" Mak cik datang hospital ni sebab apa? "
Anaknya di sebelah bersuara.
" Boleh saya nak jawabkan bagi pihak mak saya? "
Saya angguk. Tangan dah sedia dengan buku nota untuk clerk case pt.
Dia menyambung, " Mak saya ni diabetes dah 30 tahun. 6 bulan lepas ada injured sikit kat ibu jari kaki. Takde la sakit pun cuma kulitnya jadi hitam dan kudis tu lambat sembuh.. "
" Apa yang awak buat untuk jaga luka tu? "
" Setiap hari saya tukar balutan luka 2 kali sehari. Basuh dengan normal saline. Saya jaga elok sebab nak cepat sembuh. "
" Apa yang menyebabkan kena masuk ke hospital hari ni? "
" Lima hari lepas, kakinya tetiba jadi merah. Mak saya mengadu sakit. "
Dia bukakan balutan ibu jari kaki emaknya. Saya membelek bahagian luka itu. Sudah kehitaman. Gangrene.
Anaknya menutup kembali balutan. Tidak dibiarkan emaknya melakukan apa-2 . Segalanya dia yang uruskan.
Hebatnya wanita tua ini.
Mampu mendidik seorang anak yang sangat ringan tulang dan prihatin.
Bukan sahaja telah menguruskan ketika dia sakit, malah turut menemaninya ke mana sahaja dia pergi, termasuk bermalam di hospital.
Saya jadi teringat kisah yang didengari dari Ustazah Hafizah Musa tentang seorang wanita yang matinya dalam keadaan yang sungguh baik dan tenang. Kata Ustazah, wanita ini dulunya pernah menjaga ibunya yang lumpuh ( bedridden pt ) . Dia beli tilam King untuk ibunya tak macam orang lain yang selalunya cuma alaskan tilam bujang.
Bila ditanya kenapa mesti tilam yang besar untuk ibunya? Dia jawab, kalau tilam bujang dia tak boleh tidur sebelah ibunya. Dia beli tilam yang besar supaya dia dapat selalu teman ibunya hatta ketika dia tidur pun! Dia tidak redha jika ibunya berasa sunyi dan sepi sendiri.
SubhanaLlah..
Besar pahala yang Allah beri pada khidmat yang diberikan oleh seorang anak kepada orang tuanya.
Acap kali kita mendengar, tanda-tanda kiamat itu adalah apabila seorang anak menjadikan ibunya sebagai tuan.
Dah banyak realiti yang terbentang depan mata.
Tidak sedikit.
Lagi ramai yang boleh kita perhatikan, mak ayah yang sudah tidak berkudrat dan tidak berdaya ditengking herdik oleh anak-anak yang masih sihat muda. Padahal, bukan mereka tidak tahu, mereka sendiri dibesarkan oleh dua tangan orang tua mereka yang telah mula lemah dan berkedut itu.
Bagai tidak mengenang budi.
Khidmat seorang anak tidak akan mampu membayar segala jasa orang tuanya.
Kalau kau belum memiliki anak, mungkin kau belum tahu susah-payah mahu membesarkan seorang manusia. Dari usianya sehari sehingga dia boleh berlari, membaca dan menghafal sifir.
Uwais Al-Qarni yang menjaga kebajikan ibunya dan pernah menanggung di bahunya si ibu yang lumpuh untuk bertawaf mengelilingi Kaabah itu pun masih dikatakan belum lagi dapat membalas walau separuh jasa ibunya terhadap dirinya.
Kita bukan dua ploh empat jam berkepik dan tolong mak kita,
Jauh sekali nak dukung mak kita atas bahu bertawaf Kaabah,
Tapi selalu dah berasa diri ada banyak berjasa pada orang tua.
Mengaku anak soleh tapi masih ingkar pada ibu bapa.
Nak masuk syurga tapi bila mak ayah minta tolong, merengus marah dan hentak kaki dan kepala.
Di mana letak duduk kita sekarang..?
Qásrús Syúhadá
15042017 | Irbid, Jordan

Comments