Skip to main content

Happy Bithday, Ibu!

Sudah 22 tahun Allah izinkan aku mengenali dan merangkul kasih sayang dari seorang yang bergelar ibu.

Hari ni hari lahir ibu yang ke 52 .

Kau tahu?

Kalau Jordan dan Malaysia itu dekat, pasti setiap hari aku akan ketuk pintu rumah dan jumpa, peluk dan cium tangan ibu and confess that I love her too much. Not only on her birthday.

Kau tahu?
Kalau tiket flight itu semurah tambang bas dari Alor Setar nak ke Sungai Petani, dah lama aku laju² book tiket untuk buat surprise pada ibu dengan muncul tiba² di teratak kami lalu buat muka comel sambil jerit " Happy Birthday Ibu!! "

.

Ibu .
Tak payah hitung apa jasa dan budinya sepanjang membesarkan aku, si anak yang penuh kerenah dan telatah pelik² ini. Tak terhitung sebenarnya! Walaupun kau pakai kalkulator canggih ciptaan zaman tahun 2020 nanti, tetaplah takkan pernah kau menemui angka yang tepat.

Ibu .
Dia merelakan anak-anaknya pergi melangkah laut meninggalkan bumi ibu pertiwi. Biarpun pedih yang menikam naluri seorang ibunya jelas tidak akan dapat terhindar, dia sabarkan hati demi ingin wirawati hatinya ini berjaya menjulang martabat ilmu dan agama. Pulang berbakti buat negara terchenta.

Ibu kita mungkin seusia .
Ibu kita mungkin ada persamaan .
Tapi , ingin aku katakan bahawa , ibu aku nyata begitu luar biasa orangnya.

" Ibu, bila ibu start pakai tudung labuh..? "

" Pertama kalinya adalah ketika mula kahwin dengan abah. Ibu nak jadi wanita solehah, jadi ibu ikut kata abah.. "

" Ibu, kenapa ibu tak pakai purdah? "

" Ibu masih tak cukup ilmu.. "

" Kenapa ibu tak pakai stokin dulu ? "

" Sebab ibu tak tahu kaki juga adalah ayat yang wajib ditutup. "

Itu persoalan aku dahulu tatkala mula menjejak usia remaja.

Ibu sangatlah humble. Katanya dia tak banyak ilmu, sebab itu dia nak anak² yang dia punya perlu kemas ibu di dada. Ilmu duniawi dan ukhrawi.

Ibu aku bukan orang kaya pun jauh sekali nak berjawatan tinggi². Kondisi latar belakang keluarga yang susah menyebabkan ibu berhenti belajar course Pharmacy dan menjadi kerani sekolah. Budak² sekolah selalu panggil ibu ustazah biarpun ibu cumalah pekerja pejabat di sekolah, bukan tenaga pengajar. Kerana apa? Kerana ibu meraikan semua orang dan tak pernah layan buruk biarpun pada pelajar² yang nakal macam Tarzan.

Ibu tak lokek dengan nasihat. Acap kali dia aku lihat bagaikan pakar kaunseling terkemuka di donia, bagaikan penceramah sehebat Prof Muhaya, bagaikan ustazah cerdik sepetah Ustazah Hafizah Musa yang tak pernah gagal memberi nasihat kepada sesiapa saja yang meminta.

Ibu aku sangatlah sempoi, suka bergurau dan mengusik, lasak dan aktif sedang abah aku sangatlah pemalu dan pendiam. Memang saling melengkapi! Ibu adalah kekuatan abah dan pelengkap separuh agamanya. Benarlah, kita tak akan mampu cari pasangan yang sempurna tapi kitalah yang harus bekerja keras untuk melengkapkan kesempurnaan itu.

Ibu terlalu baik sedang aku belum pasti adakah aku telah menjadi anak yang terbaik untuknya.

" Akak! Saya admire akak.." Begitulah luah seorang adik yang aku pun tak pernah kenal dan tika itu baru pertama kali aku bersua muka.

Aku tersenyum..

Jadinya aku orang yang sekarang adalah berkat lenturan didikan dari ibuku yang hebat. Dia memberi kecukupan kepada kami adik-beradik biarpun sejak aku kecil dia tidaklah memiliki kesihatan seperti ibu orang lain kebanyakkannya.

Wahai dunia! Ketahuilah, aku bukanlah siapa siapa yang boleh dibanggakan. Aku adalah insan yang berdiri hasil bentukan seorang wanita hebat yang tak pernah ke sekolah agama tapi kini mampu mengasak aku dengan peringatan² tentang tuhan.

Kalau kalian bangga dengan aku, aku pula lebih bangga dan bersyukur dengan si dia yang bertanggungjawab menyebabkan dadaku mampu menghirup oxygen dan menyingkirkan carbon dioxide sejak 22 tahun yang lalu.

Sanah helwah ibu.

Salam rindu dari anak gadismu yang nakal tapi sangatlah mahu jadi puteri terbaik buatmu.

Moga tersampai hangat cintaku dibawa angin syita' dari bumi Syam yang sedang dihambat kesejukan salju . Cuma buatmu.. Ibu.

04022017
Mu'tah, Jordan

Related image

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap