Skip to main content

Exam Lesen L Kali Kedua!

Dah sampai ke muka surat 100. Ada lagi 75 muka surat.

Tapi..

Arghh.. I can not go!

Baring sebentar di atas katil. Buku diangkat tinggi.

PERATURAN DI PERSIMPANGAN.

Aduh! Otak aku yang dah bersimpang-siur tika ini. Buku ini harus dihabiskan jugak kemudian barulah boleh buka aplikasi latihan. Exam bila?

ESOK!

Baru start baca hari ni, esok dah exam. Mujur pelajaran dalam kursus semalam masih belum berkarat. 

Aduh. Terasa penat. 

Buku dijatuhkan ke atas muka. Pejam mata. Kejap je ni. Nanti sambung semula. Terlampau penat. Jet lag pun belum hilang. Duh!

Tetiba..

" Eh? Kenapa buku yang baca angah? "

Segera aku buka mata. Ibu muncul di muka pintu.

Em. Em.

" Angah kena kuat. Kena lepas dari ujian esok. Kalau tak, tak boleh dapat lesen L. Angah bukan ada dah cuti panjang untuk belajar memandu. Jadi, angah kena kuat. Please, kali ni saja. "

Aku mengeluh perlahan. Huwaaa..!

Diluah mati datuk, ditelan mati nenek. Hm.

" Nak ibu buat kopi? "

" NAK! "

Aku bingkas bangun dari katil. Semangat cuba dihimpun setebal mungkin.

Come on, Qas! 
Takkan kau nak mengalah dengan adik kau yang dah habis tempoh percubaan memandu ( Lesen P ) padahal kau orang pertama dalam family yang pegang stereng. 

No! Menyerah itu bukan AKU. 

Buku diselak . Dibaca lagi dengan penuh cinta . 

Tak sabar nak pegang stereng bulat dan merempit di atas bumi tar berwarna hitam itu.

" Angah, kopi siap. Minum dulu. "

Yeay.

" Terima kasih , ibu! " Aku tersenyum, gembira plus bahagia kuasa dua. 

Tahu? Perasaan bila aku terasa down, diri dihempap penat, otak dihimpit sesak dan terasa malas membelit erat - ia sungguh menduga. Perasaan dan pengalaman yang sama dilalui setiap kali nak ambil exam sepanjang berada dalam Sekolah Perubatan.

Kalau di Jordan, kadang-kadang memang putus fius. Bila rasa tak boleh go on, aku tidur. Rasa tak mampu, aku terus tutup buku. Maka, target study selalu tersasar. Salah siapa? Tentulah bukan salah kucing jiran aku kan. Pastinya salah diri sendiri yang terlalu lembik dan jiwa yang belum sasa dan tahan ujian. 

Andai aku ada pintu suka hati, pasti tiap-tiap kali kefuturan ini mampir mendekat aku kan pulang ke teratak bonda - lihat dia dan dengar setiap kata-katanya.

Kata-kata seorang ibu, walau simple , walau pernah didengar berulang kali, ia tetap bagai azimat peniup inspirasi dan juhud dalam hati. 

Maka, terasa aku bagai seorang hamba yang sangat beruntung kerana pada umur 22 tahun ini, Allah masih kasi aku kesempatan untuk memiliki seorang ibu sedang ada manusia lain yang sejak dia lahir lagi, dah tak ada detik sekalipun untuk dibelai pemilik rahim tempat dia menginap selama 9 bulan.

Semoga Allah rahmati ibuku ! 
Dan semoga aku bisa mencintai dia setiap hari.

Kalian juga tentunya ! May Allah bless our moms and strengthen their hearts, in sha' Allah.

Image result for unique image

06082017 | Kedah, MY

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap