Belajaq ni, selagi depa tak kambus hang dalam kubur, kena terus belajaq!
- Cikgu Sekolah Memandu -
Kali ketiga masuk kursus memandu , kata ibu , saya dah boleh apply lesen mengajaq orang .
Gelak.
Tapi sungguh , mendapat lecture sebanyak 3 kali dari guru yang berbeza , saya fikir ini adalah pengalaman yang rare . Anehnya, tak bosan!
Mungkin kerana cara pengajaran adalah dari orang yang berbeza dan cara approach mereka yang tak sama biarpun bahannya, slide dan juga bukunya adalah serupa!
Partisipasi saya jugak sangat aktif . Pengajaran hari ini lebih menyeronokkan bila banyak info baru yang saya dapat berkenaan isu terkini jalan raya , statistik dan pemanduan . Joke dari cikgu jugak bukan kosong-kosong. Ada isi.
Paling best, setiap kali saya pergi kursus ni, memang konfem saya dapat kawan baru. Dari yang berumur 17 tahun sampai la yang umur 53 tahun. Dari yang bujang sampai la yang dah kahwin. Dari warga Malaysia sampai la warga Thailand. Awak tahu? Berkenalan dengan manusia adalah hobi yang sangat saya cintai. Sungguh ni!
Sebenarnya, kunci bahagia itu ada pada tangan kita. Bila kita lihat sesuatu yang memberatkan tu dari kaca mata positif, segalanya bakal jadi kenangan yang warna-warni. Begitu juga sebaliknya.
Saya positif dengan pelbagai halangan yang menghentam sejak 4 tahun lalu setiap kali saya berusaha untuk mendapatkan lesen memandu. Kerna kaki stereng itu adalah cita-cita saya sejak sekolah rendah , pastinya putus asa bukan sasaran saya.
Lusa exam komputer untuk melayakkan diri menjadi pemegang lesen L untuk kali kedua.
Doakan yah!
05082017 | Kedah, Malaysia
Comments