Positif.
Positif lawannya negatif.
Mungkin selama hidup, acap kali terserempak dengan manusia-manusia optimis.
Tapi, saya kira, sebenarnya kita lagi banyak bertemu dengan manusia yang meriah dengan aura negatifnya.
Otak manusia punya satu fokus saja pada satu-satu masa.
Jika dia fokus pada pemikiran yang positif,
Pemikiran negatif tak akan hadir bersama.
Tapi, jika dia biarkan pemikirannya sunyi dari cara fikir positif,
Maka secara automatiknya, pemikiran negatif yang akan bertandang tanpa diundang.
Analoginya mudah.
Lihat saja satu tanah yang subur.
Kalau kita tak tanam pokok bunga di atasnya, boleh jadi esok atau lusa, puak-puak lalang pula yang seronok menghijaukan tanah tanpa perlu ditanam.
Sebab itu, penting untuk terus berfikir positif.
Supaya benda-benda negatif tak mai buat kacau.
Ingat bukan pada lagu Fikirkan Boleh yang selalu dilaungkan dalam kursus atau seminar motivasi masa kita sekolah dulu ?
Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau hampir boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu- ragu,
Usahamu tidak menentu.
Hidup adalah pilihan .
Setiap hari kita perlu memilih.
Memilih untuk tidak memilih juga adalah satu pilihan.
Nyata, kita tak mampu lari dari ketentuan bahawa kita memang akan selalu perlu membuat pilihan.
Sebagaimana Allah juga banyak kali memberi beberapa pilihan kepada kita.
Nak syurga atau neraka ?
Nak jadi orang beriman atau kafir ?
Mahu disayangi-Nya atau dibenci ?
Dalam memilih, mungkin acap kali kita dihentam ragu.
Mahu sentiasa kekal positif, namun mungkin selalu juga digugat perkara-perkara negatif.
Bagaimana mahu membuat pilihan yang tepat?
Bagaimana mahu terus kekal positif?
Gunalah ilmu dan iman.
Jauhi perkara yang negatif.
Berdamping dan berapat-rapatlah dengan mereka yang positif.
Bergaul dengan orang yang positif, kita juga akan jadi positif.
Mudahnya, kalau mahu terbang tinggi di angkasa, berkawanlah dengan helang. Kalau kita terus mencakar bumi bersama sang ayam, selamanya impian mahu terbang tinggi hanya jadi mimpi di siang hari.
Positiflah untuk positif .
Pilihlah untuk positif .
Positif untuk menjadi orang yang baik.
Positif untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur.
Positif mahu masuk syurga tertinggi.
Bila terus positif, tindakan positif akan mengiringi dan kesan akhirnya juga bakal menjadi positif.
Bila kita ada pilihan untuk jadi positif, kenapa masih pilih untuk jadi pesimis?
Begin with the End in Mind.
Mulakan sesuatu dengan positif,
Pengakhirannya juga pasti positif. Faith. :)
Qásrús Syúhadá
23042017 | Irbid, Jordan

Comments