Skip to main content

Aurat Muslimah Di Hadapan Wanita Non-Muslim

Dulu, saya tak pernah cakna langsung tentang perihal aurat dengan Not-Yet Muslim. Ya, mungkin salah satu faktornya adalah kehidupan saya hanya dikelilingi saudara-saudara muslim. Dari zaman hingus tak pandai nak kesat sendiri sampailah ke zaman saya pandai jahit pakaian sendiri, saya tak pernah berani dan berpeluang pun nak menjalin persahabatan dengan Not-Yet Muslim. Inferior mungkin. Sebab selalu dengar, anak-anak Cina dan India ni rajin dan ramai yang bijak. Mereka fasih berbahasa Inggeris sedangkan saya paling anti dan menyampah dengan bahasa ini. Bahasa penjajah kononnya.

Apabila pertama kali meneroboskan diri dalam fasa pertama sebagai lepasan sekolah menengah, pergaulan saya lebih terbuka luas. Pandangan saya tidak lagi kecil dan jumud macam sebelumnya. Tatkala itu, persoalan tentang aurat seorang gadis muslim sering dilontarkan kepada saya tambah lagi ketika di zaman PLKN apabila saya ini dilabel sebagai ostajah PLKN. Mereka bertanya saya seolah-olah saya Mufti Negara yang pernah belajar dengan sheikh kabir dari merata negara. Ceh.

'Qasrus, boleh ke kita pakai seluar pendek dengan baju lengan pendek dalam dorm? Kan ada non-muslim?'

'Qasrus, boleh tunjuk rambut ke pada orang cina dan India tu semua?'

'Qasrus, betul ke kita tak boleh sentuh non-muslim? Nanti batal wudhu'

Pengsan. 
Otak saya yang ketika itu baru merdeka dari silibus SPM terasa kebas seketika. Nak memikirkan jawapan dari soalan yang ditanya itu bukan mudah. Kita tak boleh senang-senang nak mengeluarkan fatwa atau hukum tentang sesuatu perkara tanpa didasari dengan ilmu dan penerangan serta kefahaman yang jelas tentangnya. Jangan cari naya. Setiap yang kita nyatakan, Allah akan tanya balik di sana kelak. Kalau betul dan tepat, okaylah, boleh urut dada lega. Kalau salah dan menyeleweng? Pak Cik Badang atau Inche Otromen tak ada nak hulurkan tangan ringankan beban dan seram sejuk kau nak berhadapan dengan Allah nanti.

Dewasa ini saya dan anda sendiri telah sama-sama mendengar tentang pelbagai kekhilafan pendapat yang wujud mengenai aurat muslimah di hadapan wanita not-yet muslim.

Khilaf itu berdasarkan tafsiran berbeza ayat 31, Surah Al-Nur. Perbahasan secara ilmiah mengenainya sudah banyak dibicarakan di laman-laman web lain.


Majoriti fuqaha’ mengatakan aurat muslimah di hadapan wanita not-yet muslim sama seperti aurat di hadapan lelaki ajnabi. Ajnabi tu apa?

Ajnabi tu orang asing. Bukan suaminya,anaknya, adik lelaki atau abang. Orang yang bukan mahram kita itu semuanya digelar ajnabi. Contohnya, macam sepupu kita, kawan lelaki satu kolej, pak cik kutip sampah di tepi jalan atau tok bilal kampung kita.

Pendapat lain mengatakan muslimah boleh berpakaian seperti pakaian biasa yang dipakai di dalam rumah. Pakaian yang biasa dipakai di dalam rumah ialah baju berlengan pendek, skirt labuh, seluar panjang (bukan ketat), gaun labuh berlengan pendek dan seumpamanya.

Pandangan ketiga mengatakan sama seperti aurat sesama wanita muslimah iaitu selain antara pusat hingga lutut.

Bagaimana cara kita memilih antara 3 pendapat di atas?
Ya, anda boleh membuat istikharah jika hati anda tak tahu nak pilih yang mana. Cuma bimbingan yang saya boleh beri adalah lihatlah objektif anda menutup aurat tu sendiri.

Awat hampa tutup aurat??

Supaya saya jadi muslimah muslehah yang terakhir di abad ini.
Supaya orang tak cakap saya tak amalkan ilmu yang saya dah belajar.
Supaya saya dapat jadi qudwah dan uswah pada kengkawan saya. Kita kan da'ie superb?
Supaya Supaya saya dapat zauj yang soleh dan hebat kalah Imam Masjid Afrika. Err.

Ya, kita boleh cipta banyak sebab untuk diri sendiri. Tapi Islam perintahkan wanita menutup aurat itu adalah kerana wanita sangat berharga maka layaknya maruah mereka dijulang setinggi-tinggi dan kesopanan mereka dipagari dengan sebaik-baiknya.

Kami tak jelas lagi lah Qasrus.. Nak pilih pendapat yang mana ni?? *Hentak kaki, baling baldi*

Lihat situasi atau waqi' anda itu sendiri. Jika kawan anda yang bukan muslim itu seorang yang menjaga kesopanan dan menghormati anda, maka pendapat kedua adalah baik diamalkan agar terangkat perkara yang menyusahkan dari diri kita.

Jika kawan anda itu seorang yang tidak baik dan sentiasa mencari kelemahan muslimah untuk disebarkan kepada orang lain, maka wajiblah menutup aurat seperti biasa.

Apabila menyebut tentang akhlak, isu ini turut terbuka kepada sesama muslimah dan kanak-kanak sekali pun. Jika wanita Islam atau kanak-kanak sama ada lelaki atau perempuan yang tidak baik, maka anda tetap wajib menutup aurat seperti biasa di hadapan mereka. Dibimbangi mereka bercerita tentang aurat kita di hadapan lelaki ajnabi.

Lebih-lebih lagi di zaman ‘handphone’ berkamera ini, foto mudah dicuri dan disebarkan kepada orang lain. Justeru, berhati-hati adalah lebih baik. Namun usah terlalu risau kerana negara kita mempunyai undang-undang yang menjaga kepentingan (maruah) individu. Ikhlaskan niat berhijab semata-mata kerana Allah, insya Allah, Allah akan sentiasa menjaga kita.

Seorang muslimah yang rivet dari agama Kristian ditanya mengenai persepsinya terhadap aurat wanita muslimah sebelum memeluk Islam. Ini petikan jawapan yang diberikan dalam Facebook,

“Melihat kepada orang sekeliling ingatkan aurat wanita Islam hanyalah rambut sebab itu kalau nampak orang pakai tudung tapi pakai seksi dan badan terdedah terlintas dalam fikiran “teruknya Islam ni, sangat pentingkan tutup rambut tapi bahagian lain tidak. Lebih baik tidak pakai tudung tapi tidak pakai seksi dan tidak dedah badan (sebab orang bukan Islam pun ada juga pakaian “lebih baik” daripada orang Islam)”

"Saya tinggal di asrama dari sekolah menengah dan matrik, roommate dengan Muslim. kemudian di U, hanya sekejap roommate dengan Muslim. Bukanlah yang menutup aurat betul-2 tapi kira oklah. Tidak terfikir apa-2 pun bila melihat aurat mereka. Rasa biasa saja. setahu saya rakan-2 dan keluarga pun tak fikir apa-2. Cuma kawan-2 saya dan kakak saya pernah cakap dengan saya tentang kawan Muslim mereka yang bila buka tudung, rambut bau semacam..”

Melihat kepada pandangan yang dikemukakan di atas, rasional untuk memperhatikan akhlak wanita not-yet muslim adalah relevan sebelum memilih mengamalkan pendapat kedua.

Mengenai komen not-yet muslim yang merungut tentang kebersihan muslimah selepas membuka tudung, kita sama-sama mengambil iktibar untuk menjaga kebersihan diri sesuai tuntutan Islam agar muslimah yang cantik itu bukan semata-mata kerana berhijab.

Ingatlah, Islam tak ajar kita bukan hanya memerhati dan meneliti bab aurat. Sangat penting juga kita cakna tentang bab kebersihan. Diri kita. Mandi dan urus diri dengan baik. Pakaian kita. Basuh dan pastikan kemas setiap masa walaupun pakaian solat. Kita adalah duta agama. Kalau bab kebersihan yang menjadi tajuk pertama yang kita sembang bila buka kitab Feqah ini pun kita tak lepas, macamana kita nak menarik sahabat kita yang belum Islam berlari dan peluk agama rahmah ini?


Tips yang mudah untuk cik adik muslimah semua. Amalkan memakai tudung selepas rambut dikeringkan. Jika rambut basah dan perlu keluar segera, pakai minyak rambut terutama yang diperbuat dari minyak zaitun. Insya Allah, rambut tidak berbau hapak dan juga mengelakkan dari berbuah. Menggunakan pengering rambut adalah tidak digalakkan kerana akan merosakkan rambut. Guna sekali-sekala tak ada masalah.

Kesimpulannya,dalam situasi yang dihadapi kebanyakan pelajar Malaysia sekarang, harus bagi pelajar muslimah berpakaian biasa di dalam kawasan asrama di hadapan pelajar non-muslim KECUALI didapati secara jelas bahawa non-muslim itu tidak amanah dalam menjaga maruah pelajar muslimah.

Wallahua’lam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p