Skip to main content

Dua Jenis Ihsan

" Awak...

Macamana nak jadi rajen macam awak..? "

Sengaja aku menembak soalan.

Mana tahu boleh dapat tips percuma.

Perjalanan lebih 500m dari hospital ke stesen bas universiti pada petang ini terlalu extreme.
Angin yang kuat dan awan yang mendung tidaklah aku halang kewujudannya, cuma masalah besaq di sini adalah pabila baru kusedari bahawa pakaian aku cuma la senipis kain kafan.
Lupa nak pakai blazer atau sweater seperti kebiasaan sepanjang musim sejuk di bumi Syam ini.

Silap besaq!

Maka memang menggigil la badan kerana ketebalan lemak badan yang aku rasa cuma setebal pemadam Stabilo itu tak mampu menahan sejuknya cuaca.

" Eh, bukan ke awak memang dah rajin dari dulu? " - Dia membuat kenyataan tidak rasmi. Mujur tak ada wartawan tika itu. Jika tak, mungkin aku rasa benda ni akan masuk berita TV tempatan . Eheh.

" Mana ada.. Awak la lagi rajen. Saya ni tak study pun lagi. " - Aku pula membuat penafian.

" Awak la... Semua cakap awak memang rajin. "

" Siapa cakap? "

" Saya. " - Dia menjawab pendek.

Haha..!
Spontan aku gelak.
Nak kena sekeh jugak budak kelate sorang ni..!

" Awak nyata lagi rajin. " - Saya menguatkan kenyataan.

" Tak, betul ni. Saya tak rajin pun. " - Dia masih semangat mengingkari.

" Awak rajin. Orang rajin tak akan mengaku dia rajin. Maka, saya iktiraf semua orang yang tak mengaku rajin itu adalah rajin. Termasuk awak..! " - Aku tembak lagi.

" Okay.. Saya memang rajin pun.. Saya paling rajin dalam dunia" - Dia menghela nafas panjang.

Haha..! Aku gelak lagi.
Pap! Satu tamparan lembut sunggah dibahunya.
Jerat mengena..! Haha.

" Cepatlah.. Kongsi la tips, macamana nak rajin study macam awak ? " - Aku separa merayu.

Kami dah sampai di stesen bas.
Naik koster putih yang tambangnya 0.50 dinar.
Kami dapat tempat duduk belakang.

Dia duduk di sebelah tingkap,
Aku duduk di sampingnya. Tempat yang selayaknya.
Ye la, kalau aku duduk atasnya tapi bimbang nanti dia humban pulak aku yang berat ni ke luar tingkap. 😽

" Nak tahu tak? Kak Afeah ada cerita pasal ayat Quran dari surah Al-Baqarah hari tu kat saya. "

" Ayat mana? " - Aku bertanya.

" Ayat pendek saja. Allahu yubbul muhsinin..
Kak Afeah cerita pasal ihsan. "

" Ihsan? "

Muhsinin. Orang-orang yang baik.
Ihsan. Baik.

" Aah. Apa awak faham tentang ihsan? "

Aku memberi skema jawapan SPM yang masih lekat dalam kotak memori.
" Ihsan tu macam kita buat sesuatu seolah-olah Allah sedang perhatikan kita. "

" Aiwah. Betul. Kita tahu kan yang ada tiga asas agama iaitu Islam, Iman dan Ihsan.
Untuk dapatkan ihsan, kita kena ada Islam dan Iman dulu. Nak katanya di sini, bukan senang nak dapat ihsan tu.. "

Aku diam. Khusyuk mendengar. Koster dah mula beransur meninggalkan stesen bas universiti menuju ke Stesen Bas Sheikh Khalil di Irbid.

Dia sambung, " Kak Afeah cakap, Ihsan tu ada 2 jenis. Ihsan (baik) pada diri sendiri dan ihsan (baik) pada orang lain. "

Aku mengulang. " Ihsan ada 2 jenis. Pada diri sendiri. Pada orang lain. Terus? "

" Ihsan pada diri sendiri tu macam kita kena buat sesuatu kebaikan tu untuk diri sendiri. Contohnya macam belajar. KALAU KITA CUMA BELAJAR UNTUK EXAM SAHAJA, MAKSUDNYA KITA TIDAK IHSAN PADA DIRI SENDIRI. "

" Tapi, belajar untuk exam tu kan memang untuk diri sendiri? " - Aku mencucuk soalan.

" Tak. Ni maksudnya belajar SEMATA-MATA untuk exam. "

Aku terdiam. Sudah faham.
Belajar semata-mata untuk exam.
Nak exam baru kalut nak bukak buku.
Nak exam baru sibuk nak susun nota.
Nak exam baru sedar selama ni dah buang masa.
Nak exam baru bersungguh nak murojaah ilmu yang dah pernah belajar.

Duhai..!
Aku sentap pula rasa.
Inikah nasihat supaya aku menjadi rajin segera?
Belajar dari awal agar ilmu cepat tercerna .
Belajar dari awal agar ilmu lekat sempurna.
Belajar dari awal agar mudah pula diguna sampai pada manusia lainnya, bukan semata mahu diluah dalam kertas periksa atau depan doktor yang bertanya..
Belajar dari awal tanda awak ihsan pada diri awak.

Kalau malas belajar dari awal, nak exam baru memecut, awa menganiaya diri sendiri - penatkan mental dan fizikal. Lebih malang, awak memperbodohkan diri sendiri dengan belajar untuk curahkan jawapan ketika exam. Habis exam, ilmu yang memang dah longgar itu terbang, maka awak 'bodoh' semula. Maka, di mana ihsan pada diri ketika itu?

Sob.

Dia masih belum bosan memberi kata.
" Ihsan ni malah lebih tinggi daripada adil. Apa maksud adil? "

" Adil tu meletakkan sesuatu pada tempatnya. "

" Adil tu jugak adalah kita ambil bahagian kita yang selayaknya kita dapat.
Beza dengan ihsan, ihsan tu kita ambil bahagian kita yang kurang dari yang sepatutnya kita dapat.

Sebab itu ihsan dikatakan lebih tinggi dari adil. "

" Oh, ambil bahagian kita yang kurang dari yang sepatutnya dan bagi bahagian yang selebihnya pada orang lain, itulah ihsan pada orang lain, kan? " - Aku meneka.

Dia mengangguk.
Aku terdiam. Berfikir lagi.
SubhanaLlah. What the amazing reminder I got today!

Ihsan.
Dengannya, awak akan menanggalkan baju 'selfish' yang terpakai dalam diri.
Dengannya, awak akan sedar bahawa hidup ini bukan untuk aku aku aku sahaja. Bukan!
Dengannya, awak akan ingat bahawa Allah selamanya memerhati.
Dengannya, awak akan jadi rajin belajar agar tidak menjadi hantu peperiksaan.

' Qas, rajen tau. Surgery is our last rotation for this 4th year in medical school.. Ganbatte! '

Moga terlekat diri ini pada balutan ihsan agar terjaga jiwa raga dari menjadi orang yang anani.

Anani = Selfish.

:)

15032016 | Irbid, Jordan

Image result for professional photography

Comments

Amiratul Huda said…
Mekasih kak, atas segala taipan yang dicurahkan dalam blog ni. Saya jadi banyak sedar... Akak jangan berhenti menulis ok! Gambatte!

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap