Ada orang yang susah nak tambah rakan baru di Facebook kerana jumlah rakannya telah mencapai 5000 . Padahal, bukan semua rakan Facebooknya itu aktif!
Dia pun garu-garu kepala buntu.
Tak tahu nak buat lagumana..
Meh sini, biar saya bongkarkan cara mudah untuk mengurangkan jumlah rakan di Facebook anda terutama bagi yang sudah mencapai limit total friends.
Ini rahsianya! Simple dan pantas!
Sebelum menjumpai kaedah ini, saya banyak kali menggunakan app atau peranti yang dipasangkan pada Google Chrome untuk mengurangkan jumlah kawan di Facebook seterusnya memberi kuota yang lebih untuk saya tambah rakan-rakan baru.
App ini juga saya telah gunakan ketika mahu mengurangkan rakan facebook di akaun Facebook Persatuan di Jordan ( MPMMJ ) .
Ia berjaya! Tak mengecewakan!
Malangnya, sejak beberapa detik kebelakangan ini, aplikasi itu seolah-olah tak mampu lagi berfungsi.
Oleh kerana hidup harus diteruskan agar kemandirian spesies sentiasa terjamin, saya explore cara yang lebih simple untuk melakukan proses unfriend kawan di Facebook secara randomly.
Hanya menggunakan kod tertentu, segalanya menjadi begitu mudah!
Saya tampal kaedah atau cara melalui gambar-gambar di bawah. Rujuk caption untuk kefahaman yang lebih berganda.
So, belajarlah dan selamat beramal !
Jangan lupa kongsi pada kengkawan yah!
1) Buka profile anda . Tekan bahagian Friends . Lihat jumlah terkini rakan Facebook anda.
P/S : Sila online Facebook menggunakan laptop / komputer
2) Search link berikut : pastebin.com/Y7f7hPbC
Scroll down ke bawah sekali sampai jumpa RAW Paste Data
3) Klik Select All untuk code dalam tetingkap tersebut
4) Copy code tersebut
5) Buka kembali page Facebook anda. Tekan Inspect Element
6) Tetingkap HTML macam dalam gambar akan muncul. Tekan Console
7) Amaran di atas akan muncul. Relax relax saja
8) Scroll bawah sikit. Paste code yang anda telah copy tadi dalam tetingkap itu. Kemudian tekan Enter. Tetingkap baru ( tengok sebelah kanan atas gambar ) akan muncul
9) Close window yang bawah tu.
10) Pergi dekat window yang baru muncul tu. Tekan Remove
11) Window tu akan loading
12) Proses removing friend automatik akan berjalan. Tapi ia tak akan kosongkan terus jumlah rakan facebook anda. Cuma sebahagian besar sahaja yang akan dibuang secara rambang.
13) Refreshing page Facebook anda
14) Tara..! Jumlah rakan Facebook telah berkurang! It has done!
19 Jun 2017
Comments