Skip to main content

Kanak-Kanak Ohsem Di Markaz Taqwa

Contengan Fesbuk Bertarikh 18 Oktober 2014


" Siapa nama? "

" Tuqo. Kamu pulak? "

" Saya Nur. Kamu dari markaz mana? "

" Markaz Ibn Kathir. Kamu? "

" Saya private student. Tapi buat link dengan Markaz Hafsah di Irbid. Berapa umur kamu ? "

" 11 tahun. "

AllahuAkbar !

Dari awal lagi, bila kaki saya melangkah masuk ke dewan imtihan tamhidiyah Kitab Munir di Markaz Taqwa,
Mata termagnet ke arah gadis kecil ini.

Dalam banyak-banyak calon,
Ada yang bawa anak, ada yang student universiti,
Tapi Tuqo yang paling muda antara kami semua.

Saya kagum. =')
Mak cik mak cik yang nak ambil exam pun kagum.
Awal 11 tahun, dia sudah menelaah kitab tajwid.
SubhanaAllah . .

Selesai saya menjawab imtihan,
Saya melepak di satu ruang.
Bosan. Van tak sampai-sampai.
Esok ada exam lagi. Biostatistic.
Esok juga ada kelas Az-Zikr. 1 maqra' kena hantar.

T.T Tak tahu saya tabah ke tak.

Kepala pusing. Saya cuba murojaah juz 1.
Kawan di sebelah cuba berduet.
Sama-sama mengulang.
Ayat ke ayat meluncur di lisan.
Kadang-kadang laju macam FLIGHT RJ,
Kadang-kadang tersangkut macam beca rosak rantai.

Tiba-tiba,
Datang seorang kakak Arab berabaya hitam .
Dia datang kepada kami.
Menutur sesuatu. Laju. Saya tak faham. Cuma saya dapat tangkap perkataan, hadonah. Tadika.

Saya toleh ke kakak senior di sebelah.
Tahun 4, Perubatan. Kakak lejen.

" Kak, dia cakap apa? "

" Dia nak berkenalan. Pergilah masuk bilik tu. "

Hah?? What the Ladybird ! !
Nak berkenalan watpe?
Saya teragak-agak.
Usha kawan sebelah. Dia pun macam blur. XD

" Jibah, jomlah. "

Kami bangun.
Kaki gerak ke bilik yang dimaksudkan.

Wuu.. Ramainya 'kanak-kanak'
Blushing tetiba.
Sorang-sorang kenalkan diri.
Dari yang setinggi 1 m pembaris papan hitam sampailah yang setinggi raga baju.
Semuanya gaya excited tak pernah tengok budak melayu.

Mereka mempersilakan kami duduk.
Sheikhah duduk di sebelah saya.

Adik-adik arab tu duduk berhadapan dengan kami.
Sheikhah melihat saya dan quran di tangan.

"Bacakan kami mana-mana surah yang kamu suka."

Hah!!?
Satu lagi kejutan menembak jiwa.
Rasa nak lari joging balik Irbid waktu tu juga.
Dilema. Dilema.
Malunya nak baca Quran depan anak-anak arab tu.
Takut sebutan kita tak betul. Komfem diorang laju laju dapat detect.

" Bacakan. Tak apa. Jangan takut. Tarik nafas. "
Sheikhah tu tunjuk cara tarik nafas yang betul.
Nak suruh saya relax.
Tapi saya punya ketaq sampai terasa bergetar segala vein dan artery yang wujud dalam badan.

" Cepat. Baca je. "

Ok lah. Saya surrender. Berserah je lah harap-harap ok.

" Saya pilih surah Baqarah ok..? "
Dia mengangguk je.

Saya selak halaman 5.
Start membaca. Baca . Sampai habis .

Selesai satu muka. Saya diam.
Mereka pun diam.
Tetiba satu temukan gemuruh jiwa, semangat membara, dari puncak tinggi ke angkasa bergema dalam bilik.

Blur. Tetiba sheikhah menegur.
"Dia membaca Al-quran. Tak perlu tepuk. Laungkan takbir !"

"Takbir ! ! "

Ramai-ramai menyahut.
Allahuakbar ! !

Isk isk. Rasa terharu dan tergaru.
The moment yang sangat berharga.
Tak terancang. Tapi comel je berlaku.

Sheikhah bertanya kepada mereka,
"Siapa dalam kalangan kamu yang boleh membacakan quran macam tadi? "

Semua diam.
Sheikhah menunjuk seorang. Yang paling tua.
Menolak.
Ditunjuk pula yang lain.
Juga menolak.

"Saya tak boleh."
"Bagi yang lain"
"Saya tak lancar tilawah"

LOL. Saya ingat membaca quran perkara paling ABC Untuk mereka. Kerana Al-Quran bahasa Arab!
Bahasa mereka.

Rupanya salah.
Saya Sedih sedikit.

Mereka orang harapan.
Generasi cilik ini yang bakal merubah tabiat kaum mereka.
Kalau mereka jauh dari Quran,
Siapa lagi yang bisa diharap untuk mengubah kebejatan masyarakat mereka?

Dalam diam saya mengharap.

Mengharapkan yang terbaik untuk adik-adik ini.
Moga mereka dekat dengan Al-quran.
Boleh kuasai Al-quran. Faham. Praktik.
Mudah-mudahan. 
Satu hari nanti, semuanya bakal menjadi hamalatul quran yakni penjaga Al-quran.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p