Salam temperature 5 degree dari Jordan!
Esok dijangka salji ! Yeay! ☺
Sedikit perkongsian sebelum nak gerak ke hospital .
Kata Syeikh Hamza Yusuf, apa-apa sahaja keburukan yang kita lalui di dunia ini perlu disyukuri kerana tiga perkara.
Pertama, kerana ia berlaku sekarang, bukan di akhirat. Sesungguhnya setiap perkara yang kita sukai atau benci adalah bersifat sementara. Sementara di akhirat pula, azab yang kita terima akan kekal selamanya.
Kedua, kerana ia menyakiti urusan keduniaan kita seperti pekerjaan, kewangan, kejayaan material, kasih sayang dan perhatian, dan tidak menjejaskan deen kita seperti syahadah, dan kesedaran beragama. Selagi kita masih punya Iman dan Islam, jagalah dua nikmat terbesar ini dengan sebaik yang mungkin. Biar kehilangan semua di dunia, asalkan tidak kehilangan nikmat agama dan Tuhan.
Dan ketiga, keburukan tersebut perlu disyukuri kerana apa yang menimpa kita boleh sahaja menjadi lebih teruk dari keburukan yang kita benci sekarang
16 Feb 2017
Comments