Skip to main content

Kisah Jalan-Jalan Di Sempadan Syria .

Mata coklat hazel milik lelaki Arab itu dah mengecil dek terlalu terik sinaran mentari dari langit. Borang survey di tangannya diletak atas kepala menjadi payung jadian. 

" Mereka sepatutnya bagi task ini pada musim winter. Bukan waktu summer macam ni! " Dia menggeleng kepala. Kulitnya yang cerah dah macam pakai blusher. Kasihan. Malangnya saya takdak sunblock nak bagi free. Terpaksalah berlapang dada melihat beliau dibakar matahari yang terlalu membahang walaupun jam baru menunjukkan pukul 10.30 pagi. Panas!

Inilah kegiatan kami untuk minggu ini. 😇

Dengan memakai white coat dan sebahagiannya mengheret topi dan kaca mata hitam bersama, kami dilepaskan di kawasan Ramtha yang sangat hampir dengan negara Syria untuk melakukan kajian lapangan. 

Tugas kami mudah. Turun ke rumah-rumah di kawasan yang telah ditetapkan dan interview ahli rumah itu yang berusia 18 tahun ke atas. Kertas survey disediakan. Tak banyak pun, cuma 3 helai dan kandungannya 100.1% dalam bahasa Arab. Walaweh! 

Menarik! Saya suka dengan kegiatan outdoor macam ini. Tidaklah asyik meronda dan mundar-mandir dalam hospital saja. Tidak juga hanya bersandar selesa di kerusi lecture hall dan akhirnya selaput mata tertutup sehingga akhirnya hilang dunia dari pandangan. 

Walau bagaimanapun, saya akui bahawa kerja ini tak semudah menguli tepung untuk dibuat roti canai. 

Mencabar! 

Selain temperature bumi di Jordan yang sangat tinggi, kami jugak takdak kenderaan nak dinaiki. Kasut roda pun takdak apatah lagi basikal atau skuter. Terpaksalah kami bakar ATP dan lebihan lemak kami apabila kedua kaki digunakan sepenuhnya untuk berkhidmat demi negara. Eh, maksud saya, demi mengisi borang² survey ini.

Banyak rumah yang menyambut baik kedatangan kami. Walaupun takdak satu rumah yang terpasang penghawa dingin, tapi at least depa ada kipas. 

Tak kurang yang hidangkan kami ayaq panas iaitu kopi yang dicampur serbuk buah pelaga (yeke?) dan teh manis berherba (walaupun hati kami sebenarnya meronta-ronta nak mintak depa geledah peti ais rumah depa dan hidangkan kami ayaq sejuk (atau at least aiskrim paddle pop rainbow yang sodap itu.) )

Sebenarnya, kisah bnar pada dunia realiti yang kami hadapi hari ini, lebih banyak rumah yang tak bukak pintu walaupun kami tau tuan dia tengah mengendap kelibat kami yang sedang bagai katak dibakar dalam ketuhar jenama panasonic di luar rumahnya. Sedih bangettt bukan?

Pengalaman paling mengerikan adalah apabila ada sorang mak cik tu hambat kami macam ni. . . 

" Kamu nak apa hah?? Aku panggil polis kangg ! " mujurlah dia tak angkat cangkul nak usir kami. Maka, dengan 20% keredhaan, terpaksalah kami angkat kaki dari rumahnya sambil dalam hati berharap agar ada group lain yang datang rumah dia dan kena halau jugak macam dia halau kami ( so taklah kami ja yang kena halau kan ) lepas tu mak cik tu pun stress sebab asyik kena ganggu sampai dia terus beli tiket flight terbang pi Mekah untuk beriktikaf dalam Masjidil Haram. *Gelak Sedikit Jahat*

Related image

Setelah lebih 2 jam bersiar-siar dari rumah ke rumah, kami cuma dapat isi 8 borang sahaja. 

Talal selaku murakib kami yang sangat tinggi common sense dan pemuda yang saya sangat kagumi sebab dia tak merokok dan jumlah rokok dalam kotak rokok pun dia taktau ada berapa itu berkata, " semoga esok kita akan dapat lebih banyak. Semoga esok akan better dari hari ini. "

Saya tak cakap banyak melainkan sepatah saja, " in shaa Allah. "

Kalau nak tahu, dari 8 borang yang kami isi, saya cuma isi 1 saja. Baki borang yang lain, semuanya Talal yang buat. Lejen kan, Talal? Maka, seronoklah kami bila tugas kami cuma kena tekan loceng rumah atau ketuk sampai bergegar pintu rumah orang.

Seharian ini, saya belajarlah sesuatu dari pengembaraan kaki ini. Kata Talal menceritakan tentang umat berhidung mancung di negaranya ini, kebiasaan mereka hanya akan bangun pada jam 12.00 tengahari. Itulah sebabnya banyak rumah yang tak menyahut seruan kami supaya mereka bukak pintu — sebab rata-ratanya masih tidoq mengeroh bawah katil. Eh , maksud saya, atas katil. 

Talal merungut bahawa adat ini tak sepatutnya diteruskan sebab pada akhirnya mereka sendiri merungut bila ekonomi mereka masih rendah dan rakyat ramai yang miskin. Benarlah nasihat Rasulullah saw bahawa kita harus berpagi-pagian dan jangan tidur lepas subuh sebab nanti rezeki taknak mendekat. There is correlation between this variable. Ahah!

Saya setuju dengan Talal walaupun Talal masih membuang cawan bekas minuman air miliknya dengan selamber badak di tepi jalan . Saya fikir, Talal masih ada peluang untuk ditarbiyah dengan pendidikan Islam dan sivik. Tapi, so far, Talal masih bagus antara pemuda Arab yang saya kenal sebab dia agak beradab dengan orang tua-tua, sabar dan tinggi common sense. Talal pun sangat memuji rakyat Malaysia sebab berdasarkan pengalamannya bercuti di Kuala Lumpur, Penang dan Pulau Langkawi selama seminggu, dia cakap orang Malaysia bangun awal dan kebanyakkannya sangat ramah. Maka, terasa bangga sebab saya orang Malaysia sampai rasa nak kibarkan Jalur Gemilang sambil berkawad kaki ala-ala pelatih PLKN di kem ketika itu jugak! 

Kami menemui bermacam-macam jenis penduduk. 

Ada yang sihat, ada jugak yang daif. Lelaki dan perempuan tidak kami diskriminasikan sebab semuanya kami serbu. 

Ada yang kaya sampai income sebulan 600 JOD . Ada jugak yang tak berkemampuan seperti Mak Cik Syria yang kakinya ditembak masa perang yang mana incomenya cuma sekitar 55 JOD. Sedih dengar kisah hidup pelarian Syria. Ini begitu membuka hati saya agar menjadi mak-nusia yang lebih bersyukur. 

Begitulah hidup kan?

Warna-warni tak sentiasa wujud. Kadang², cuma ada hitam putih dan kelabu asap rokok. Bila belajar dari kehidupan orang lain, kita akan cepat sedar Allah itu begitu hebat dalam mencatur hidup manusia. 

Orang yang rezekinya sedikit, hati mereka diasuh agar bersikap qanaah manakala bagi orang yang rezekinya melimpah-ruah, mereka terdidik dengan rasa bersyukur dan empati pada yang susah.

Untuk kita yang ada akal fikir sempurna, semoga dengan mempelajari dan mengenali kisah hidup manusia yang terisi aneka rencah masam manis pahit masin lipatan episod kehidupan dapat menjadikan kita manusia yang hatinya lebih tunduk merendah pada Rabbi. 

Ketahuilah, Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kemampuannya. 🙂

Doakan aktiviti kami pada esok hari lebih diberkati, disyukuri dan dapat aiskrim impian seperti yang diangan-angankan. Hehe

16072017 | Ramtha, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap