Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu.
Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis.
Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda.
Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia.
Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya.
Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia.
Kadang baik, kadang sebaliknya.
Maka, itulah saya fikir.
Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara.
Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca.
Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada.
Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya.
Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan.
Biar perit dirundung sakit yang berbisa,
Kerana Allah dah cakap,
Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat.
Sabarlah sikit. Sikit saja lagi. Garisan penamat cuma di hadapan. Lepas garisan penamat, Allah janji dah nak bagi piala sorga untuk insan yang dinobatkan juara. Juara menentang hawa nafsu, juara bergusti dengan dunia.
01032016
Syimali, Irbid, Jordan
Comments