Skip to main content

Benda POWER Untuk Tidak Tidur Dalam Kelas

Contengan Fesbuk Bertarikh 31 Oktober 2013

Dulu masa nak ambil SPM,
Setiap pagi aku akan minum kopi untuk pastikan mata aku sentiasa celik dan otak kekal fresh semasa dalam kelas.

Tapi bila dah duduk jauh dari Malaysia ni..

Baru aku tahu..
Rupanya ada benda yang lebih 'power' daripada kopi untuk buatkan aku sentiasa CELIK ketika dalam kelas..

'Apa dia Qasrus?? Cer citer ngan kiter sikit. Mana tahu kiter pun boleh praktis kan kan...
Sharing is caring.. Huhu' Kata anda dengan nada penuh keterujaan.

Mata anda pun terus kekal membaca post ini. Kononnya nak tahu apa yang lebih mujarab dari kopi untuk buat anda tak mengantuk dalam kelas.

Tapi...
Anda betul ni nak tau??

Seriyes ke???

Atau nak suruh saya sambung lain kali ja...??

Ek.

Betul ni??

Opss.. Anda dah mula naik menyampah!

Ok-2.
Saya bagi tahu.
Tapi..
Pstt.. ini rahsia kita je tau.
Jangan bagi tau yang lain..

Rupanya...
benda yang lebih power daripada kopi itu..
adalah,

S E M A N G A T diri sendiri 


B A Y A N G A N   W A J A H   I B U B A P A  kat rumah... :')

*Tulisan ini ditulis bukan untuk mention bahawa Saya sedang homesick. Titik.


Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...