Skip to main content

Luka Yang Menyembuhkan

Cuba membuka tin sardin.

Aduh.. Ketat betul.

Saya menggaru-garu pelipis.

Saya perlu siapakan masakan sebelum Asar.

Kalau terlalu lewat, bimbang ahli rumah kebuluran. Kasihan mereka. Tak sanggup saya nak lihat mereka membaham biskut kering Hup Seng ( tu pun kalau ada ) dek perut yang berkriuuuk krouuk berpantun minta makanan.


Cuba lagi tarik penutup tin.
Tarik...
Tarik...
Tarik...

Zuppp..!

Astaghfirullah.
Auchhhhhh..!

Luka sepanjang 1cm membelah jari telunjuk kiri.
Allah..

Ni noo.. ni noo.. *Bunyi Ambulans*

Saya cedera la.
Wah... Lamanya tak luka macam ni.

Lajunya darah bagai tak mampu berhenti.
Lagi laju dari air kat waterfall.
Kemungkinan lagi banyak dari air dalam gayung.

Putus fius.
Tak pernah lagi dapat luka seteruk ini sejak menghirup oxygen di muka bumi.

Saya doktor. Tapi, saya tak tau nak buat apa.
Panik. Dah cuba alirkan air paip, darah lagi mengalir deras. Aduh..!

Akal dah pendek.
Sayang pulak darah membazir macam tu.

Nak tadah la pulak.
Nak tadah pakai mangkuk ke cawan eh?

Ish! Mana boleh..!
Cawan mangkuk nak guna untuk makan nanti.

Teringat ada plastik dalam kabinet.
Mata mencari pintu kabinet.
Laju tangan keluarkan plastik jernih untuk simpan makanan.

Jari yang diluka dimasukkan dalam plastik.
Tak sampai seminit, darah merah macam merah kereta Ferrari mula mengimarahkan ruang kosong plastik itu. Hm, lawa jugak darah aku ni. Kalau aku buat alat kosmetik macam lipstik , ada orang nak beli tak ya?

Qasrus..!
Dah, jangan merepek..!
Amaran dikeluarkan pada diri sendiri.
Darah merah semakin tinggi parasnya. Mujur belum sampai paras bahaya. Kalau tidak, kena buat perintah darurat la macam ni..

Kaki laju pergi ke ipad.
Search - cara hentikan luka.

Berikut adalah tips yang Google kasi pada saya.

Basuh dengan air paip. Dah buat, gagal.

Letak ais. Ais takde.

Letak serbuk cili. Hoi! Agak-agak la. Silap hari bulan, menyanyi lagu Sembilu Kasih aku sambil menangis tahan pedih. Taboleh Pakai tips yang ini.

Letak gula. Saya ambil gula dalam bekas dan cuba taburkan pada luka. Darah memberontak! Lagi laju menerjah keluar. Alamak..

Gagal!

Nak buat apa lagi ni?

Letak vaseline. Haa, ni macam nice.

Dengan jari yang masih dalam plastik,
Saya heret tubuh ke bilik. Nak ambil vaseline.

Sapu pula vaseline itu di luka. Kalis air.
Darah tak hilang punca. Tak tahu nak guna pintu yang mana untuk keluar .

Tangan kanan pantas mencapai tisu muka. Sambil dua helai dan lipat panjang menjadi saiz 1 inci setengah. Terus saya balut darah dan letakkan getah untuk memberi tekanan kepada salur darah agar menghentikan aliran darah.

Hmdulillah. We did it!!
Takbir!
Allahuakbar!

Ngilu masih terasa.
Tapi saya yakin, badan sudah mula bertindak.
Agen pembeku darah yang semulajadi ada dalam tubuh akan mula membina dinding baru agar tiada lagi darah yang akan hilang keluar.

Termenung sebentar.
Maha Suci Allah.

Beberapa jam lepas, saya baru berfikir tentang dua orang sahabat yang sedang mengandung dan beberapa senior yang baru sahaja melahirkan anak.

Kepala berteka-teki, bagaimana susahnya mengandung?
Bagaimana sakitnya beranak?
Bagaimana mereka mampu tahan?
Kenapa semua perempuan tak takut sakit beranak?
Dah lahirkan anak pertama, menempuh pula sakit yang tak mampu digambarkan dengan tulisan di fesbuk atau contengan di kanvas lukisan, tapi... mereka masih lagi akan mengandung dan beranak. Bahkan bukan sekali dua. Lebih dari tiga empat lima enam tujuh lapan kali. Ada juga yang lebih sepuluh!

Ternyata, sakit wanita melahirkan itu rupanya nikmat dari Allah.
Tidak diberi nikmat ini pada si gagah manusia yang kita panggil sebagai lelaki.
Sakit ini hanya boleh dirasai wanita.
Sakit ini nikmat penghapus dosa , tanda kasih Allah pada wanita kerana wanita lagi cenderung berbuat dosa, lagi mudah terdedah bahaya hasutan syaitan.
Lebih ajaib apabila separuh kesakitan itu hilang secara automatik pabila melihat wajah ulama' kecil yang baru menjenguk dunia..

Sakit.
Dah lama saya tak rasa sakit.
Dah lama tak pernah meraung sebab cedera.
Dan hari ni, Allah bagi peluang mahu merasai nikmat sakit itu.

Sakit yang membahagikan bagi orang yang tahu bahawa setiap sakit itu ada pahalanya andai diri redha.

InsyaAllah, semua yang berlaku,
Allah sudah tebarkan lapisan hikmah disebaliknya. :)

Hmdulillah.

Hari ini saja,
Pertama kali masak laksa pakai sardin sebab Jordan takdak ikan segaq.
Pertama kali masak pakai satu tangan.
Pertama kali jugak campak² garam gula tapi masakan tetap enak macam dishes dari Hotel Antarabangsa.

Hari ini hari pertama kali saya untuk beberapa events.

Boleh ka nak daftar masuk Guinness World Records ?

Sekian.

Yang benar,

-Qasrus Syuhada-
(Budak Perantau Yang Teringin Sumbat Laksa Dalam Perut)

Qásrús Syúhadá
14042017 | Irbid, Jordan

Image result for beautiful photography

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap