya untuk ke hospital. Ye. Drive. Dia ada kereta sendiri,tak macam kami budak² Melayu ni. Aku masih ingat kata Muna , " All of us should have our own car " . Ngee.. Aku gigit jari . Own car? Aku ni lesen P pun takdak lagi. Baru lulus exam komputer. Urusan lesen L pun belum selesai, macamana nak ada kereta sendiri? Oh ya. Baru aku ingat. Dulu aku pernah ada kereta sendiri masa darjah satu. Ibu belikan sebab aku dapat nombor satu dalam kelas. Em. Tapi, malangnya kereta tu tak boleh pun dipandu, cuba boleh dikontrol dari jauh saja . Itupun, sekarang dah lama lingkup. Tayar yang empat dah tinggal dua . Sadis.

" Kamu doktor di sini? "

" Eh. Tak. Tak. Saya student lagi. Hehe "

" Tapi kamu belajar di bahagian kanak-kanak? "

" Aah. Ya . " Mata aku masih tak lepas memerhatikan si kecil tadi. Ini kali pertama berpeluang melihat manusia albino secara dekat. Aku takjub. Putihnya !

" Siapa nama awak? " Saya bertanya dalam bahasa Arab.

Dia diam saja. Wanita itu pula bersuara, " Cepat.. Cakap. Siapa nama awak. Cakap cepat pada doktor.. "

Dia malu-malu. Ok.

Wanita itu bersuara lagi. " Pegi salam doktor. Salam cepat. "

Dia menghampiri aku. Menghulurkan tangan. Aku juga menghulur tangan. Tapi aku pun ragu². Dia tak banyak cakap. Diraih tangan aku dengan lembut dan dicium . Kemudian, ditarik tangan ini ke dahinya dan ditunduk kepalanya sedikit . Begitu hormat. Terharu pulak bila disalam sedemikian lupa. Berbunga rafflesia sebentar hati ini .

" Umurnya berapa..? " Aku bertanya emaknya.

" 7 tahun "

" Kenapa masuk hospital? "

" Dia ada autism. Sifatnya selalu berubah-ubah. Dia masuk wad untuk dipantau oleh doktor. Kakaknya juga ada di sini. Dalam wad yang sama. "

Allah. Autism...

Aku tarik tangan si kecil ini duduk disampingku.
Matanya bagai susah nak memandang cahaya. Asyik dikecilkan . Sebijik macam gaya aku waktu tengah cari cermin mata. Adeh.

Dia duduk . Sekejap sekejap dia perhatikan aku. Keningnya bertaut , dahinya berkerut. Dia perhatikan sungguh sungguh muka aku. Aku pun jadi hairan la jugak. Lubang hidung aku dah tinggal satu ke? Apa yang pelik sangat cara dia teliti muka aku?

Aku sengih sahaja . Cuit hidung.

Tahu tak? Rupa-rupanya, kakak dia juga seorang albino . Rambut putih ! Kakak dia pakai cermin mata. Bingkainya tebal sekali.

Aku asyik memerhatikan si kecil ini bermain gelongsor. Dia, walau dah berumur 7 tahun, perkembangan kognitif dan pembelajarannya masih di tahap yang sederhana. Dia bagai kanak-kanak umur 3 tahun yang baru nak belajar mengenal banyak perkara. Susah untuk aku meneka usia psikologinya.

" Mana baju? " Dia tunjuk bajunya.
" Mana seluar? " Dia tunjuk seluarnya.
" Mana hidung? " Dia tunjuk pergelangan tangannya .

Aik?

Emaknya ketawa. Dia test anaknya lagi. " Lihat. Sebenarnya dia makin pandai. "

" Itu apa? " Wanita itu menunjukkan jarinya ke arah lampu hospital.

Si kecil ini menyebut 'lampu' dalam bahasa arab. Tapi, masih pelat. Sebutannya terpesong dari cara sebut yang benar. Tapi, tak apalah.

Dia masih belajar.
Belajar untuk tahu tentang alam di sekelilingnya yang begitu luas ini.
Belajar macamana nak berkawan dengan orang lain.
Belajar untuk mengetahui bahawa dia perlu terus belajar walaupun dia seorang autism.

Kesungguhan si ibu menguruskan dua orang anaknya yang albino dan si kecil yang autism ini meleraikan kusut di benak aku . Beruntung mereka memiliki ibu yang sebegini baik. Dan memang begitulah seorang ibu pada kebanyakan yang kita temui di dunia ini. Samada anak sihat atau sebaliknya, tanggungjawab membesarkan dan mendidik tetap terpikul di bahu

Saya termenung panjang.

Jujurnya, saya menyelam jauh dalam perasaan sendiri.
Pernah tak anda bayangkan, sesuatu yang kita betul betul tak nak hadapi, tapi perkara itulah yang terjadi pada kita.

Semua ibu ibu di dunia mahukan anak mereka normal dan membesar dengan sempurna menjadi penyejuk mata dunia akhirat. Ironinya, ramai ibu yang diuji dengan kondisi anak yang tidak pernah dibayang dek akal fikir manusia biasa.

Tapi, inilah kehidupan.
Dari ujian inilah,
Kita kenal siapa Allah.
Kita kenal Kekuasaan Allah.
Kita kenal Kebaikan Allah.
Kita kenal erti pergantungan pada Allah.
Kita kenal bahawa cuma Allah yang bisa menyembuhkan.

Tak ada perkara yang boleh berlaku pada diri kita melainkan apa yang Allah sudah tetapkan ke atas kita. Semuanya berlaku setelah Allah izinkan.

Pada detik yang sama, ada manusia yang berkahwin berpuluh tahun lamanya tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Mungkin, itu bukan kehendak mereka tapi itulah kehendak Allah buat mereka.

Kadang-Kadang Allah tak beri lagi apa yang kita harapkan kerana Dia mahu kita cari dan temui Dia dahulu.
Kadang-Kadang Allah singkirkan sesuatu yang kita sayang dari hidup kita kerana Dia mahu kita letakkan cuma Dia di hati kita.

Maka, sabarlah.
Segala-galanya milik Allah dan bakal pula kembali kepadanya.
Allah tak akan mencampakkan bebanan yang tak tertanggung di pundak hamba-Nya.

Dunia ini juga sementara. Jadi, bercerailah dari fikiran bahawa kesakitan kita di dunia ini adalah selamanya. Tidak sama sekali. Masalah pada kita hari ini adalah ujian untuk menguatkan kita pada masa hadapan. Hikmahnya tak terungkap pada bilah-bilah waktu yang berputar sekarang, tapi ia bakal menampakkan diri pada suatu masa akan datang. Hanya Allah yang tahu, kapan waktunya .

Cuma kita , teruslah bersangka baik pada Tuhan. Indeed, He loves us more than a mother loves her children. Sebagaimana seorang ibu takkan mahu anaknya ditimpa keburukan, begitulah juga Tuhan Rabbul 'Izzati takkan sesekali mahu meletakkan kita dalam bahaya. Segala-galanya adalah yang terbaik dari Dia. Percayalah dan belajarlah erti sabar. :)

Untuk adik hensem rambut putih, esok dokter datang lagi. Awak pilih la.

Nak cokelat Cadbury ka
atau Kinder Bueno?

:)

01021017
Irbid, Jordan.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap