Seorang tukang kayu tugasnya memotong kayu.
Boleh ke kalau kita minta tolong potongkan kayu, dia mengelak cakap malas?
Tak boleh. Sebab tugas utamanya adalah potong kayu. Tak munasabah dia cakap malas sebab tugasnya memang potong kayu.
Seorang tukang besi tugasnya menempa besi.
Boleh ke kalau kita minta tolong tempa besi, dia taknak sebab nak online whatsapp atau facebook?
Tak boleh. Sebab tugas utamanya adalah menempa besi. Tak munasabah dia mengelak dari melakukan tugasnya sebab kerjanya memang menempa besi.
Begitulah akan halnya seorang pelajar. Tugas utamanya adalah belajar. Dia harus utamakan kerja utamanya. Tak munasabah dia tidak mahu belajar kerana mengutamakan kerja-kerja sampingan sebab kerja utamanya adalah belajar.
- Graduan Kelas Pertama Kejuruteraan, Universiti Mu'tah Jordan
Comments