Skip to main content

Asasi Di Uni Islam Antarabangsa

Kenapa UIA?


Tahukah anda bahawa UIA adalah satu-satunya universiti yang membenarkan pelajarnya menukar kos kepada kos lain yang dirasakan bersesuaian dengan kelayakkan dan minat masing-masing?



Tahukah anda bahawa di UIA, anda tidak perlu lagi mengisi borang UPU untuk mengambil degree?



Di UIA,anda memang sudah komfem akan dapat bidang yang anda ingini selagi pointer anda di tahap yang okeh. 



Ketika minggu orientasi pelajar asasi yang berlangsung selama 3 hari, anda akan mengambil ujian EPT dan APT. Ujian yang cukup mudah! Ujian ini menentukan tempoh masa anda di UIA untuk menghabiskan Asasi. Nak tahu lebih lanjut tentang ujian ini?


Di bawah ini akan dicoretkan serba-sedikit tentang kos yang ada di Pusat Asasi UIA Petaling Jaya beserta syarat-syarat kelayakannya.

Bioscience (Sains hayat)
Kos ini membolehkan anda melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang sains yang lain yang menjurus kepada perubatan. 
Kebioan gitu..
Prospek pekerjaan juga adalah sangat luas.

SYARAT MINIMUM:

C+

Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, Add Mathematics dan English

 Physical Science (Sains Fizikal)

Bagi anda yang berotak Matematik, anda disarankan memohon kos ini. Selepas itu, anda boleh ambil kos Statistik, Operational Research, Optics, Financial Mathematic, Pure Math dan Computational Math

Fuh, semua Matematik kan? 


SYARAT MINIMUM

C+ 

Chemistry, Fizik, Mathematics, Add Mathematics dan English

Allied Health Science 

(Sains Kesihatan Bersekutu)

Kos ini sangat sesuai untuk anda sekiranya anda berminat untuk menceburi bidang audiology, Dietetic, Optometrist dan Radiography and Diagnostic Image.


SYARAT MINIMUM

C+

Biology, Chemistry, Fizik, Mathematics, Add Mathematics dan English

Nursing (kejururawatan)

Kos ini saya galakkan untuk para pemakai baju melayu lepasan SPM. Dijamin peluang pekerjaan untuk anda adalah di hadapan mata sahaja kerana jururawat lelaki sangatlah sedikit. Jika anda memilih kos ini,komfem anda akan menjadi rebutan!

Pilihlah kos ini. Kan lebih baik jururawat lelaki menguruskan pesakit lelaki?


SYARAT MINIMUM

C+

Biology, Chemistry, Fizik, Mathematics, Add Mathematics dan English


Pharmacy (farmasi)

Bagi peminat ubat-ubatan, anda bolehlah mengambil kos ini. Sesungguhnya kos ini sangatlah menyeronokkan kerana anda berpeluang untuk mengalahkan tuan/puan doktor tentang pengetahuan dalam ubat-ubatan. Tetapi anda perlu memiliki ingatan yang mantop! kerana anda terpaksa menghafal nama saintifik serta fungsi ubat-ubatan yang wujud di dunia ini.. Bukan sedikit yer..

SYARAT MINIMUM

B+

Biology, Chemistry


Fizik, Mathematics, Add Mathematics dan English

Dentistry (Pergigian)

Bagi anda yang cukup minat mensabotaj gigi orang, ini adalah bidang yang amat sesuai untuk anda. n_n 
Bidang ini banyak dipilih kerana ia mampu menjana pendapatan yang lumayan.

SYARAT MINIMUM
B+
Biology, Chemistry


 Mathematics, Add Mathematics dan English

Medic (Perubatan)

Bagi anda yang mempunyai hobi atau keinginan untuk menyuntik orang, silalah pilih bidang ini. Sangat mencabar tapi mampu menjana pahala yang banyak! Kata-kata anda juga pasti akan dipercayai oleh pesyen anda tanpa ragu-ragu atau tergaru-garu. Ini sumpah osem kan?

SYARAT MINIMUM
B+
Biology, Chemistry


 Mathematics, Add Mathematics dan English


Bagi semua kos di atas, degree anda adalah di UIA Kuantan yakni khusus untuk pelajar sains sahaja.

********

Engineering (Kejuruteraan)
Bagi bidang ini pula,  sunjek yang diambil adalah sama dengan subjek untuk kos Physical Science. Pelajar kos ini adalah sangat releks dan sangat sesuai bagi anda yang tidak suka matematik,tidak suka menghafal dan tidak suka kepada peperiksaan.
Bidang yang bakal ditawarkan untuk degree nanti ialah:

Bachelor of Engineering 
(Computer and Information Technology) (Hons)

Bachelor of Engineering 
(Manufacturing Systems) (Hons)

Bachelor of Engineering 
(Mechatronics) (Hons)

Bachelor of Engineering 
(Material) (Hons)

SYARAT MINIMUM
C+ 
Chemistry, Add Mathematics dan English
B
Fizik, Mathematics


Architecture & amp; Environmental Design 
( Senibina reka bentuk dan alam sekitar)
Fuhh.. yang ini agak panjang sedikit namanya, Di UIA hanya dipanggil AED. (Ringkas dan padat serta mutakhir di UIA)
Kos ini sangat sesuai bagi anda yang mempunyai bakat melukis, kreatif dan berminat untuk jadi arkitek. Pelajar AED adalah pelajar paling sibuk di UIA. Mereka sentiasa ada projek yang perlu disiapkan.

SYARAT MINIMUM

 Mathematics

C+ 
English

 C 
Untuk subjek yang lain yang anda ambil


 Law ( Undang-undang)
Bidang ini memerlukan andsa yang kuat ingatan dan mudah kefahaman. Anda perlu mengingati akta dan seksyen sahaja. Dan saya berani jamin main-mainlah bahawa anda juga akan menjadi sedikit skema. Kalau melihat keskemaan sepupu saya hanyalah dari segi rambutnya yang disikat tengah. 

SYARAT MINIMUM

A
Untuk subjek yang lain yang anda ambil
B+
English dan Arabic
B
Sejarah
C
Mathematics

Human Science (Sains Kemanusiaan)
Bagi anda yang berminat dengan psikologi dan gemar benar mengusha gerak tubuh manusia, maka saya mengalu-alukan penyertaan anda dalam bidang ini. Jangan lupa, anda juga boleh menjadi seperti Dr.Fadzilah Khamsah. Saya menantikan kemunculan anda sebagai Dr.Fadzilah Khamsah yang kedua!

SYARAT MINIMUM
C
Mathematics
B
English 
C
Untuk subjek yang lain yang anda ambil

English ( Bahasa Inggeris)
Bidang ini sangat cocok untuk anda yang ingin mengambil TESL. Kerjaya anda tidak semestinya sebagai guru apabila anda mengambil bidang ini. Anda juga berpeluang menjadi pakar English atau Novelis BI atau menjadi penterjemah! Yah! Penterjemah adalah satu kerjaya yang popular + sangat diperlukan serta mampu mendatangkan pulangan yang lumayan.


SYARAT MINIMUM
C
Mathematics
A-
English 
C
Untuk subjek yang lain yang anda ambil

 Arabic ( Bahasa Arab)

Bahasa Arab bahasa Al-quran, bahasa syurga dan bahasa kubur juga. Saya sangat tabik spring kepada pelajar Melayu yang mengambil jurusan ini. 
Anda? 
Tidak mahu cuba?

SYARAT MINIMUM
C
Mathematics
A-
Bahasa Arab Tinggi
C
Untuk subjek yang lain yang anda ambil

Economics And Management Science 
(Ekonomi dan Sains Pengurusan)

Bidang ini juga mempunyai nama 'comel'nya yang tersendiri iaitu Econs. Bukan Air-cond ye.. Bagi anda yang jatuh chenta pada bidang ini, anda akan belajar terus di Gombak dan tidak perlu belajar di Petaling Jaya. Untuk pengetahuan anda, pelajar bidang lain hanya akan ke Kampus Induk iaitu Gombak atau Kuantan setelah tamat asasi.


SYARAT MINIMUM
B
English
A-
Mathematics
C
Untuk 3 subjek yang lain yang anda ambil

 Islamic Revealed Knowledge 
 (Ilmu Wahyu dan Warisan Islam)

Bidang ini tidak terhad kepada ostad/ostazah sahaja. Bagi anda yang berminat untuk mendalami dengan lebih jaaaaauh bidang agama, ya, saya sarankan anda mengambil bidang ini. Insyaallah, bidang kerjanya juga cukup luas. 

SYARAT MINIMUM
B+
Bahasa Arab Tinggi
Bahasa Arab Komunikasi
B
PAI/PQS/PSI
C
Mathematics
D
English
C
Untuk 2 subjek yang lain yang anda ambil



UIA GOMBAK..Cantik kan?? 





Semoga informasi yang tidak berapa ditel ini mampu memberi pencerahan kepada anda yang masih pening-pening lalat.

Sebarang pertanyaan sila tinggalkan di ruangan komen.

| Artikel ini kembali disiarkan setelah lebih 20k dibaca oleh pelayar belog |

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p