Skip to main content

Ini Cerita Realiti. Sob3

Contengan Fesbuk Bertarikh 14 Oktober 2014


Once upon a time . . .

Eh. Ini bukan bedtime story.
Ini cerita realiti.

Saya pernah ada dua orang kawan.
Kedua duanya ranggi dan tinggi.
Tinggi dari saya.

Salah seorangnya muka 20% nak macam korea.
Rentaknya yang saya baca, dia agak mudah tercrush dengan syabab perkasa.

Seorang lagi lain pula ceritannya.
Dia pernah cakap pada saya," Aku dengan lelaki?? Sori wei. Aku tak minat laki."

Fokus saya tertumpu kepada sahabat yang pertama.
Kerana ia nampak lebih merumitkan dan perlu diselamatkan lebih dari rakan yang kedua.

Sampai satu hari,
Saya perlahan lahan nampak perubahannya.
Gambar DPnya sudah mula bertukar kepada gambar yang lebih menyejukkan mata.
Takde lagi gambar pelikz peliks yang dipaparkan.
Roti canai . Cangkul . Cacing pita . Euuww..
Rupanya, dia sudah sambung study di Insaniah.
Banyak lagi perubahan yang saya nampak dari jauh.
Sungguh saya kagum dengan dia.
Seronok sekali tengok perubahannya.
Rasa macam nak lompat dari satu awan ke satu awan macam yang goku junior buat. ><

Tapi . . .
Ada satu yang merobek hati saya.
Isk isk.
Rupanya saya terlepas pandang dengan kawan yang kedua.
Terkejut saya lihat dia yang dulunya kata '...aku tak minat laki..' kini tak segan silu lagi malu nak papar gambar selfie dengan lelaki ajnabi rambut cacak macam landak.

Kau tahu apa perasaan aku masa tu??
Terasa rela ditikam dengan pisau belati mainan.

Sedih kut.

Ini kali ke dua saya rasa gagal jadi kawan yang baik.
Kali pertama adalah bila melihat sendiri kawan setaski yang hari hari teman saya racing basikal dan main perang kapur dengan budak budak laki ( nak cakap mmg kamcheng la) juga berubah 360 darjah menjadi model couple muka buku.

Benarlah.
Kita takleh nak nilai seseorang tu dari apa yang kita lihat dia sekarang.

Sedangkan seorang abid juga masuk neraka kerana sebotol arak dan si pembunuh juga masuk syurga kerana sesalannya terhadap dosa.

T.T

Saya juga tak tahu titik akhir saya di mana.
Begitu juga kamu.
Tapi syukurlah saya ada keluarga yang pentingkan agama.
Kawan kawan yang cakna dengan moral dan akhlak.

Harap sangat.
Biarlah watak kita adalah baik dan terbaik dari awal hingga ke penamatnya.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...