Skip to main content

Jodoh-Aku-Yang-Paling-Kuat Dah Kahwin..

' Qasrus. Hang rasa aku sesuai kahwin dengan sapa?? '

Ini lah soalan yang dia asyik ulang dan ulang.
Daripada kami tingkatan 4 sampai sekarang dah masuk alam universiti.

Dan saya hanya mampu menjawab, 'Nanti sampai masa, kita tahulah..'

Atau, bila dia terus ulang dan ulang pertanyaan yang sama, saya akan bergurau pula, ' Rasanya, Barack Obama agak matching dengan hang..' Dan dia akan menarik muka. Hehe

Nabihah.
Dia pelajar Tingkatan 4 baru intake kedua ke SBPI Kubang Pasu. Saya pelajar intake pertama.
Dorm PIU4 menjadi titik mula perkenalan kami.Teddy bear yang dibawanya dari rumah menjadi gambaran awal kepada saya , Nabihah ni orang yang macamana. ^^"

Budak ni sorang kecil sahaja. Tapi semangatnya luar biasa.
Dia antara kawan saya yang paling rare. Dan dia antara kawan yang paaaaaling banyak persamaan dengan saya. Banyak sangat.

Hari ini, tanggal 25 September 2015 bersamaan 11 Zulhijjah 1436, Nabihah sudah diijab kabulkan dengan Aiman Amran, bekas rakan sekelas di sekolah lamanya dahulu.

Alhamdulillah ya Robb!

Aiman pernah direject oleh Nabihah ketika kali pertama beliau memaklumkan kepada mama Bihah untuk melamar puteri comel ini. Ceritanya panjang sekali. Berjela-jela konflik.
Tapi, penghujungnya berakhir dengan bahagia. Hari ni telah selamat disatukan. Hari ini hari bahagia mereka.

Moga Allah memberkati kedua-duanya.
Rasa sedih sedikit bila kawan kita macam dah 'hilang' .
Tapi tetap rasa gembira apabila Jodoh-Aku-Yang-Paling-Kuat ni dah kahwin.
Dia kini bebas. Bebas menjadi orang yang lebih tenang dan tenteram.

Dan.. saya pon bebas. Bebas dari pertanyaannya, '' Qasrus. Hang rasa aku sesuai kahwin dengan sapa?? ' Hehe.

Semoga ibadahmu makin berkualiti, kawan.
Salam sayang dari sahabat yang merindui detik ketika zaman bujangmu. =')


Comments

Anonymous said…
29 september 2015?
Anonymous said…
25 september 2015? *pembetulan yg atas

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...