Perempuan. Bukan boleh kahwin empat. Kalau diminati ramai sekalipun, tetap cuma seorang yang harus dipilih. Buat apa nak rasa bangga bila ramai orang approach? Buat apa nak rasa istimewa bila ramai orang suka? Ia cuma bikin sakit kepala, serabut jiwa raga, bahkan langsung tak mengenyangkan akal fikir kita.
Ada yang fikir, kalau ramai yang minat kita,
Kitalah glamor, popular, artis.
Ya la.. Ramai peminat.
Kan?
Ada yang fikir, kalau cuma satu orang yang minat kita,
Kita low-profile, tak hebat, tak ada keistimewaan.
Jadi, peminat pun sikit.
LoL.
Bagi saya, Lebih baik disukai oleh satu orang yang paling sesuai berbanding diminati ramai orang yang tidak sesuai.
Jangan mencari level istimewa dari berapa ramai orang yang minat kita. Tapi, berasalah istimewa bila cuma ada satu yang paling baik mendekati dan orang yang dia dekati itu adalah kita.
Baik yang macamana?
Bukan pada wajah.
Bukan.
Biar tak kacak macam watak pemuda yang selalu terpampang di kaca telebesen,
Biar banyak kawah di muka mengalahkan jumlah kawah di bulan sana,
Tak apa. Yang penting wajahnya tenang dan menyejukkan mata yang memandang. Tenang kerana air mukanya adalah air muka orang yang solat. Sejuk kerana wajahnya sering dibasahi air wudhu.
Baik yang macamana?
Bukan pada harta.
Bukan.
Biar kewangannya tak mampu mengalahi jumlah harta si Qarun,
Biar asetnya tak dapat menandingi aset Pak Menteri negara kita,
Tak apa. Yang penting dia rajin mencari rezeki yang halal, tak kikir untuk bersedekah dan tak bimbang dikatakan miskin hanya kerna penampilan yang biasa biasa.
Baiknya , ada pada agama.
Cari yang ilmunya padat dalam dada, akhlak dan amal atau tingkah laku serta butir bicaranya selari dengan ilmu yang dia miliki. Cukup yang itu. Bila dia FAQEH dalam agama, BERAMAL dengan agama, agama bakal mengajar dia menjadi manusia yang soleh, beriman dan bertaqwa. Agama bakal mengajar dia cara menyantuni orang terdekat. Agama akan mendisiplinkan dia agar menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.
Cukup.
Cari seorang yang beragama. Tak ramai tak apa.
Ingat, cari yang paling beragama. Lebih baik lambat menukar status jadi isteri berbanding bercepat-cepat sampai tersilap pilih orang yang salah.
Moga Allah bimbing mata hati kita dan beri orang terbaik yang dapat bimbing kita ke syurga . Syurga . Jalan ke syurga bergantung pada siapa yang kita pilih . Akhir zaman ini, mahu tak mahu, hanya agama yang menjadi kayu ukurnya.
Again. Moga Allah bimbing mata hati kita.
17 Jun 2017
Comments